Suhaimi Ahmad merupakan ahli politik dan menang bertanding di DUN N31 Kupang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 dengan majoriti 3043 undi. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau tewas bertanding di Kupang menentang Ismail Abu Bakar dari BN/UMNO. Suhaimi mendapat 9565 undi .Sementara Ismail Abu Bakar mendapat 10,571 undi dengan majoriti 1006 undi.

Suhaimi Ahmad
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Kupang
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Zainol Md Isa
Digantikan oleh Ismail Abu Bakar
Butiran peribadi
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Kediaman Kedah
PekerjaanAhli politik

Penahanan sunting

Pada 1 Februari 2002, beliau bersama-sama dua pemimpin PAS, iaitu ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu; ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib dan 46 penyokong parti itu ditahan kerana menghadiri ceramah tanpa permit di markas PAS Kampung Banggol Chicar di Kupang pada Khamis malam, 31 Januari 2002. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis[1]

Karya sunting

  • Suhaimi Ahmad (2003). Mengapa Kita Sertai PAS?. Kedah: Lajnah Kebajikan PAS Kedah. - Dalam buku ini, beliau mengalurkan sejarah penubuhan dan perjuangan PAS dan menjelaskan kepimpinan PAS di bawah pimpinan ulama.

Rujukan sunting