Teknologi

Teknologi (Jawi: تيكنولوڬي) merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.

Teknologi pertengahan abad ke-20: teknologi angkasa lepas.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Teknologi dalam ideologiSunting

Kerap kali, "baru" dianggap "lebih baik" dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Contohnya komputer baru lebih laju dari komputer lama, dan kereta baru lebih menjimatkan petrol dari kereta lama.

Pasti sebuah teknologi yang semakin berkembang akan menjadi lebih baik dan ianya semestinya mesra alamtologi. Supaya pencemaran dan kegagalan manusia untuk menangani kerosakan dapat dikurang serta akhirnya dihindari. Teknologi mesra alamtologi amat penting untuk kemajuan manusia.

GerakanSunting

Teknologi sesuaiSunting

Sesetengah segmen daripada budaya saingan hipi pada tahun 1960-an telah berkembang untuk tidak menyukai kehidupan bandar dan lebih cenderung kepada teknologi desentralisasi, mampan dan berautonomi tempatan yang diistilahkan sebagai teknologi sesuai. Ini kemudiannya telah mempengaruhi budaya penggodam dan teknopaganisme.

Kaitan dengan sains dan kejuruteraanSunting

 
Antoine Lavoisier bereksperimen dengan pembakaran yang dihasilkan oleh cahaya matahari dikuatkan

Kejuruteraan ialah proses di mana pembangunan teknologi dilakukan. Seringkali sesuatu penyelesaian masalah perlu dilakukan di bawah kekangan yang ketat.[1] Pembangunan teknologi adalah "berorientasikan tindakan", manakala pengetahuan saintifik pada asasnya bersifat penjelasan.[2]

Spesies haiwan lainSunting

 
Gorila dewasa ini menggunakan dahan sebagai tongkat untuk mengukur kedalaman air.

Penggunaan teknologi asas juga merupakan sebahagian daripada ciri-ciri spesies haiwan. Menggunakan alat pernah dianggap sebagai antara ciri pentakrifan genus Homo.[3] Pandangan ini telah ditarik balik selepas menemui bukti terdapat juga penggunaan alat di dalam kalangan cimpanzi serta primat lain,[4] ikan lumba-lumba,[5] dan burung gagak.[6][7] Sebagai contoh, penyelidik telah memerhatikan cimpanzi liar menggunakan peralatan asas merambah, alu, tuas, menggunakan daun sebagai span, dan kulit pokok atau pokok anggur sebagai kuar untuk menangkap anai-anai.[8] Cimpanzi Afrika Barat menggunakan tukul batu dan andas untuk memecahkan kacang,[9] dan cara yang sama juga dilakukan oleh monyet capuchin di Boa Vista, Brazil.[10] Penggunaan alat bukanlah satu-satunya bentuk penggunaan teknologi haiwan. Antara contohnya, empangan memerang, dibina dengan batang kayu atau batu besar, ialah sebuah teknologi yang memberi impak "dramatik" kepada habitat dan ekosistem sungai.[11]

Budaya popularSunting

Hubungan antara manusia dengan teknologi juga telah diterokai dalam kesusasteraan fiksyen sains, contohnya seperti novel Brave New World, A Clockwork Orange, Nineteen Eighty-Four, penulisan esei Isaac Asimov, dan filem seperti Minority Report, Total Recall, Gattaca, dan Inception. Ini telah mewujudkan genre siberpunk futuristik dan distopia, yang mana teknologi futuristik ditampilkan seiring dengan keruntuhan masyarakat, distopia atau usang.[12] Terdapat beberapa karya siberpunk yang terkenal antaranya seperti novel Neuromancer William Gibson serta filem seperti Blade Runner dan The Matrix.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

PetikanSunting

  1. ^ Scranton, Philip (1 May 2006). "Urgency, uncertainty, and innovation: Building jet engines in postwar America". Management & Organizational History. 1 (2): 127–157. doi:10.1177/1744935906064096. ISSN 1744-9359.
  2. ^ Di Nucci Pearce, M. R.; Pearce, David (1989). "Technology vs. Science: The Cognitive Fallacy". Synthese. 81 (3): 405–419. doi:10.1007/BF00869324. ISSN 0039-7857. JSTOR 20116729. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2022. Dicapai pada 12 September 2022.
  3. ^ Oakley, K. P. (1976). Man the Tool-Maker. Nature. 199. m/s. 1042–43. Bibcode:1963Natur.199U1042.. doi:10.1038/1991042e0. ISBN 978-0-226-61270-6. S2CID 4298952.
  4. ^ Sagan, Carl; Druyan, Ann; Leakey, Richard. "Chimpanzee Tool Use". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2006. Dicapai pada 13 February 2007.
  5. ^ Rincon, Paul (7 June 2005). "Sponging dolphins learn from mum". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 December 2016. Dicapai pada 11 November 2016.
  6. ^ Schmid, Randolph E. (4 October 2007). "Crows use tools to find food". NBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 March 2017. Dicapai pada 11 November 2016.
  7. ^ Rutz, C.; Bluff, L.A.; Weir, A.A.S.; Kacelnik, A. (4 October 2007). "Video cameras on wild birds". Science. 318 (5851): 765. Bibcode:2007Sci...318..765R. doi:10.1126/science.1146788. PMID 17916693. S2CID 28785984.
  8. ^ McGrew, W. C (1992). Chimpanzee Material Culture. Cambridge u.a.: Cambridge Univ. Press. ISBN 978-0-521-42371-7.
  9. ^ Boesch, Christophe; Boesch, Hedwige (1984). "Mental map in wild chimpanzees: An analysis of hammer transports for nut cracking". Primates. 25 (2): 160–70. doi:10.1007/BF02382388.
  10. ^ Brahic, Catherine (15 January 2009). "Nut-cracking monkeys find the right tool for the job". New Scientist. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2016. Dicapai pada 11 November 2016.
  11. ^ Müller, G.; Watling, J. (24 June 2016). "The engineering in beaver dams" (dalam bahasa en). River Flow 2016: Eighth International Conference on Fluvial Hydraulics. St. Louis, USA: University of Southampton Institutional Research Repository. https://eprints.soton.ac.uk/400282/. Diperolehi 29 September 2022.
  12. ^ Thomas Michaud (2008). "Science fiction and politics: Cyberpunk science fiction as political philosophy". New Boundaries in Political Science Fiction. Oleh Hassler, Donald M. University of South Carolina Press. m/s. 65–77. ISBN 978-1-57003-736-8. See pp. 75–76.
Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera