Đỗ Mười
Đỗ Mười (bahasa Vietnam: [ɗǒˀ mɨ̂əj]; 2 Februari 1917 – 1 Oktober 2018)[1] adalah seorang ahli politik komunis Vietnam. Beliau naik dalam hierarki parti pada akhir tahun 1940-an, menjadi Pengerusi Dewan Menteri pada tahun 1988 dan dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPV) dalam Kongres ke-7 pada tahun 1991. Beliau meneruskan dasar pemerintahan melalui kepemimpinan kolektif seperti pendahulunya dan dasar reformasi ekonomi yang diperkenalkan oleh Nguyễn Văn Linh. Beliau dilantik untuk dua penggal sebagai Setiausaha Agung, tetapi melepaskan jawatan pada tahun 1997 semasa plenum ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-8 semasa penggal kedua beliau.
Đỗ Mười menjadi penasihat kepada Jawatankuasa Pusat dari tahun 1997 sehingga 2001, apabila Majlis Penasihat Jawatankuasa Pusat dihapuskan. Beliau adalah wakil ke Kongres ke-9, ke-10, dan ke-11. Walaupun secara rasmi bersara dari politik pada tahun 1997, Đỗ Mười terus mempengaruhi pembuatan keputusan. Beliau meninggal dunia pada 1 Oktober 2018 di Hospital Tentera 108.[2][3]
Rujukan
sunting- ^ Profil Đỗ Mười
- ^ Viet Tuan (2 Oktober 2018). "Revolutionary, reform architect, Party leader Do Muoi dies aged 101". VnExpress International.
- ^ Mydans, Seth (2 Oktober 2018). "Do Muoi, Vietnam's Leader in Economic Transition, Dies at 101". The New York Times. Dicapai pada 13 Januari 2019.