Zulkifli M. Osman

Pelakon dan pengarah filem Malaysia

Dato' Zulkifli M. Osman merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia. Beliau merupakan adik kepada pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman.


Zulkifli M. Osman
Kelahiran
Zulkifli bin Othman @ Yusof
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit
Tahun aktif1976–kini
PasanganNursuzuwana Abdullah
Anak-anak6 (termasuk Falla Zully)
IbuAfida Es
BapaM. Osman
SaudaraAziz M. Osman (abang)

Biografi sunting

Zulkifli ialah anak kepada penyanyi veteran Allahyarham M. Osman dan pelakon veteran Afida Es.[1] Anak kedua beliau, Puteri Nur Farra turut bergiat aktif dalam bidang seni sebagai penyanyi.[2] Mendapat pendidikan awal di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, ITM Shah Alam dalam jurusan Diploma in Business Studies dan Kolej Teknologi MEA Diploma In Directing Coordination.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1976 menerusi filem Sayang Anakku Sayang arahan Datuk Jamil Sulong dibawah penerbitan Shaw Brothers dan menerusi filem Loceng Maut arahan Nas Achnas. Aktif dalam rancangan radio dan drama terbitan RTM semasa era kanak kanak lagi. Antaranya drama radio popular No 5 Persiaran Satu dan Drama bersiri Opah. Mengikut langkah abangnya Aziz yang menduduki kerusi sutradara, pada 1990, Zulkifli mengarahkan filem cereka pertamanya Mira Edora yang dibintangi oleh Julia Rais. Beliau seterusnya mengarahkan beberapa filem yang menerima kejayaan komersial seperti Suci Dalam Debu (1992), Kekasih Awal Dan Akhir (1993) dan Diari Romeo (2003). Pernah memenangi anugerah drama terbaik dalam anugerah skrin melalui drama Jutawan Segera dan drama komidi terbaik anugerah skrin melalui drama Badrul Oh Rahul.

Pada 2016, Zulkifli kembali mengarah dengan filem terbaru arahannya Misi Operasi X yang kini dalam penerbitan.[3] Mendapat penganugerahan darjah Dato Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada 2015 dan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penulis
1976 Sayang Anakku Sayang       Filem pertama
Loceng Maut       Buyong
1981 Setinggan       Zul
1990 Mira Edora       Filem arahan pertama
1992 Suci Dalam Debu      
Sahabat      
1993 Kekasih Awal Dan Akhir      
Rimba Malam      
1994 Femina      
1995 Putera      
1996 Suratan Kasih      
Cinta Metropolitan      
1998 Badai Mantera      
2003 Diari Romeo      
2004 Bisikan Remaja      
2007 Cinta Yang Satu      
2012 Gentayangan      
2019 Misi Operasi X      
2022 Kedai Antik Wak Jambi       Pojie Sebagai penerbit
2023 Bukan Hantu Biashe Biashe       Clown

Drama sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penulis
2021 Diva Popular       Awesome TV Penampilan khas

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV
Pelakon Pengarah Penulis
1987 Satria 200 Purnama       TV3
1993 Emma dan Aliya      
2004 Nyanyian Langsuir       VCD
2023 Canting       TV1
Hanya Johari Mengenal Maniam       TV2

Rujukan sunting

  1. ^ Pelakon M. Osman meninggal diserang angin ahmar Diarkibkan 2017-11-17 di Wayback Machine Utusan Malaysia (28 Julai 2001). Diperoleh pada 17 November 2011.
  2. ^ Mohd Al-QAayum Azizi (6 Ogos 2017). Anak Zulkifli M. Osman Jadi Penyanyi mStar Online. Diperoleh pada 28 April 2018.
  3. ^ Nor Akmar Samudin (5 September 2016). Misi tumpas komander ancam dunia Diarkibkan 2018-06-24 di Wayback Machine Harian Metro. Diperoleh pada 28 April 2017.

Pautan luar sunting