Televisyen di Jepun

Penyiaran televisyen di Jepun bermula pada tahun 1939[1], menjadikan tanah matahari terbit ini negara pertama di dunia yang menjalankan khidmat televisyen bereksperimen. Walaupun begitu, disebabkan meletusnya Perang Dunia II di rantau Pasifik, maka siaran ujian ini cuma bertahan selama beberapa bulan. Penyairan televisyen harian hanya bermula pada tahun 1951.

Penduduk Jepun diwajibkan membayar yuran lesen tahunan antara 14,910 dan 28,080 yen bergantung pada kaedah dan masa pembayaran, serta sama ada hanya televisyen terestrial atau juga satelit diterima, untuk membiayai NHK, penyiar awam Jepun.[2]

Rangkaian kebangsaan sunting

Di Jepun, terdapat enam rangkaian televisyen seluruh negara, iaitu:

Selain rangkaian-rangkaian tersebut, stesen-stesen swasta yang tidak bersekutu dengan mana-mana rangkaian membentuk sebuah rangkaian longgar bernama Persatuan Stesen Televisyen Bebas Jepun (JAITS). Selain itu, Universiti Terbuka Jepun bersiaran di seluruh rantau Kanto.

Senarai stesen mengikut kawasan sunting

Tokyo

Osaka

Nagoya

Fukuoka

Sapporo

Hiroshima

Sendai

Shizuoka

  • JNN: SBS TV
  • NNN: Shizuoka Daiichi TV
  • ANN: Asahi TV
  • FNN: TV Shizuoka

Okayama

Toyama

Kanazawa

Kumamoto

  • JNN: RKK Kumamoto Hoso
  • ANN: KAB Kumamoto Asahi Hoso
  • NNN: KKT Kumamoto Kenmin TV
  • FNN: TKU TV Kumamoto

Okinawa

Televisyen digital sunting

Jepun sudah berpuluh tahun lamanya merintis teknologi HDTV melalui pelaksanaan sistem analog MUSE/Hi-Vision). Sistem lama ini tidak serasi dengan mana-mana piawaian digital baru. Pada 1 Disember 2003, bermulanya penyiaran HDTV terestrial melalui piawaian ISDB-T dimulakan di kawasan metropolitan Tokyo, Osaka, dan Nagoya. Dilaporkan bahawa 27 juta alat penerima HDTV telah dijual di Jepun sehingga Oktober 2007.[3]

Kerajaan Jepun sedang mengkaji pelaksanaan mempertingkatkan piawaian seperti yang dicadangkan oleh penyelidik Brazil (SBTVD). Ciri-ciri baru ini mungkin tidak akan diterima di Jepun kerana masalah ketidakserasian, tetapi juga dipertimbangkan kegunaan masa hadapan di negara lain, termasuk Brazil.[4]

Siaran TV terestrial analog di Jepun tamat pada 24 Julai 2011, menurut undang-undang penyiaran semasa[5]. Walaupun begitu, para pengguna masih lambat beralih ke DTV, gara-gara harga penerima ISDB yang mahal, apatah lagi dirumitkan dengan isu-isu berkenaan sistem B-CAS dan pengurusan hak digital yang ketat mengenai perakaman siaran di rumah.

Televisyen satelit sunting

Dua sistem satelit moden yang digunakan untuk penyiaran TV Jepun ialah BSAT dan JCSAT; khidmat penyiaran satelit digital WOWOW menggunakan satelit-satelit BSAT, sementara sistem penyiaran digital SKY PerfecTV! pula menggunakan satelit-satelit JCSAT.

Saluran satelit sunting

Rancangan sunting

Walaupun stesen-stesen TV berbeza rancangan TV, namun ada juga persamaan. Awal pagi dikuasai rancangan berita sekitar 9 pagi, disusuli oleh rancangan tengah hari, terdiri daripada ulang tayang drama dan rancangan informasi yang ditujukan kepada suri rumah yang baru mengemas rumah. Sekitar jam 4 hingga 6 petang, bersiarannya anime dan rancangan TV untuk kanak-kanak. Pada 7 petang berita disiarkan lagi, diikuti rancangan waktu perdana untuk tontonan seisi keluarga. Pada jam 9 malam, siaran beralih pula kepada drama dan rancangan untuk golongan dewasa. Sesetengah stesen menyiarkan berita pada jam 10 malam. Berita sukan disiarkan sekitar tengah malam untuk tontonan golongan pekerja. Selepas itu, disiarkan pula rancangan khusus untuk golongan cukup umur sahaja serta anime yang tidak menjangkakan ramai penonton seandainya disiarkan awal.

Ada kalanya, siri TV di Jepun dibahagi kepada kūru (Jepun: クール, istilah yang berasal dari cours dalam bahasa Perancis yang bermaksud "siri" atau "rantaian"), iaitu tempoh tiga bulan yang diisi 13 episod, serupa dengan istilah musim dalam penerbitan TV negara lain.

Rujukan sunting

  1. ^ ""Can you see me clearly?" Public TV image reception experiment (1939)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-01. Dicapai pada 2009-09-21.
  2. ^ "Receiving Fee System, NHK". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-04. Dicapai pada 2012-06-04.
  3. ^ (Jepun) JEITA / 統計データ
  4. ^ "Brasil fecha acordo com padrão japonês de TV Digital". Dicapai pada 2006-06-26.
  5. ^ (Jepun) [1]