Tasik Retba (Perancis: Lac Rose) adalah sebuah tasik terletak 30 kilometer jauh timur laut dari Dakar, Senegal.[1] Ia terkenal kerana rupa ia yang berwarna merah jambu akibat keberadaan alga Dunaliella salina yang membiak di situ.

Tepi tasik Retba dengan airnya yang kemerahan

Geografi sunting

Tasik ini merupakan suatu lagun dibentuk daripada pemisahan suatu kawasan menghadap Lautan Atlantik oleh gumuk-gumuk pasir. Air masinnya merupakan persekitaran sesuai untuk alga Dunaliella salina hidup; ia menghasilkan makanan sendiri melalui penghasilan suatu pigmen merah yang membantu dalam penyerapan cahaya agar bertenaga menghasilkan adenosina trifosfat.[2]

Ketepuan garam yang ada dalam airnya mampu mencecah setinggi 40% sehingga perenang boleh terapung di atasnya seakan yang berlaku di Laut Mati, jasad air yang mempunyai ciri kemasinan melampau sama.[3]

Ikan-ikan yang hidup di tasik ini beradaptasi dengan perubahan yang membolehkan penyingkiran garam berlebihan dari badan ikan.[4]

Hubungan dengan manusia sunting

Industri garam sunting

Tasik ini menjadi tumpuan banyak penduduk setempat menambak garam sebagai suatu sumber pendapatan; malah banyak negara mendirikan perusahaan sehingga menjadikan Senegal pengeluar garam terbesar di benua Afrika dengar kadar sebanyak 38,000 tan metrik setahun.[5] Kadar garam tasik yang tinggi memaksa para penuai garam laut setempat menyapu mentega syea pada badan sebagai perlindungan mengelakkan air masin garam yang boleh melukakan kulit.[1][3] Garam yang segar ditambak kemerahan namun akan memutih seteah dikeringkan untuk beberapa hari.[5]

Terdapat dua jenis garam yang ditambak untuk kegunaan berbeza: garam "jenis sederhana" digunakan untuk pemasinan ikan dan penyamakan kulit manakala "jenis besar" digunakan dalam masakan.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "How salt miners save Senegal's Pink Lake". BBC News. 19 Ogos 2013.
  2. ^ "Lake Retba In Senegal Looks Like A Giant Strawberry Milkshake". Huffington Post UK. 5 June 2012. Dicapai pada 2019-11-09.
  3. ^ a b Mitic, Ginanne Brownell (11 Mei 2017). "For visitors to Senegal's Lac Rose, a closer look at the colorful lake's salt harvest". Washington Post.
  4. ^ "Surviving in Salt Water". American Museum of Natural History. Dicapai pada 9 November 2019.
  5. ^ a b Kanoute, Pape Tahirou; Malan, Christiane; Stephane, Fournier; Teyssier, Catherine (2018). "Relevance of a Geographical Indication for Salt From Senegal's Pink Lake" (PDF) (dalam bahasa Inggris). Rome: FAO: 16pp. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Yasukawa, Olivia (27 Jun 2014). "Senegal's 'Dead Sea': Salt harvesting in the pink lake". CNN. Dicapai pada 4 Disember 2019.

Pautan luar sunting