Portal:Sains
Senarai portal: | Agama | Biografi | Falsafah | Geografi | Masyarakat | Matematik | Muzik | Sains | Sastera | Sejarah | Sukan |
|
Senarai portal: | Agama | Biografi | Falsafah | Geografi | Masyarakat | Matematik | Muzik | Sains | Sastera | Sejarah | Sukan |
|
Carl Linnaeus (dilatinkan sebagai Carolus Linnaeus, gelaran kebangsawanan dari Sweden Carl von Linné), (12 Mei 1707 – 10 Januari 1778) ialah seorang ahli botani, fizik dan zoologi berbangsa Sweden yang mendirikan asas kepada skim tatanama binomial moden. Beliau dikenali sebagai bapa kepada taksonomi moden, serta juga dianggap sebagai seorang perintis ilmu ekologi moden. Linnaeus lahir di perkampungan Småland, di kawasan selatan Sweden. Bapanya merupakan orang pertama sepanjang salasilah keluarganya yang menggunakan nama keluarga yang tetap; sebelum itu, nenek moyangnya menggunakan sistem penamaan patronimik bangsa-bangsa Skandinavia (serupa dengan nama Melayu). Bapanya menggunakan nama kelatinan Linnaeus bersempena pokok linden di halaman rumah keluarganya. Linnaeus menerima kebanyakan pendidikan tingginya di Universiti Uppsala dan mula mensyarah ilmu botani di situ pada tahun 1730. Beliau berdiam di luar negeri dari tahun 1735–1738, di mana beliau mengkaji dan juga menerbitkan edisi pertama Systema Naturae di Belanda. Sekembalinya di Sweden, beliau menjadi profesor botani di Uppsala. Pada 1740-an, beliau mengembara ke merata Sweden untuk mencari dan menggolongkan jenis tumbuhan dan haiwan. Pada 1750-an dan 60-an, beliau terus mengumpul dan menggolongkan haiwan, tumbuhan dan bahan galian, lalu menerbitkan beberapa jilid penyelidikan lagi. Ketika saat ajalnya, beliau dikenali di seluruh Eropah sebagai salah seorang ahli saintis yang tersohor ketika itu.
Chicago Pile-1 (CP-1) ialah reaktor nuklear pertama di dunia. Pembinaan CP-1 merupakan sebahagian daripada The construction of CP-1 was part of the Projek Manhattan, dan dilakukan oleh Metallurgical Laboratory (Met Lab) di Universiti Chicago. Ia dibina di bawah tangga kambing barat Stagg Field. Tindak balas rantai nuklear buatan manusia pertama dimulakan pada T2 Disember 1942 dibawah penyeliaan Enrico Fermi.
...bahawa drupe yang sama dalam lada hitam boleh digunakan bagi menghasilkan lada putih, lada hitam, dan lada hijau?
...bahawa drupe ialah jenis buah yang isi luar (eksokarp atau "kulit" dan mesokarp atau "isi") mengelilingi endokarp yang keras dengan biji benih di dalamnya?
...bahawa walaupun manusia mempunyai tiga appendiks, yang biasa disebut ialah vermiform appendix?
...bahawa cuaca Precambrian akhir biasanya sejuk dengan glasiar melitupi sebahagian besar muka bumi?
...bahawa Carl Sagan, ahli sains popular, menghisap ganja?
Scientific American merupakan majalah sains popular , diterbitkan secara bulanan sejak 28 Ogos, 1845, menjadikan ia terbitan majalah berkala paling lama di dalam Amerika Syarikat. Ia membawa artikel-artikel tentang penyelidikan baru dan inovatif kepada penonton amatur dan biasa. )
Modern Marvels merupakan program pertunjukan dalam saluran The History Channel yang memaparkan bagaimana banyak benda di dalam dunia moden boleh berlaku, dan dari mana mereka datang. Pertama kali dipaparkan dalam tahun 1998, Modern Marvels telah mengeluarkan lebih daripada 300 episod berkaitan sains, teknologi dan mekanik yang pelbagai daripada gasolin, Tembok Berlin, kapal induk pesawat udara, Lebuhraya Alaska/Alcan hingga kepada perikanan komersial. Bagaimanapun, Thermometersrancangan ini lebih menumpu kepada bahagian signifikan dalam episod sejarah subjek berkenaan.
Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sains. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sains sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.
Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan sains, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.
— Didie
— Aurora
— Yosri
— Rachun Dunia (bincang) 04:16, 14 Oktober 2017 (UTC)
Wikibuku | Wikikamus | Wikiberita | Wikipetikan | Wikisumber | Wikiversity | Wikimedia Commons | Wikivoyage | Wikidata |
Buku | Kamus | Berita | Petikan | Teks | Sumber pelajaran | Imej dan media | Panduan kembara | Pangkalan data |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |