Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin adalah pelakon filem dan dramatis terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1943 dan berasal dari Melaka. Beliau pernah menjadi pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip. Beliau juga pernah menjadi Pegawai Kebudayaan Universiti Sains Malaysia (USM) dan mengajar seni persembahan

Yalal Chin
Kelahiran
Yalal bin Abu Chin

1943 (1943)
Meninggal dunia15 Oktober 2010(2010-10-15) (umur 66–67)
Sebab kematianSerangan jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka
Nama lainYalal Chin
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1992–2010
Kampung asalMelaka

Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama[1], Paloh dan Wanita Bertudung Hitam. Selain itu adalah telefilem Aku Yang Aku Cari arahan Arief Kamarhani yang turut berganding dengan Syed Aiman dan Arif Yamin.

Meninggal dunia sunting

Pada 15 Oktober 2010 beliau meninggal dunia pada usia 67 tahun kerana sakit jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras.[2] Beliau dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu. Balu beliau iaitu Suriani Mohd Yusof.[3] Jenazah dibawa ke kampung halamannnya di Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka.[4]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting