2NE1 (Hangul투애니원; RRTuaeniwon, IPA: [tʰu.ɛ.ni.wʌn]) merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment yang aktif antara tahun 2009 dan 2016, sebelum kembali semula pada tahun 2024. Kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli: Bom, CL, Dara dan Minzy. Dikenali kerana memecahkan stereotaip tipikal K-pop, eksperimen muzik, fesyen dan persembahan pentas, mereka diiktiraf kerana mengembangkan gaya kumpulan wanita dalam industri muzik Korea dan telah menjadi salah seorang tokoh terkemuka gelombang Korea.

2NE1
2NE1 pada tahun 2013
Dari kiri ke kanan: Dara, Bom, Minzy dan CL
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif
  • 2009–2016
  • 2024–kini
Syarikat rakaman
Ahli
2NE1
Hangul투애니원
Perumian SemakanTu-aeniwon
McCune–ReischauerT'u-aeniwŏn

Kumpulan ini diperkenalkan pada bulan Mac 2009 selepas muncul pada single promosi "Lollipop" bersama rakan label Big Bang. 2NE1 menjadi terkenal dengan keluaran album mini debut mereka 2NE1 (2009) yang menampilkan single "Fire" dan "I Don't Care". Selepas itu, 2NE1 ini telah melancarkan satu album mini iaitu 2NE1 2nd Mini Album serta sebuah album studio iaitu To Anyone. Single "I Don't Care" daripada album mini pertama berjaya memperoleh anugerah "Song of the Year" pada Mnet Asian Music Awards tahun 2009[1], menjadikan 2NE1 kumpulan idola pertama yang menerima daesang (hadiah utama) pada tahun debut yang sama. Yang terakhir menghasilkan empat buah single yang menduduki carta termasuk "Don't Cry" Bom, "Lonely", "I Am the Best" dan "Ugly". Dianggap sebagai jelajah antarabangsa pertama oleh kumpulan wanita K-pop, New Evolution Global Tour mereka melawat sebelas buah bandar di tujuh buah negara di Asia dan Amerika Utara pada tahun 2012 dan persembahan mereka di di Prudential Center di New Jersey dinamakan sebagai konsert kedua terbaik bagi tahun oleh The New York Times.

2NE1 mengeluarkan album studio terakhir mereka Crush pada tahun 2014. Ia adalah album pertama artis Korea yang mencecah 100 teratas US Billboard 200, debut di nombor 61 dan kekal sebagai album Korea yang menduduki carta tertinggi selama lebih dua tahun. Menjelang penghujung tahun 2014, 2NE1 telah mengumpulkan sembilan buah lagu nombor satu di Gaon Digital Chart, menjadi kumpulan dengan single nombor satu terbanyak di Korea Selatan pada masa itu. Selepas kumpulan itu berehat, Minzy mengumumkan dia meninggalkan 2NE1 pada bulan April 2016, manakala YG Entertainment mengumumkan bahawa tiga orang ahli lain akan dibubarkan pada November itu. Single terakhir mereka, "Goodbye" telah dirakamkan sebagai trio dan dikeluarkan pada Januari 2017.

Pada April 2022, 2NE1 membuat persembahan buat kali pertama sejak pembubaran mereka dengan pertemuan semula mengejut di Coachella. Pada 2024, mereka bersatu semula untuk ulang tahun ke-15 mereka dan dijadualkan untuk memulakan jelajah global, yang dijadualkan bermula pada bulan Oktober 2024 dan dilanjutkan ke tahun 2025. Kumpulan ini memenangi pelbagai anugerah sepanjang kerjaya mereka, termasuk sembilan Melon Music Awards, sebelas Cyworld Digital Music Awards, sepuluh MAMA Awards dan merupakan artis pertama yang menerima ketiga-tiga hadiah utama di yang terakhir dalam tempoh dua tahun selepas debut.

 
Logo 2NE1

Nama kumpulan ini pada mulanya adalah "21", namun, nama mereka telah ditukar kepada "2NE1" setelah penemuan penyanyi dengan nama pentas yang sama.[2] Nama tersebut, diucapkan dalam bahasa Korea dengan perkiraan pengucapan bahasa Inggris untuk "to anyone" (kepada sesiapa) dan "twenty-one" (dua puluh satu), menggabungkan frasa "abad ke-21" dan "Evolusi Baru".[3]

Nama ahli Pengenalan ringkas
Bom
(봄)
  • Nama penuh : Park Bom (박봄, 朴봄)
  • Tarikh lahir : (1984-03-24) 24 Mac 1984 (umur 40)
  • Tempat lahir :   Seoul, Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi vokal utama
Dara
(다라)
  • Nama penuh : Park Sandara (박산다라, 朴산다라)
  • Tarikh lahir : (1984-11-12) 12 November 1984 (umur 39)
  • Tempat lahir :   Busan, Korea Selatan
  • Peranan : Vokalis, visual
CL
(씨엘)
  • Nama penuh : Lee Chae-rin (이채린, 李債潾)
  • Tarikh lahir : (1991-02-26) 26 Februari 1991 (umur 33)
  • Tempat lahir :   Seoul, Korea Selatan
  • Peranan : Ketua, penyanyi rap utama, vokalis
Minzy
(민지)
  • Nama penuh : Gong Min-ji (공민지, 孔敏知)
  • Tarikh lahir : (1994-01-18) 18 Januari 1994 (umur 30)
  • Tempat lahir :   Seoul, Korea Selatan
  • Peranan : Ketua vokalis, penari utama, penyanyi rap

Garis masa

sunting

Diskografi

sunting

Diskografi Korea

sunting

Album studio

sunting

Album mini

sunting

Diskografi Jepun

sunting

Album mini

sunting

Filemografi

sunting
  • 2009 Style (kameo)
  • 2009 Girlfriends (kameo)
  • 2009 2NE1TV
  • 2010 2NE1TV Season 2
  • 2011 2NE1TV Live: Worldwide (season 3)
  • 2014 America's Next Top Model CBSTV (musim 21 ep 16)
  • 2014 The Bachelor - Juan Pablo
  • 2014 The Tim Yap Show

Konsert

sunting

Konsert utama

sunting
  • Nolza (2011)
  • New Evolution Global Tour (2012)
  • All or Nothing World Tour (2014)

Konsert lain

sunting
  • YG Family Concert (2010)
  • YG Family 15th Anniversary Concert (2011–2012)
  • YG Family World Tour: Power (2014)

Anugerah dan pencapaian

sunting

Catatan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Anugerah Muzik Asia Mnet (MAMA) 2009 – Senarai Pemenang" (dalam bahasa Inggeris). Kome World. 30 November 2009. Dicapai pada 3 Februari 2014.
  2. ^ Lee, Hye-rin (March 30, 2009). YG "원조 21에게 미안, '여자빅뱅' 이름 2NE1로 교체" [YG "Sorry to original 21, 'Female Big Bang' name will be replaced with 2NE1"] (dalam bahasa Korea). Asia Economy. Diarkibkan daripada yang asal pada October 21, 2021. Dicapai pada May 6, 2009 – melalui Nate.
  3. ^ "2NE1 Comes Out on Top at Music Bank". The Korea Times. July 18, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada June 15, 2011. Dicapai pada September 4, 2009.

Pautan luar

sunting