Triatlon di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Triatlon di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 26 hingga 31 Julai 2021 di Taman Marin Odaiba, Tokyo. Sebanyak tiga acara dipertandingkan iaitu kategori lelaki, wanita dan campuran melibatkan 111 atlet.dari 38 negara.

Triatlon
di Sukan Olimpik XXXII
TempatTaman Marin Odaiba
Tarikh26–31 Julai 2021
Bil. acara3
Pesaing111 dari 38 negara
← 2016
2024 →

Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]

Pengenalan sunting

Triatlon ialah satu perlumbaan yang melibatkan tiga sukan yang berlainan. Dalam Sukan Olimpik, acara triatlon terdiri daripada tiga gabungan sukan yang berlainan iaitu renang 1.5 kilometer, berbasikal 40 kilometer dan larian 10 kilometer dan dilakukan secara terus menerus tanpa fasa saringan.

Triatlon mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada Sukan Olimpik Musim Panas 2000 di Sydney, Australia. Sehingga tahun 2020, sukan ini telah diadakan sebanyak enam kali dalam Sukan Olimpik. Sepanjang sukan ini diadakan, terdapat sebanyak tiga acara yang pernah dipertandingkan dengan satu acara baharu iaitu acara berganti-ganti campuran.

Great Britain menjadi negara paling banyak meraih pingat dalam sukan ini dengan lapan pingat terdiri daripada tiga emas, tiga perak dan dua gangsa diikuti Switzerland dan Australia dengan lima pingat.[2]

Penyertaan sunting

Jadual sunting

Kata kunci
A Akhir
Tarikh
Acara
26 Jul 27 Jul 28 Jul 29 Jul 30 Jul 31 Jul
Individu lelaki A
Individu wanita A
Berganti-ganti campuran A
Sumber:[3] (waktu mengikut WPJ)

Pungutan pingat sunting

Jadual pingat sunting

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Great Britain1203
2  Bermuda1001
  Norway1001
4  Amerika Syarikat0112
5  New Zealand0011
  Perancis0011
Jumlah (6 negara)3339

Pemenang pingat sunting

Acara Emas Perak Gangsa
Individu lelaki Kristian Blummenfelt
  Norway
1:45:04 Alex Yee
  Great Britain
1:45:15 Hayden Wilde
  New Zealand
1:45:24
Individu wanita Flora Duffy
  Bermuda
1:55:36 Georgia Taylor-Brown
  Great Britain
1:56:50 Katie Zaferes
  Amerika Syarikat
1:57:03
Berganti-ganti campuran   Great Britain
Jessica Learmonth
Jonathan Brownlee
Georgia Taylor-Brown
Alex Yee
1:23:41   Amerika Syarikat
Katie Zaferes
Kevin McDowell
Taylor Knibb
Morgan Pearson
1:23:55   Perancis
Léonie Périault
Dorian Coninx
Cassandre Beaugrand
Vincent Luis
1:24:04

Rujukan sunting

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Triathlon at the Olympics - facts and information". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Mac 2022.
  3. ^ "Schedule - Triathlon Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Mac 2020.