Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
Datuk Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad (16 Januari 1960 - 5 Mei 2016) ialah bekas ahli politik Malaysia yang telah menjadi Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Kangsar, Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Bukit Chandan, Perak. Beliau adalah seorang ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dari Barisan Nasional (BN).
Yang Berbahagia Datuk Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad | |
---|---|
Kelahiran | Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad 16 Januari 1960 |
Meninggal dunia | 5 Mei 2016 | (umur 52)
Pusat pendidikan | Kingston University |
Pendahulu | Tan Sri Rafidah Aziz |
Pengganti | Datin Mastura Dato' Mohd Yazid |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datuk Mastura Dato' Mohd Yazid |
Anak-anak | 4 |
Pendidikan awal sunting
Wan Khair-il Anuar telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar dari tahun 1967 hingga 1972. Semasa pendidikan menengah, beliau telah menuntut di tiga buah sekolah yang berbeza antaranya, Sekolah Menengah Clifford, Sekolah Menengah Anderson di Perak dan Sekolah Sains Sungai Petani di Kedah.[1]
Dengan pencapaian cemerlang semasa pendidikan menengah, Wan Khair-il Anuar telah ditawarkan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di luar negara. beliau telah diterima masuk ke Universiti Kingston di mana beliau telah menamatkan pengajian dan dianugerahkan Sarjana Muda (BA) dalam Seni Bina (Kepujian) dan Sarjana (Master) dalam Seni Bina.[2]
Keputusan pilihan raya sunting
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratus | Pembangkang | Undi | Peratus | Majoriti | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Wan Khair-il Anuar (BN) | 5,850 | 55.62% | Zulkifli bin Ibrahim (PKR) | 4,156 | 39.51% | 1,694 |
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratus | Pembangkang | Undi | Peratus | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Wan Khair-il Anuar (UMNO) | 14,218 | 50.40% | Khalil Idham Lim Abdullah (PAS) | 13,136 | 46.44% | 28,283 | 1,082 | 84.33% | ||
Kamilia Ibrahim (Bebas) | 447 | 1.58% |
Meninggal dunia sunting
Wan Khair-il Anuar terkorban dalam nahas helikopter AS 350 dekat Sebuyau, Sarawak. Beliau sedang dalam perjalanan bersama beberapa pegawai kerajaan dari Betong ke Kuching pada 5 May 2016 apabila helikopter hilang hubungan. Serpihan telah dijumpai dekat Sungai Batang Lupar hari berikutnya.[6][7] Tragedi tersebut juga mengorbankan Tan Sri Dato' Hajah Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan ahli parlimen Sungai Besar, Selangor.[8] Jenazah Wan Mohammad Khair-il Anuar telah diterbangkan balik ke Perak dan dikebumikan di Makam DiRaja Al-Ghufran dekat Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.[9]
Anugerah sunting
Anugerah di Malaysia sunting
- Malaysia :
- Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) - Datuk (2016 - Anumerta)[10]
Rujukan sunting
- ^ Directory."Sekolah Kebangsaan Clifford", Yellavia.com. Retrieved on 28 April 2013.
- ^ Directory."Sekolah Menengah Sains Kedah/Sultan Muhammad Jiwa", Yellavia.com. Retrieved on 28 April 2013.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 14 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 25 January 2010. Includes results from the 2004 election. Percentage figures are calculated based on total turnout.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 8 May 2016. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Copter crash: Tragedy strikes fear among campaigners". The Star Online. 6 May 2016. Dicapai pada 8 May 2016.
- ^ "MP joked about copter not flying if he ate too much". Free Malaysia Today. 6 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-07. Dicapai pada 8 May 2016.
- ^ "Condolence messages, tributes pour in for Noriah Kasnon". Free Malaysia Today. 6 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-11. Dicapai pada 8 May 2016.
- ^ "Tiga jenazah nahas helikopter dikebumikan hari ini". Bernama. Malaysiakini. 8 May 2016. Dicapai pada 9 May 2016.
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-01-08.