Papan kekunci (pengkomputan)
Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. (Februari 2020) |
Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: tiada rujukan. (Februari 2020) |
Papan kekunci merupakan peranti yang paling lazim dikenali dan digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer. Ia terdiri daripada butang-butang tekan (kekunci) huruf dan angka serta aksara lain disusun mengikut turutan tertentu berkesinambungan dari rekaan kekunci yang ada pada mesin taip.[1]
Gambaran umumSunting
KefungsianSunting
Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.
Papan kekunci hari ini secara amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu:
- menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan.
- bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
- mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.
- menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip terlalu pantas.
Penekan suatu kekunci secara langsungnya menekan suis menghantar suatu isyarat kepada sistem pengendalian yang akan memadankan isyarat dengan arahan yang telah ditetapkan dalam pengaturcaraan sistem itu sendiri, lalu maklumat tersebut diterjemahkan unit pemprosesan pusat kepada keluaran (output) yang boleh dipaparkan pada skrin.
SusunanSunting
Sepertimana yang telah diterangkan, susunan kekunci mewakili setiap huruf dan aksara dikembangkan untuk melambatkan penaipan daripada terlalu laju lalu mampu merosakkan kekunci mekanik; QWERTY adalah susunan paling lazim untuk menaip abjad Rumi, namun terdapat juga susunan berbeza mengikut kelaziman bahasa pilihan pengguna.[1]