Nurazeera binti Azizi atau lebih dikenali sebagai Zeera Azizi (lahir 16 Januari 1996) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/2019. Beliau ialah kakak kepada pelakon Neera Azizi.[1]

Zeera Azizi
Kelahiran
Nurazeera binti Azizi

(1996-01-16) 16 Januari 1996 (umur 28)
Nama lainZeera Azizi
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2016–kini
SaudaraNeera Azizi (adik)

Kehidupan awal sunting

Nurazeera binti Azizi dilahirkan pada 16 Januari 1996 di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Bandar Melaka, Melaka. Adiknya, Nurazneera "Neera" Azizi juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi.

Kerjaya sunting

Zeera memulakan kerjaya awal sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia. Beliau pernah bergelar atlet boling di mana beliau mewakili Pahang di Sukan Malaysia (SUKMA). Zeera dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai oleh Haneesya Hanee dan Anna Jobling.[2] Beliau ialah peserta pertama yang tersingkir dari pertandingan tersebut.[3]

Kerjaya lakonan beliau bermula apabila berlakon bersama Kamal Adli dan Uqasha Senrose dalam drama adaptasi novel karya Anna Milia, Setelah Terlafaznya Akad, di mana beliau memegang watak Hani. Beliau pernah merakamkan sebuah lagu berjudul "Kehilangan", namun kurang mendapat sambutan.

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Setelah Terlafaznya Akad Hani Astro Ria
2021 Love Elsa Sofea
Malaysian Ghost Stories Mila Episod: "Jembalang Tanah"
2022 Jiwa Wanita Teha TV9
Setelah Terlafaznya Akad 2 Hani Astro Ria

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018–2019 Dewi Remaja 2018/19 Dirinya sendiri / Peserta Astro Ria

Diskografi sunting

  • "Kehilangan" (2016)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Ardini Sophia Sina (24 Mac 2018). Zeera kena pasal Neera Harian Metro. Dicapai pada 11 Julai 2018.
  2. ^ Kamaruddin Razal (1 November 2018). Haneesya Hanee, Zeera Azizi antara 20 finalis Dewi Remaja Astro Gempak. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  3. ^ Pramugari, Zeera Aziz peserta pertama tinggalkan Dewi Remaja 2018/2019 Remaja (10 Disember 2018). Dicapai pada 11 Julai 2019.

Pautan luar sunting