K-pop

genre muzik yang berasal dari Korea Selatan

K-pop atau Pop Korea (کي-ڤوڤ atau ڤوڤ کوريا) (Inggeris: Korean Pop) ialah sejenis aliran muzik popular yang berasal dari Korea Selatan. Kebanyakkan artis dan kelompok pemuzik dari Korea menggunakan aliran muzik ini. K-Pop ini mengandungi campuran genre hip-hop, elektro, pop, rock dan R&B. Aliran ini telah menjadi satu cabang kebudayaan dalam kalangan remaja dan orang dewasa di seluruh dunia yang menimbulkan minat terhadap gaya dan fesyen daripada penyanyi dan kumpulan muzik Korea.[1]

K-Pop
کي-ڤوڤ
Asalan gayaPopElektropopHip hopRockR&B
Asalan budayaBermula 1990-an di Korea Selatan
Instrumen biasaVokalPad dramDramBes elektrikPapan kekunciPianoPensampelSequencerSynthesizer • Penggunaan pelbagai alat muzik lain

Melalui kehadiran halaman peminat Facebook, ketersediaan iTunes, profil Twitter dan video muzik di YouTube, kemampuan K-pop untuk mencapai penonton yang sebelum ini tidak dapat dicapai melalui Internet telah memacu satu anjakan paradigma dalam pendedahan dan kepopularan genre ini.[2] Budaya popular Korea Selatan pada hari ini merupakan pemacu utama budaya belia di seluruh Lingkungan Pasifik terutamanya di Tanah Besar China, Hong Kong, Jepun, Taiwan dan Vietnam. Genre ini sedang mengembangkan pengaruhnya di rantau ini, sama seperti muzik Amerika di Eropah pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ TIME Magazine: Korean Pop – Flying Too High?. 205.188.238.181. Diambil pada 2011-02-20.
  2. ^ Yoon, Lina. (2010-08-26) K-Pop Online: Korean Stars Go Global with Social Media. TIME. Diambil pada 2011-02-20.

BibliografiSunting

  • Hartong, Jan Laurens (2006). Musical Terms Worldwide: A Companion for the Musical Explorer. Semar Publishers. ISBN 978-88-7778-090-4.
  • Holden, Todd Joseph Miles; Scrase, Timothy J. (2006). Medi@sia: Global Media/tion In and Out of Context. Taylor & Francis. ISBN 978-0-415-37155-1.
  • Jung, Sun (2011). Korean Masculinities and Transcultural Consumption: Yonsama, Rain, Oldboy, K-Pop Idols. Hong Kong University Press. ISBN 978-988-8028-66-5.
  • Kim, Myung Oak; Jaffe, Sam (2010). The New Korea: An Inside Look at South Korea's Economic Rise. AMACOM Div American Mgmt Assn. ISBN 978-0-8144-1489-7.
  • K-Pop: A New Force in Pop Music (PDF) (ed. Korean Culture No. 2). Korean Culture and Information Service; Ministry of Culture, Sports and Tourism. 2011. ISBN 978-89-7375-166-2.