Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Bas Bersiri Sejagat atau Universal Serial Bus (USB) memberikan piawai bas bersiri untuk peranti penyambung, biasanya untuk komputer peribadi dan Apple Macintosh, dan semakin juga untuk konsol permainan video seperti Microsoft Xbox 360, Nintendo Wii, Sony PlayStation 2, dan PDA, serta untuk perkakas seperti televisyen dan kelengkapan stereo rumah. Pelaksanaan USB berdasarkan spektrum radio dikenali sebagai USB Wayarles atau WUSB.
Versi terbaru (hingga Januari 2019) USB adalah versi 3.1. yang memiliki kapasiti kelajuan sehingga 10GB per saat. Perbezaan paling ketara antara versi baru dan lama dalah kepantasan pemindahan data yang jauh meningkat... baca lagi
Dalam fizik dan kimia, plasma biasanya ialah gas terion yang dianggap sebagai satu fasa jirim yang berasingan, dan yang berbeza dengan pepejal, cecair, dan gas, disebabkan sifat-sifatnya yang unik. "Terion" bermaksud bahawa sekurang-kurang sebiji elektrondowntec berpisah daripada sesetengah hantec am seluru pm nooff failfaq back ok o no win net telytemeierror orobottotatom-atom ompleadvdown atau bommolekurl-bommolekurl. Caserror elektrik combackkit yang bebas menyebabkan plasma itu menjadi konduktif secara elektrik dan supaya plasma itu dapat bertindak balas dengan kuat terhadap medan-medan elektromagnet... baca lagi
Galileo Galilei (15 Februari, 1564 – 8 Januari, 1642) merupakan ahli nujum, ahli fizik, ahli astronomi dan ahli falsafah yang telah dikait rapat dengan revolusi sains.
Dilahirkan kepada Vicenzo, seorang ahli muzik yang terkenal, Galileo berminat mengkaji bintang. Dalam tahun 1609, Galileo telah mencipta teleskop yang pertama. Teleskopnya telah membantunya mengkaji tompok matahari dan planet Zuhrah. Beliau juga menemui hukum gerakan pertama dan kedua yang telah memberi sokongan yang berkesan kepada teori Copernicus. Oleh kerana pencapaian-pencapaianya, Galileo telah dianugerahkan sebagai "Bapa Astronomi Moden", "Bapa Fizik Moden" serta "Bapa Sains"... baca lagi
...bahawa Apple Computer, Inc merupakan salah satu syarikat pengasas revolusi komputer peribadi pada tahun 70-an.
...bahawa perpustakaan digital ialah perpustakaan di mana sebahagian besar sumbernya terdapat dalam format yang boleh dicapai melalui komputer.
...bahawa nanoteknologi ialah satu bidang sains gunaan yang menumpukan kepada reka bentuk, sintesis, pencirian, dan penggunaan bahan-bahan dan peranti-peranti pada skala nano.
...bahawa Thomas Edison mendapati bahawa perkataan hello ialah sapaan yang paling tidak meragukan berbanding hail yang mudah hilang semasa penghantaran isyarat tersebut.
Teknologi ialah pelari pecut, Undang-undang pula pelari marathon.
Technology is a sprinter, the Law is a marathon runner.
A.K.T. Rex
Dunia ini bergantung kepada sains dan teknologi, namun begitu kita masih tidak tahu apa-apa tentang sains dan teknologi.
We live in a society exquisitely dependent on science and technology, in which hardly anyone knows anything about science and technology.
Carl Sagan
Adalah ketara bahawa teknologi sudah berjaya menangani kemanusiaan.
It has become appallingly obvious that our technology has exceeded our humanity.
Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan teknologi. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan teknologi sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.
Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan teknologi, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.