Selamat datang ke Portal Sains komputer! Kami sedang giat mengumpulkan sukarelawan untuk mengembangkan portal ini. Anda dialu-alukan untuk mencipta dan menyunting seberapa banyak rencana yang boleh untuk dimuatkan dalam ruangan Rencana pilihan kami. Jika anda ingin menyumbang, sila lihat Kerjasama bulan ini.
Sains komputer ialah satu kajian terhadap asas teori maklumat dan pengiraan serta pelaksanaan dan penggunaannya di dalam sistem komputer. Terdapat banyak bidang yang berkembang luas di bawah disiplin ilmu sains komputer; sebilangannya menekankan pengiraan hasil-hasil tertentu (seperti
grafik komputer), manakala sebilangan yang lain pula (seperti teori kerumitan pengiraan) berkait dengan ciri-ciri masalah pengkomputeran. Ada juga bidang yang memfokuskan terhadap cabaran-cabaran dalam melaksanakan pengiraan berkomputer. Sebagai contoh, kajian teori
bahasa pengaturcaraan mengambil pendekatan dengan menggambarkan suatu pengiraan, manakala
pengaturcaraan komputer pula menggunapakai
bahasa pengaturcaraan tertentu untuk menyelesaikan beberapa masalah pengiraan yang konkrit.