Syed Hussein Al-Attas

penulis Malaysia

Syed Hussein Al-Attas (lahir di Kampong Wadi Hassan, Johor Bahru, 21 September 1941; umur 82 tahun) juga dikenali sebagai Pak Habib atau S.H. Alattas ialah seorang penulis buku politik di Malaysia.

Kehidupan sunting

Keluarga sunting

Syed Hussien bin Syed Alwee Al-Attas dilahirkan pada 21 September 1941 di Kampong Wadi Hassan, Johor Bahru dan mempunyai 16 orang adik-beradik yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Kampung Wadi Hassan diambil bersempena nama datuknya sendiri. Ibu kepada S.H Al-Attas iaitu Sharifah Zainah ialah puteri kepada Datuk Syed Hassan Alattas daripada keluarga yang termasyur di Johor yang berasal dari Pahang. Neneknya (sebelah ibunya) iaitu Puan Khadijah berasal dari Terengganu.

Bapa S.H Alattas, Syed Alwee berketurunan Al-Attas yang terkenal di Malaysia dan juga di Indonesia. Datuknya Syed Abdullah seorang pedagang dan ulama sufi yang disegani. Datuk S.H Al-Attas bernikah dengan nenek beliau di Surabaya. Bapa S.H Al-Attas dilahirkan berhampiran dengan Masjid Ampel di Surabaya yang merupakan salah sebuah surau yang termasyhur di Indonesia.

Keluarga Alattas berasal dari Hadramaut, Yaman di Arab dan mereka mempunyai pertalian yang rapat antara satu sama lain kerana mereka datang daripada keturunan Habib Omar Al-Attas Shahibul Ratib yang membawa Ratib Al-Attas.[perlu rujukan] Ratib Al-Attas menjadi amalan pengikut ratib hampir di seluruh dunia Islam terutama di Asia. Keluarga S.H Al-Attas merupakan keluarga ternama yang memiliki sekolah dan masjid serta menguasai perniagaan hartanah.[perlu rujukan] Keluarga S.H Al-Attas tinggal di kawasan elit yang merupakan tempat tinggal pembesar Negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Datuk Onn dan pegawai tinggi Inggeris yang tinggal di Wadi Hana dan beliau juga merupakan anak angkat kepada Tunku Abdul Rahman.

Beberapa bulan selepas dilahirkan, Perang Dunia Kedua telah meletus. Jepun telah menyerang Malaya dan menyebabkan keluarga S.H Alattas berpindah ke Kuala Terengganu.

Pendidikan awal sunting

S.H Alattas mula bersekolah di sekolah Kuala Terengganu. Beliau sekeluarga berpindah semula ke Johor Bahru dan meneruskan pelajaran di Bukit Senyum, Ayer Molek, Bulat dan akhir sekali di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) tetapi gagal di tingkatan 3.

Kontroversi sunting

Perhimpunan Agung UMNO 2004 sunting

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004, Syed Hussein dan penulis-penulis buku politik lain telah dihalau keluar. Bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dapat menyelesaikannya.[1][[:]]

Disaman Musa Hitam sunting

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Musa Hitam menyaman beliau berhubung buku tulisannya. Pada tahun 1987, S.H Al-Attas telah dibawa ke mahkamah oleh Tan Sri Musa Hitam ke mahkamah kerana buku kontroversi beliau ‘Siapa Lawan Siapa’ (The challenger). S.H Alattas telah kalah dalam perbicaraan itu dan telah disaman sebanyak 1.9 juta[2] dan Mahkamah mendapati tuduhan tersebut fitnah dan beliau diperintah untuk membayar saman sebanyak RM100,000 sahaja. Beliau juga berkata tentang kekalahan itu, “Jika saya diberi pilihan dipenjara atau membayar saman, saya pilih untuk dipenjarakan". Buku ini membuat tuduhan mengenai peranan Musa Hitam dalam Peristiwa Memali. Dalam bukunya, Syed Hussein Al-Attas mendakwa bahawa Tan Sri Musa Hitam yang mengakui buku tulisan "Syed Hussein" antara punca kejatuhannya.[3]

Bayar ganti rugi RM1.65 juta sunting

Pada 1 Julai 2010, Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur memerintahkan Syed Hussein Al-Attas (ketika itu berumur 68 tahun) membayar ganti rugi sebanyak RM1.65 juta kepada Perbadanan Johor (JCorp) dan presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim kerana fitnah. Keputusan itu diberikan oleh Panel hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Azhar Ma'ah yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2001. Beliau juga diperintah membayar kos sebanyak RM5,000.

JCorp, Muhammad Ali dan ahli perniagaan Haris A Hamid telah menyaman Syed Hussein. Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Hussein telah mengemukakan rayuan,[4] tetapi rayuannya ditolak.[5]

Disaman bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman sunting

Pada 22 Disember 2010, bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman telah menyaman Syed Abdullah Hussein Al-Attas dan bapanya. Syed Abdullah yang dikenali sebagai 'Uncle Seekers' telah diisytihar muflis dan pernah menerbitkan rancangan Seekers di NTV7.

Syed Abdullah dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com telah mendakwa terdapat komunikasi "sulit" antaranya dengan plaintif.[6]

Buku sunting

Beliau berjaya menghasilkan lebih 70 buah buku dan banyak dijual semasa Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.

Antara buku beliau yang telah ditulis:

  1. Firasat (Rahsia Mengenal Diri) (1969)
  2. Melangkah dan Berjaya (1969)
  3. Rahsia Mimpi Anda (1969)
  4. Temanku Pemimpin-Pemimpin (1972)
  5. Kenapa Rosli Dhobi & Tiga Hero Sarawak Di Hukum Bunuh (1974)
  6. Perang Di Kuala Linggi (1978)
  7. Sarawak Pada Siapa Hendak Diserahkan (1979)
  8. Bahtera Lama Nakhoda Baru (1979)
  9. Siapa selepas Musa (1981)
  10. Pemuda Di Zaman Mahathir (1982)
  11. Tuah Nasib Pemimpin Malaysia (1983)
  12. Perdana Menteri Yang Ke Lima (1984)
  13. Hantu Bukit Cina (1985)
  14. Musa Derhaka (1986)
  15. Musa A Traitor (1986)
  16. Siapa Lawan Siapa (1987)
  17. Talqin Untuk Umno (1988)
  18. Politik Serpihan (1989)
  19. Revolusi Istana Dan Rakyat (1989)
  20. Wanita Takhta Dan Kuasa (1989)
  21. Lima Raja Terakhir (1990)
  22. Perang Di Parit Raja (1991)
  23. Memo Kepada Perdana Menteri (1992)
  24. Joker-Joker Politik (1992)
  25. Tuanku Mahathir Lawan Sultan Mahmud Iskandar (1993)
  26. Ku Yah Lawan Mike Tyson (1993)
  27. Pemimpin,Politik & Firasat (1994)
  28. Melayu “The Overseas American” (1995)
  29. Surat Khabar Lama (1995)
  30. The Five Hundred Million Dollarman (1997)
  31. Sunnah Nabi Muhammad S.A.W vs Sunnah Mahathir Mohammad (1998)
  32. Mahathir Konspirasi Anwar Reformasi (1998)
  33. Sabah Kepada Siapa Hendak Diserahkan? (1999)
  34. Firasat ‘Rahsia Mengenal Diri Sendiri” (Cetakan Semula)
  35. Mahathir Di Ambang Senja (1999)
  36. Wira,Juara Atau Penderhaka (1999)
  37. Esok Untuk Siapa (2000)
  38. The Ugly Malays (2000)
  39. Diam-Diam Daim (2001)
  40. Mahathir Mudah Lupa (2002)
  41. Mereka Yang Hilang Akal (2002)
  42. Kabinet April Fool Sabah (2003)
  43. Mahathir Berhenti Pak Lah Ganti Siapa Mati? (2003)
  44. Nasi Lemak For The VIP (2004)
  45. Anak Omak VS Anak Bapak (2004)
  46. Raja, Rakyat dan Pemimpin Di Zaman Pak Lah (2004)
  47. Macam-Macam Ada (Bahagian 1) (2006)
  48. Kalau Jodoh Tak Ke Mana (2006)
  49. Macam-Macam Ada (Bahagian II) (2006)
  50. Macam-Macam Ada (Bahagian III) (2007)
  51. Firasat Rahsia Mengenal Diri (2007)
  52. Khairy Jamaludin Perdana Menteri? (2007)
  53. Samy Vellu VS Khir Toyo (2008)
  54. Gerhana Raja & Malaysia Today (2008)
  55. Dunia Belum Kiamat (2008)
  56. Dunia Belum Kiamat 2 (2008)
  57. Nab Tun Razak VS Kaki Kacau Malaysia (2009)
  58. Malaysia Without Malays (2009)
  59. Tuhan, Politik & Seks (2010)
  60. Rahsia Menjadi Kaya & Berjaya (2010)
  61. Konspirasi Pak Lah & Susilo (2011)
  62. Memo Untuk Najib (2012)
  63. Setan,Syaitan,Sultan (2012)
  64. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Siapa Mati? (2013)
  65. Legenda Malaysia (edisi pertama) (2013)
  66. Biografi Musa Hitam lawan S.H Al Attas (2014)
  67. MH370 Hilang, Kemana Najib Nak Menghilang (2014)
  68. Lu Fikirlah Bro (2014)
  69. 13 Dalil Kenapa Najib Wajib Letak Jawatan (2014)
  70. The University Of Life (2014)
  71. Surah Yassin Untuk UMNO (2015)
  72. Kelapa Tua Kelapa Muda (2015)
  73. Dosa-Dosa Che Det (2015)
  74. Muhyiddin Yassin Petualang (2015)
  75. Tuah Nasib Pemimpin Malaysia (2016)
  76. The Attasian Lagend (2016)
  77. Fikir Zikir Fakir (2016)
  78. Lagenda Malaysia (edisi kedua) (2016)
  79. Lagenda Darul Makmur (edisi ketiga) (2016)

Pengalaman sunting

  1. Salesman Shroffs Malaya Ltd. Di-JB
  2. Pelakun tambahan di-Merdeka Studio K.L
  3. Pengurus Bunga Raya Service Station JB, kepunyaan orang tua sendiri.
  4. Wakil Nazir Madrasah Alattas, Johor Bahru, kepunyaan datok sendiri.
  5. Pegawai temu ramah Sharikat Who's Who in Malaysia dan Educational Directory Kuala Lumpur, Bahagian Johor, Pahang, Trengganu dan Kelantan.
  6. Pengurus dan Pegawai Penerangan Grolier International, bahagian negeri Johore
  7. Pengurus dan Guru solek Sharikat Holiday MagicEast Bahagian Johore.
  8. Penasehat Biasiswa Universiti Scholarship Of Canada
  9. Penyelia bahagian utara di-Preston Corporation (M) Sdn. Bhd, Petaling Jaya West Malaysia.
  10. Pekerjaan sekarang ialah sebagai Pengurus Agong dan Pengarang Karyawan International Corporation, Johore Bahru

Buku karangan sunting

Rujukan sunting