Kapten (B) Datuk Zahar Ibrahim ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) selama 26 tahun sebelum menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 24 Disember 2008[1]. Beliau pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi DUN Lindungan (1990-1995) dan Taman Medan (1995-1999) mewakili BN-UMNO.

Kapten (Bersara) Datuk

Zahar Ibrahim
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Taman Medan
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehNorkhaila Jamaluddin
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Lindungan
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehMazlan Harun
Digantikan olehKonstituensi dibubar
Butiran peribadi
Meninggal dunia19 Mac 2021
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (Bermula 24 Disember 2008)
UMNO (1981-2008)
PasanganDatin Maryam Salim
KediamanSelangor Petaling Jaya, Selangor

Penyertaan dalam politik sunting

Memimpin UMNO Petaling Jaya Selatan sunting

Pada 1981, Zahar menyertai UMNO cawangan Subang Jaya dan dilantik menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang Jaya merangkap Bendahari UMNO Bahagian Puchong tahun 1982–1987. Pada 1994–1999 beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Ekoran persempadanan semula bahagian pilihan raya pada tahun 1999, beliau memimpin UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan sehingga keahliannya digantung oleh Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.[1][2].

Menyertai PAS sunting

Pada 24 Disember 2008, Zahar Hashim telah menyertai Parti Islam Se-Malaysia dalam satu majlis di Hotel Ampang, Selangor. Beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Turut sama keluar parti ialah 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian Petaling Jaya Selatan. Rentetan itu, beliau turut berkempen dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, yang berlangsung pada 6-17 Januari 2009[1]. Pejabat UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan juga ditutup dan akan igunakan untuk kegiatan PAS.[3]

Kontroversi sunting

Mengkritik pemimpin UMNO sunting

Zahar Ibrahim pernah mengkritik Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Najib Tun Razak berhubung penyalahgunaan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dakwaannya, Abdullah menyatakan kesediaannya menyerahkan tugasnya kepada Najib pada pertengahan 2010. Tawaran jawatan Abdullah kepada timbalannya dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang, merupakan sejenis "rasuah politik peringkat tertinggi."[4]

Akibatnya beliau digantung jawatan ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan selama 3 tahun oleh Majlis Tertinggi UMNO mulai 3 Disember 2008. Baginya pemimpin tertinggi UMNO tidak mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat, khasnya orang Melayu. Dalam masa yang sama, Majlis Tertinggi UMNO turut memecat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim[2].

Isu pembelian Eurocopter sunting

Zahar Ibrahim mendedahkan surat kontroversinya kepada Timbalan Perdana Menteri Najib Razak berhubung isu pembelian helikopter oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Kementerian bersetuju membeli helikopter Eurocopter Cougar EC-725 menggantikan helikopter Nuri, setelah prestasi pesawat itu mendapat rungutan ramai pihak. Zahar melalui syarikatnya, Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan prosedur pembelian yang dikatakan tidak profesional[5].

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Muda Mohd Noor (24 Disember 2008). "Zahar sertai PAS, kempen di KT". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-04. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  2. ^ a b Jimadie Shah Othman (2 Disember 2008). "Zaid Ibrahim dipecat dari Umno". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-05. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  3. ^ Mohd Sayuti Omar (25 Disember 2008). "Umno PJ Selatan lumpuh". KLPos. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  4. ^ Muda Mohd Noor (4 September 2008). "Laporan BPR kedua Mazlan terhadap PM, Najib". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-06. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  5. ^ "Helikopter TUDM dibeli ikut prosedur". Malaysiakini. 17 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-18. Dicapai pada 4 Julai 2021.