Tindak balas rantai nuklear

Tindak balas rantai nuklear terjadi apabila satu tindak balas nuklear menyebabkan dalam purata satu atau lebih tindak balas nuklear, lantas membawa kepada satu siri perambatan diri bagi tindak-tindak balas ini. Tindak balas nuklear khusus mungkin merupakan belahan isotop berat (contohnya 235U). Tindak balas rantai nuklear membebaskan beberapa juta kali ganda lebih tenaga per tindak balas berbanding tindak balas kimia lain.