Prof Datuk Dr Zainal Kling adalah Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) di Malaysia.Beliau adalah pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim,Perak.

Fail:Zainal Kling.jpg
Zainal Kling

Sebagai bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) dan pemegang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba UM berharap pemansuhan PPSMI akan menjayakan konsep 1Malaysia. Beliau adalah AJK Gabungan Persatuan Penulis Nasional yang antara lain mempertikaikan prestasi PPSMI.

Kontroversi sunting

Malaysia tidak pernah dijajah sunting

Pada 9 September 2011 di Putrajaya, Zainal menjelaskan bahawa berdasarkan fakta dan dokumen sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah",[1], [2] sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri Perak dan lain-lain (negeri-negeri yang mempunyai sultan) akan dijajah.[3], [4]

Sebaliknya pula, ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa enggan menerima sejarah bertulis bahawa Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak pernah dijajah[5], sebaliknya mahu pihak Majlis Profesor Negara (MPN) melucutkan keanggotaan Profesor Zainal Kling. Beliau mempersoalkan "Jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya istilah ' pejuang kemerdekaan'? Mengapakah adanya semangat nasionalisma menentang penjajahan British?. Kenapa perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka."[6] Sebalik Dr Zainal Kling menggesa PAS menggugurkan perkataan 'Islam' kerana perjuangannya jauh menyimpang.[7]

Pembangkang suka anarki sunting

Dr Zainal Kling menyatakan Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai 2011 memperlihatkan sikap pembangkang yang suka kepada anarki bagi menimbulkan huru-hara dan kekacauan.Inilah sikap sebenar komunis.

Komunis menentang pentadbiran British bukan kerana mahu memerdekakan Tanah Melayu tetapi mereka bercita-cita untuk menubuhkan ‘Republik Komunis’ di negara ini.Penentangan komunis terhadap Jepun di Tanah Melayu bukan bertujuan untuk membebaskan Tanah Melayu tetapi kerana orang China ketika itu amat marah dan malu atas penaklukan Jepun ke atas China pada 1937 hingga 1945[8]

Mansuhkan PPSMI sunting

Pada 8 Julai 2009 : Dr Zainal Kling menggesa dasar PPSMI dimansuhkan dengan segera kerana terbukti satu kesilapan.Mengapa perlu tunggu 2012.[9] [10]

Penulisan sunting

  1. Masyarakat Melayu : Utusan Publication & Distribtors, 1977.

Rujukan sunting

  1. ^ Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia: sebelum dan menjelang merdeka By Zaini Nasohah
  2. ^ Historical dictionary of Malaysia By Keat Gin Ooi
  3. ^ Nik Aziz: Profesor tidur terlalu lama
  4. ^ Buku diGoogle yang membincangkan negeri lindungan British.
  5. ^ Federalisme Tanah Melayu, 1945-1963: satu kajian mengenai masalah-masalah persekutuan di dalam sebuah masyarakat majmuk
  6. ^ PAS: Lucutkan gelaran profesor Zainal Kling
  7. ^ Pas wajar gugur perkataan Islam - Dr. Zainal, ARKIB : 15/06/2011, "Utusan Malaysia."
  8. ^ Kajian sejarah buktikan siapa hero sebenar., ARKIB : 10/09/2011, Utusan Malaysia
  9. ^ "Tokoh akademik mahu PPSMI dimansuhkan segera". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-12. Dicapai pada 2011-09-12.
  10. ^ Pembangkang suka pada anarki - Dr. Zainal, "Utusan Malaysia", ARKIB : 22/06/2011.