Sukan Paralimpik Musim Panas 1992

Sukan Paralimpik Musim Panas 1992 (bahasa Inggeris: 1992 Summer Paralympics, Sepanyol: Juegos Paralímpicos de Verano de 1992; Catalan: Jocs Paralímpics d'estiu de 1992) atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-9 (bahasa Inggeris: 9th Summer Paralympics Games) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Barcelona, Spain.[3] Tambahan lagi, Sukan Paralimpik bagi Orang Kurang Upaya Mental turut diadakan selepas itu di Madrid.[2]

Sukan Paralimpik XIII
Bandar tuan rumahBarcelona dan Madrid, Sepanyol
Cogan kataSport Without Limits
(Melayu: Sukan Tanpa Had)
(Catalan: Esport Sense Límits)
(Sepanyol: Deporte Sin Límites)
Penyertaan negara82 (BCN)
75 (MAD)[1]
Penyertaan atlet3,020 (BCN)
1,600 (MAD)[1][2]
Acara508 dalam 20 sukan
Upacara pembukaan3 September (BCN)
15 September (MAD)
Upacara penutupan14 September (BCN)
22 September (MAD)
Pembukaan dirasmikan olehRatu Sofía
Obor paralimpikAntonio Rebollo (BCN)
Coral Bistuer (MAD)
Stadium utamaEstadi Olímpic de Montjuïc (BCN)
Palacio de Deportes de la Comunidad de Madrid (MAD)

Amerika Syarikat telah mendapat tempat pertama dalam jadual pingat keseluruhan dengan 175 buah pingat (75 pingat emas), diikuti dengan Jerman dan Great Britain. Afrika Selatan menyertai semula Sukan Paralimpik setelah penglibatannya "tidak diingini" oleh IPC atas sebab pengamalan dasar apartheid.[4][5] Temasya ini juga merupakan Sukan Paralimpik yang pertama bagi Algeria, Burkina Faso, Chile, Taipei Cina, Costa Rica, Cuba, Republik Dominika, Iraq, Myanmar, Namibia, Nigeria, Pakistan, Panama, Seychelles, Tanzania, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Uruguay dan Yaman.

Ekoran daripada pembubaran Kesatuan Soviet dan Yugoslavia, Croatia, Estonia, Latvia, Lithuania dan Slovenia menyertai Sukan Paralimpik 1992 sebagai negara merdeka, manakala negara bekas Kesatuan Soviet yang lain bertanding di bawah Pasukan Bersatu. Jerman bertanding sebagai satu negara yang bersatu buat pertama kali setelah Tembok Berlin diruntuhkan.

Maskot sunting

Maskot rasmi bagi temasya ini ialah Petra, seorang perempuan yang mempunyai kecacatan pada tangannya. Maskot tersebut direka bentuk oleh pereka yang sama dengan maskot Sukan Olimpik 1992, Javier Mariscal.[6]

Temasya sunting

Acara sukan sunting

560 acara dalam lima belas sukan telah dipertandingkan. Acara Powerlifting dan angkat berat dianggap sebagai satu sukan yang sama.[7]

Jadual pingat sunting

Jadual ini juga merangkumi pingat yang dimenangi semasa Sukan Paralimpik bagi Orang Kurang Upaya Mental yang dianjurkan di Madrid, Sepanyol.[2]

  *   Tuan rumah (Sepanyol)

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Amerika Syarikat (USA)755248175
2  Jerman (GER)615159171
3  Great Britain (GBR)425146139
4  Sepanyol (ESP)*393249120
5  Australia (AUS)373734108
6  Perancis (FRA)363635107
7  Kanada (CAN)29232981
8  Pasukan Bersatu (EUN)19151650
9  Sweden (SWE)16331968
10  China (CHN)168731
11  Belanda (NED)14141240
12  Norway (NOR)1313733
13  Iceland (ISL)1381839
14  Denmark (DEN)12221246
15  Korea Selatan (KOR)11161845
16  Poland (POL)10131134
17  Itali (ITA)1071835
18  Romania (ROM)106723
19  Jepun (JPN)871631
20  Finland (FIN)861226
21  Mesir (EGY)76720
22  Switzerland (SUI)6161335
23  Belgium (BEL)55717
24  Austria (AUT)541322
25  Uruguay (URU)54514
26  New Zealand (NZL)5106
27  Czechoslovakia (TCH)43613
28  Brazil (BRA)43512
29  Hungary (HUN)43411
30  Peserta Paralimpik Bebas (IPP)4318
31  Afrika Selatan (SAF)4138
32  Portugal (POR)36514
33  Hong Kong (HKG)34411
34  Cuba (CUB)3339
35  Kenya (KEN)3137
36  Nigeria (NGR)3003
37  Republik Dominika (DOM)2619
38  Israel (ISR)24511
39  Slovenia (SLO)2013
40  Kuwait (KUW)1315
41  Iran (IRI)1214
42  Bulgaria (BUL)1203
  Panama (PAN)1203
44  Argentina (ARG)1102
45  Chile (CHI)1001
46  Lithuania (LTU)0437
47  Ireland (IRL)0347
48  Yunani (GRE)0314
49  Estonia (EST)0213
50  Mexico (MEX)011011
51  Jamaica (JAM)0123
  Malaysia (MAS)0123
53  Kepulauan Faroe (FRO)0101
  Tunisia (TUN)0101
55  Bahrain (BRN)0011
  Croatia (CRO)0011
  Ecuador (ECU)0011
  Iraq (IRQ)0011
  Puerto Rico (PUR)0011
  Taipei Cina (TPE)0011
  Thailand (THA)0011
  Venezuela (VEN)0011
Jumlah (62 negara)5595505921701

Penyertaan sunting

Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang menyertai

Sukan Paralimpik bagi Orang Kurang Upaya Mental sunting

Sukan Paralimpik bagi Orang Kurang Upaya Mental yang pertama (dan yang terakhir) diadakan di Madrid dari 15 hingga 22 September, sehari selepas Sukan Paralimpik di Barcelona tamat.[8] Lebih daripada 1,400 atlet dari 74 menyertai pertandingan ini yang ditaja oleh Association Nacional Prestura de Servicio (ANDE) dan disokong oleh Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa and the Persekutusan Sukan untuk Orang Kurang Upaya Mental Antarabangsa.

Acara sukan sunting

Lima sukan telah dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik bagi Orang Kurang Upaya Mental.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Barcelona 1992 – General Information". International Paralympic Committee. 2008. Dicapai pada 2011-07-12.
  2. ^ a b c d "Madrid 1992 – the Paralympic Games that time forgot!". Paralympicanorak.wordpress.com. 25 June 2012. Dicapai pada 13 October 2012.
  3. ^ "Barcelona 1992", Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
  4. ^ "'The Netherlands against Apartheid' – 1970s", International Institute of Social History
  5. ^ South Africa at the Paralympics, International Paralympic Committee
  6. ^ "Barcelona 1992 Paralympic Mascot Petra - Photos & History".
  7. ^ "1992 Barcelona". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada 2008-08-06.
  8. ^ Yabe, Kyonosuke; Kusano, Katsuhiko; Nakata, Hideo (2012). Adapted Physical Activity: Health and Fitness. Springer Science & Business Media. m/s. 23. ISBN 978-4-431-68272-1.

Pautan Luar sunting

Didahului oleh
Seoul
Sukan Paralimpik Musim Panas
Barcelona-Madrid

Sukan Paralimpik Musim Panas IX (1992)
Diikuti oleh:
Atlanta