TIME dotCom Berhad (didagangkan sebagai TIME dotCom disingkat sebagai TIME, atau ringkasnya time) ialah sebuah syarikat telekomunikasi Malaysia, yang mengkhususkan dalam sambungan domestik dan antarabangsa, pusat data, awan dan penyelesaian perkhidmatan terurus.[3]

TIME dotCom Berhad
Jenis/bentuk sahAwam
Industri
Ditubuhkan25 Oktober 1996; 27 tahun yang lalu (1996-10-25)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh negara
Tokoh pentingAfzal Abdul Rahim (CEO)[1]
Hasil RM373.59 juta (2022)[2]
Pendapatan bersih RM118.28 juta (2022)[2]
PemilikKhazanah Nasional
Bilangan kakitangan1290
Tapak webwww.time.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 25 Oktober 1996 sebagai TIME Telecommunications Sdn. Bhd. dan selepas TT dotCom dengan merupakan anak syarikat TIME Engineering Berhad yang dimiliki oleh Dato' Zaidan Hj. Othman. Ia kemudian bertukar nama kepada TIME dotCom Berhad pada tahun 1998.

Pada Mei 2000, pegangan ekuiti dalam TIME dotCom Berhad diperolehi oleh Khazanah Nasional sebanyak 30 peratus untuk para pelabur.[4]

Setahun kemudian, syarikat ini tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).[5]

Pada tahun 2006, TIME dotCom memperoleh bidaan dalam spektrum generasi ketiga (3G) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Mac bagi memulakan khidmat jalur lebar 3G pada akhir tahun itu.[6] Syarikat ini bekerjasama dengan SKMM bagi melancarkan Projek Nasional Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) yang menandakan perlaksanaan fasa pertama projek itu untuk negeri Sabah.[7]

TIME dotCom memulakan strategi pemulihannya pada akhir 2008 dengan menjual perniagaan telefon awam di bawah anak syarikatnya, TIME Reach kepada syarikat telefon talian tetap prabayar, Paycomm dengan nilai RM8.3 juta.[8]

Pada Februari 2010, TIME dotCom memperkenalkan Time Fibre Broadband, perkhidmatan capaian Internet berkelajuan tinggi pertama di negara ini yang mampu mencecah sehingga 50 megabit sesaat (mbps).[9]

Pada tahun 2011, pemegang saham minoriti syarikat telah meluluskan undi cadangan pengambilalihan empat syarikat pemain telekomunikasi serantau bernilai lebih RM322 juta bagi menjadikan Time dotCom sebagai peserta telekomunikasi utama serantau pada masa depan.[10]

Pemilikan sunting

Pemegang saham terbesar Time ialah Pulau Kapas Ventures dengan 28.94% kepentingan, diikuti oleh Khazanah Nasional (10.67%), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (6.42%) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) (5.72%).[11]

Rujukan sunting

  1. ^ "Time CEO in Fellowship programme" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 6 Oktober 2022. Dicapai pada 28 April 2023.
  2. ^ a b Shazni Ong (29 Ogos 2022). "TIME dotCom records highest quarterly net profit in six years, declares 16.34 sen special dividend" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. Dicapai pada 28 April 2023.
  3. ^ "About us" (dalam bahasa Inggeris). Time dotCom. Dicapai pada 27 April 2023.
  4. ^ Dzulkfley Zanudin; Azmi Md Deros; Shamshul Azree Samshir (17 Mei 2000). "Khazanah beli ekuiti Time dotCom demi pelabur: PM". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2022.
  5. ^ I-Mei Low (3 Mei 2001). "Time dotCom now going for expansion" (dalam bahasa Inggeris). Computimes. Dicapai pada 27 April 2020.
  6. ^ Hatipah Ahmad (9 Jun 2006). "3G akhir 2006". Harian Metro. Dicapai pada 27 April 2020.
  7. ^ Husain Jahit (19 Julai 2006). "Liputan menyeluruh". Harian Metro. Dicapai pada 27 April 2020.
  8. ^ "TdC jual kepentingan dalam TRSB". Harian Metro. 9 Disember 2008. Dicapai pada 27 April 2020.
  9. ^ "TdC tawar capaian Internet berkelajuan sehingga 50mbps". Harian Metro. 3 Februari 2010. Dicapai pada 27 April 2020.
  10. ^ "Time ambil alih empat syarikat". Harian Metro. 23 November 2011. Dicapai pada 27 April 2020.
  11. ^ "Time Dotcom plans RM1b special dividend from data centre business" (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Reserve. 22 November 2022. Dicapai pada 27 April 2023.

Pautan luar sunting