Wen Jiabao (lahir 15 September 1942) ialah ahli politik China yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat China ke-6. Beliau adalah ketua kerajaan dan mengetuai kabinet China. Beliau juga ahli Jawatankuasa Tetap Politbiro Parti Komunis China. Dari segi kedudukan, Wen Jiabao menduduk tempat ke-3 dari 9 ahli.

Wen Jiabao
温家宝

Wen pada 2012
Perdana Menteri Republik Rakyat China ke-6
Dalam jawatan
15 Mac 2003 – 15 Mac 2013
PresidenHu Jintao
TimbalanHuang Ju
Wu Yi (Pemangku)
Li Keqiang
Didahului olehZhu Rongji
Digantikan olehLi Keqiang

Lahir (1942-09-15) 15 September 1942 (umur 81)
Tianjin, China
Parti politik Parti Komunis
Pasangan Zhang Peili
Anak Wen Yunsong
Wen Ruchun
Kediaman Beijing
Alma mater Institut Geologi Beijing
Profesion Ahli geologi

Pendidikan sunting

Lahir di Beichen , Tianjin kira-kira 170 km dari Beijing. Belajar di High School Nankai sama seperti Zhou Enlai. Beliau menyertai Parti Komunis China pada April 1965.

Wen adalah ahli geologi dan jurutera .Beliau mendapat sarjana dari Institut Geologi Beijing pada 1968. Dia kemudian dihantar ke wilayah Gansu untuk bekerja sebagai ahli geologi (1968-1978). Kemudian pindah ke Beijing untuk bekerja sebagai ketua Pejabat Parti Umum antara tahun 1986 dan 1993.

Politik sunting

Beliau berkhidmat di bawah tiga Jeneral Setiausaha: Hu Yaobang , Zhao Ziyang , dan Jiang Zemin. Beliau menjadi korban semasa tunjuk perasaan pelajar di Dataran Tiananmen 1989. Rakannya Zhao Ziyang dikenakan tahanan dalam rumah sehinggalaj kematian pada Januari 2005.

Perdana Menteri China Zhu Rongji melantik beliau dengan tugasan mengawasi pertanian, dan persekitaran dasar kewangan serta persediaan China menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Beliau mengawasi reformasi ekonomi Cina.

Awalnya dianggap sebagai pendiam dan sederhana. Wen dikatakan seorang Komunikator yang baik dan dikenali sebagai "orang rakyat". Sejak Mei 2004, Wen mengunjungi pelbagai masyarakat yang musnah akibat AIDS dan penagih dadah. Secara rawak Wen mengunjungi desa relatif miskin di pedalaman. Jurang kemiskinan harus segera diatasi dengan cara menghapuskan cukai pertanian pada 2005.

Semasa Tahun Baru Cina pada tahun 2005, Weng bersama-sama dengan sekelompok pelombong arang batu di Shanxi. Oleh itu Wen dianggap memahami keperluan rakyat biasa. Beliau juga mampu menjawab soalan panas daripada wartawan berhubung isu kemerdekaan Taiwan ,Tibet dan hak asasi manusia .

Pada 18 Mac 2008, Wen menyalahkan penyokong Dalai Lama atas kekerasan di Tibet. Pejuang kemerdekaan Tibet mengambil kesempatan menjelangnya Sukan Olimpik Beijing 2008.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting