Ular sawa darah (bahasa Inggeris: blood python) adalah sejenis ular yang besar yang terdapat di Asia Tenggara. Nama saintifiknya adalah Python currus.[1] Pada purata, panjangnya seekor ular dewasa 1.5 meter (5 kaki), tetapi ia lebih berat daripada ular sawa yang biasa kerana ia lebih tebal. Ular sawa jarang bergerak dan menangkap makanan dengan menjerut. Namanya diperolehi daripada warna yang jingga ataupun merah, walaupun mengatakan begitu ini boleh menyebabkan kekeliruan kerana bukan semua jenis ular sawa darah mempunyai warna ini. Terutamanya, terdapat subspesies yang berwarna perang berangan dan kuning di Borneo yang lebih kecil daripada sebahagian subspesies lain.

Ular sawa darah
Pengelasan saintifik
Order:
Keluarga:
P. curtus
Genus:
Sawa tikus
Spesies:
Nama binomial
Python curtus

Pembiakan sunting

Ular sawa darah bertelur dalam tompokan sehingga 30 biji pada setiap kali. Ia akan melingkari tompokan telur sehingga kesemua telur menetas. Oleh kerana ular sawa adalah poikiloterma dan tidak mampu mengawal suhu dalaman mereka, ia tidak dapat mengeram telur dalam erti kata sebenar; sebaliknya, ia menghasilkan suhu melalui getaran kecil badan, yakni ia "mengeletar". Ini adalah satu daripada beberapa kes yang direkodkan mengenai sifat keibuan bagi ular.

Ciri-ciri pemangsa dan tingkah-laku sunting

Ular sawa darah makan burung dan mamalia. Habitatnya biasa di hutan hujan dan paya. Kebanyakan ular ini mempunyai organ pengesan haba pada bibir mereka. Ini membolehkan mereka mengesan objek yang lebih panas berbanding suhu keliling. Ular sawa yang tidak mempunyai organ pengesan haba mengenal pasti mangsa mereka melalui bau. Ular ini merupakan pemangsa hendap: ia biasanya kekal dalam kedudukan menyamar dan menyerang hendap mangsa yang lalu. Ia kemudiannya mengigit mangsa dan membunuh dengan membelit. Kematian mangsa biasanya diakibatkan oleh gagal bernafas atau kegagalan jantung dan bukannya akibat remuk.

Ular sawa biasanya tidak menyerang manusia kecuali terkejut atau diganggu, walaupun ular sawa betina yang melindungi telur boleh menjadi agresif.

Rujukan sunting