Yunus-bek Yevkurov

Yunus-bek Bamatgireyevich Yevkurov (lahir pada 23 Julai 1963) adalah presiden selatan Rusia iaitu Republik Ingushetia. Beliau dilantik oleh Presiden Rusia Dmitry Medvedev pada 30 Oktober 2008. Beliau adalah Presiden Ingushetia terkini.

Yunus-bek Bamatgireyevich Yevkurov
Юнус-бек Баматгиреевич Евкуров
Yunus-bek Yevkurov di 2009 3
Presiden Ingushetia ke-9
Memegang jawatan
30 Oktober 2008
Didahului olehMurat Zyazikov
Butiran peribadi
Lahir (1963-07-23) 23 Julai 1963 (umur 60)
Tarskoye, Prigorodny, RSAS Ossetia Utara, Kesatuan Soviet
KerakyatanIngush
PasanganKhava Yevkurova
AnugerahHero of Russia
Order of Courage
Order of Military Merit
Order of the Red Star
Medal of Valour (2)
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanSoviet Union
Russia
Perkhidmatan/
cawangan
Russian Airborne Troops
Tahun perkhidmatan1982 – present
PangkatColonel
PertempuranFirst Chechen War
Kosovo War
Second Chechen War

Beliau merupakan seorang pegawai tentera payung terjun dan Hero Rusia kerana menjadi kata kunci dalam pergolakan Perang Kosovo (1999) dan Perang Chechnya. Pada 22 Jun 2009, Yevkurov cedera parah setelah terkena serangan bom kereta di bandar Nazran.

Politik sunting

Ingushetia menjadi pusat pemberontakan Islam yang mahukan sebuah negara yang merdeka. Jirannya, Chechnya juga merupakan pusat pemberontakan di selatan Rusia bagi mencabar pemerintahan Kremlin. Republik ini dikatakan menjadi tempat bertapak untuk rangkaian militan global.

Presiden Rusia, Dmitry Medvedev melantik Yevkurov sebagai Presiden Ingushetia pada Oktober 2008 bagi menggantikan bekas pegawai polis rahsia, Murat Zyazikov yang didakwa gagal meredakan pemberontakan.

Cubaan bunuh sunting

Pada 22 Jun 2009, beliau cedera parah dalam satu percubaan untuk membunuhnya. Serangan ini memberi tamparan terbaru kepada pemerintahan Kremlin yang goyah di Kaukausus Utara.

Sebutir bom di tepi jalan diletupkan ketika konvoi beliau dalam perjalanan ke tempat kerja. 4 pengawal peribadi beliau terkorban manakala 5 yang lain cedera. Beliau dikejarkan ke Hospital Nazran untuk pembedahan kecemasan. Kini presiden berugama Islam itu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Turut cedera ialah saudara lelaki Presiden. Satu letupan kuat pada sekitar 8 pagi, tingkap-tingkap rumah berhampiran pecah.

Rujukan sunting