Sungai Ramal (kawasan negeri)

Sungai Ramal merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Selangor, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Negeri (DUN) Selangor dengan kod N26.

Sungai Ramal
Kawasan pilihan raya  Selangor
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Selangor
ADUN
 
 
 
Mohd Shafie Ngah
PN
Kawasan pilihan raya diwujudkan2018
Kali pertama dipertandingkan2018
Kali terakhir dipertandingkan2023
Demografi
Pemilih (2023)97,415

Kawasan DUN ini mula dipertandingkan pada 2018 dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri di DUN Selangor mengikut sistem undian terbanyak.

Sejarah sunting

2018 – sekarang: Kawasan pilihan raya ini mempunyai 21 daerah mengundi iaitu Taman Bukit Mewah, Reko Utara, Sungai Ramal Luar, Sungai Ramal Dalam, Seksyen 3 BBB, Seksyen 1 BBB, Seksyen 6 BBB, Bangi, Taman Jasmin, Taman Kajang Utama, Reko Selatan, Taman Kajang Mewah, Seksyen 4 BBB, Seksyen 5 BBB, Seksyen 2 BBB, Bukit Mahkota, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bukit Kajang Baru, Seksyen 7, 8 dan 9 BBB, Kajang Prima.[1]

Sejarah perwakilan sunting

ADUN Sungai Ramal
Dewan Tahun Ahli Parti Wakil
Kawasan dicipta daripada Bangi
Ke-14 2018-2023 Mazwan Johar PH (AMANAH) Kerajaan
Ke-15 2023-kini Mohd Shafie Ngah PN (PAS) Pembangkang

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan raya negeri Selangor 2023
Parti Calon Undian % ∆%
PN Mohd Shafie Ngah 40,259 55.34 55.34
PH Mazwan Johar 32,492 44.66 6.65
Jumlah undian sah 72,751 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 271
Jumlah undi tidak dikembalikan 104
Keluar mengundi 73,126 75.07 12.93
Pengundi berdaftar 97,415
Majoriti 7,767 10.68 11.50
PN ambil alih Unjuran
Sumber

[2]

Pilihan raya negeri Selangor 2018
Parti Calon Undian % ∆%
PH Mazwan Johar 24,591 51.31
PAS Nushi Mahfodz 13,961 29.13
BN Abdul Rahim Mohd Amin 9,372 19.56
Jumlah undian sah 47,924 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 356
Jumlah undi tidak dikembalikan 86
Keluar mengundi 48,366 88.00
Daftar pemilih 54,961
Majoriti 10,630 22.18
Kerusi kawasan negeri baharu diwujudkan.

Pentadbiran dan Kemudahan sunting

DUN Sungai Ramal berada di bawah daerah Hulu Langat,Selangor.

Mukim sunting

Mukim bagi DUN ini ialah mukim Kajang. Kawasan lain di dalam mukim Kajang berada dekat DUN Kajang (kawasan negeri).

Pihak Berkuasa Tempatan sunting

Kerajaan tempatan bagi DUN Sungai Ramal ialah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Pusat Bandar Kajang dan daerah Hulu Langat berada di dalam DUN ini.

Rujukan sunting

  1. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan: Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu". Jabatan Peguam Negara Malaysia. 30 Mac 2018. Diperolehi pada 3 Januari 2020.
  2. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan - Keputusan Pilihan Raya Yang Dipertandingkan Dan Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian Pilihan Raya Negeri Bagi Negeri Selangor" (PDF). Jabatan Peguam Negara. 2023-08-29. Dicapai pada 2024-04-27.CS1 maint: date and year (link)
  3. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Selangor". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-05-12.
  4. ^ "2018第14屆全國大選成績表: 雪蘭莪" (PDF) (dalam bahasa Cina). Guang Ming Daily . 2018-05-11. m/s. 37. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-11-05. Dicapai pada 2019-01-03.