Wikipedia:Rencana tunas

(Dilencongkan dari Wikipedia:Tunas)


Rencana tunas merupakan rencana-rencana Wikipedia yang masih belum menerima perhatian yang cukup banyak daripada penyunting-penyunting, dan oleh itu, tidak mengandungi maklumat yang mencukupi untuk dianggap sebagai rencana yang benar. Dengan kata yang lain, rencana-rencana ini merupakan maklumat yang pendek atau tidak cukup, dan memerlukan penambahan-penambahan untuk meningkatkan kebergunaan Wikipedia. Komuniti Wikipedia menghargai rencana tunas sebagai langkah-langkah pertama yang berguna untuk mencapai rencana-rencana yang lengkap. Sesiapa pun boleh melengkapi rencana-rencana tunas itu.

Matlamat untuk rencana ini adalah untuk menyediakan suatu panduan am untuk mengendalikan rencana-rencana tunas. Para pengguna disyorkan membaca bahagian Maklumat Penting yang terdiri daripada separuh rencana ini. Bahagian Maklumat Tambahan mengandungi data yang mungkin menarik minat hanya pengguna-pengguna yang lebih mahir, dan oleh itu, tidak wajib.

Maklumat penting

Sebuah rencana tunas ialah sebuah rencana yang terlalu pendek, tetapi tidak pendek sehingga tidak berguna. Secara amnya, rencana tunas harus mempunyai panjang yang cukup untuk mentakrifkan tajuk rencana, dan biasanya merupakan tiga sehingga sepuluh patah ayat yang pendek. Perhatikan bahawa rencana yang lebih panjang bagi topik yang rumit mungkin masih dianggap sebagai rencana tunas; sebaliknya, sebuah rencana pendek mengenai topik yang amat sempit ruang lingkupnya mungkin bukannya rencana tunas.

Cara yang lain untuk mentakrifkan sebuah rencana tunas ialah rencana itu tidak cukup lengkap sehingga seorang penyunting yang tidak mengetahui banyak atau langsung tidak tahu tentang topik itu boleh memperbaik kandungnya selepas carian Web yang pantas atau selepas beberapa minit di dalam perpustakaan. Sebuah rencana yang boleh diperbaik hanya oleh seorang penyunting yang berpengetahuan, atau selepas penyelidikan yang mendalam, tidak dipanggil sebagai rencana tunas.

Rencana-rencana panjang yang tidak mempunyai wikifikasi (format Wikipedia) atau salinan suntingan (iaitu pengemaskinian oleh penyunting lain) biasanya tidak dianggap sebagai rencana tunas. Kaedah yang biasa ialah untuk memasukkan teg pengemaskinian kepada rencana itu. Perhatikan bahawa rencana-rencana pendek yang tidak mempunyai banyak maklumat mungkin akan dicalonkan untuk penghapusan atau untuk penggabungan dengan rencana lain yang berkaitan. Wikipedia bukan sebuah kamus, tetapi mempunyai projek kembar, iaitu Wiktionary. Jika rencana anda terlalu pendek, pertimbangkanlah pengalihannya ke Wiktionary atau, lebih baik, tambahkanlah lebih banyak maklumat untuk rencana anda.

Membuang status tunas

Selepas sebuah rencana tunas telah dikembangkan dengan betul dan menjadi rencana yang benar berbanding hanya sebuah rencana tunas, anda atau mana-mana satu penyunting boleh mengeluarkan teg rencana tunas daripada rencana itu. Tindakan penyelia atau keizinan rasmi tidak diperlukan.

Pengkategorian tunas

Selepas menulis atau selepas mencapai rencana yang pendek, seseorang penyunting harus memasukkan apa yang dipanggil templat tunas yang memungkinkan rencana itu ditandai sebagai rencana tunas. Menurut kelaziman, templat rencana tunas itu harus diletakkan di bawah rencana. Oleh sebab pengenalpastian rencana tunas dipaparkan dalam halaman rencana sebelum butir-butir seperti kategori dan pautan antara bahasa Wiki, templat it ehek diletakkan pada akhir rencana, selepas bahagian Pautan luar (jika ada), dan sebelum kategori.

Templat rencana tunas terdiri daripada dua bahagian yang berbeza:

  • satu pesanan ringkas yang menyatakan bahawa rencana itu merupakan sebuah rencana tunas bagi sesuatu jenis yang tertentu, dan menggalakkan penyunting untuk mengembangkannya;
  • pautan kategori yang meletakkan rencana ke dalam kategori rencana tunas, bersama-sama dengan rencana-rencana tunas lain yang berkenaan dengan perkara yang sama.

Keperluan untuk kategori-kategori rencana tunas tertimbul apabila kategori rencana tunas utama — {{tunas}}— menjadi begitu penuh sehingga tertimbulnya kesulitan untuk mencari rencana-rencana tentang sesuatu topik yang tertentu. Melalui kategori-kategori rencana tunas, seseorang penyunting, umpamanya seorang ahli biologi, boleh mencari rencana-rencana tunas melalui teg {{tunas-biologi}} dengan mudah untuk mengembangkan, mengeluarkan, atau mengubahsuaikan bahan-bahan dalam rencana.

Secara amnya, kelaziman penamaan untuk templat rencana tunas ialah tunas-topik; untuk senarai lengkap bagi templat-templat ini, rujuklah kepada Wikipedia:WikiProjek pengisihan rencana tunas/Jenis rencana tunas. Ketika menandai rencana-rencana sebagai rencana tunas, sila memastikan ketepatan dengan seberapa mungkin. Perbuatan ini akan menjimatkan masa penyunting-penyunting yang lain pada masa hadapan. Jika sebuah rencana bertindih dengan sebilangan kategori, lebih daripada satu templat boleh digunakan. Bagaimanapun, bubuhkanlah hanya templat-templat rencana tunas yang berkaitan rapat. Untuk kes-kes seperti biografi, kewarganegaraan tokoh itu juga harus ditunjukkan. Ini boleh mengambil bentuk templat tambahan, seperti {{tunas-bio-Mesir}}, atau sebagai perbaikan untuk templat yang lain, umpamanya {{tunas-artis-AS}}.

Kegiatan-kegiatan mengenai rencana tunas berpusat di Wikipedia:WikiProjek pengisihan rencana tunas (cara mudah WP:WSS). Projek itu harus merupakan rujukan anda yang utama mengenai perkara ini.

Rencana tunas yang ideal

Sewaktu anda menulis sebuah rencana tunas, anda harus mengingati bahawa matlamat utamanya ialah untuk rencana itu diperkembangkan. Oleh itu, rencana tunas anda harus mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menjadi dasar bagi penyunting-penyunting lain berbuat demikian. Penyelidikan awal anda boleh dibuat melalui buku-buku atau enjin-enjin carian, seperti Google, Yahoo!, Clusty atau MSN Search. Anda juga boleh menyumbang dengan ilmu yang anda telah memperoleh daripada sumber-sumber lain, tetapi adalah berguna jika anda membuat sedikit penyelidikan terlebih dahulu untuk memastikan bahawa versi fakta anda adalah betul dan dari sudut pandangan berkecuali.

Mulakanlah dengan memberikan takrif atau pemerihalan topik yang berkenaan. Elakkan kesilapan takrif. Oleh sebab pemberian takrif kekadang tidak mungkin, anda harus menulis sebuah pemerihalan yang bermaklumat mengenai topik itu. Umpamanya, nyatakanlah mengapa seorang tokoh adalah masyhur, di mana sesuatu lokasi ditempatkan dan apakah tempat itu amat dikenali, atau nyatakan perincian yang asas untuk sesuatu peristiwa dan bila peristiwa itu berlaku.

Kemudian, anda harus mencuba mengembangkan takrif asas itu. Kaedah penyelidikan anda yang disebut di atas akan memberikan anda maklumat yang mencukupi untuk mengemukakan perkara-perkara yang asas bagi topik itu. Sewaktu anda mempunyai beberapa ayat yang baik, anda harus mencipta pautan dalaman untuk perkataan yang penting supaya pengguna yang tidak biasa dengan selok-belok sebenar untuk topik itu dapat memahami apa yang anda menulis dalam rencana itu.

Elakkan penciptaan pautan yang tidak perlu; jika anda berasa ragu-ragu, anda harus menggunakan butang pratonton dan cuba membaca rencana anda dari sudut pandangan seseorang yang tidak pernah mempunyai pendedahan terhadap maklumat dalam rencana anda. Jika tidak terdapat perkataan yang susah difahami atau yang relevan, jangan ciptakan sebarang pautan.

Selepas anda telah menyerahkan rencana anda, beberapa tindakan boleh terjadi. Seorang penyunting yang minat mungkin akan mengembangkannya, ataupun anda sendiri boleh mengembangkannya apabila anda memperoleh lebih maklumat tentang topik itu atau sewaktu anda mempunyai lebih masa lapang.

Mengesan rencana tunas

Kategori:Kategori tunas
Kategori:Tunas
Tunassensor: skrip yang mengesan rencana panjang yang mengandungi teg rencana tunas dan digunakan untuk mengendalikan projek pengemaskinian berkala.
Khas:Laman dikehendaki
Khas:Laman pendek

Maklumat tambahan

Kategori rencana tunas baru

Jika:

  • anda mengesan sekumpulan rencana tunas yang tidak sesuai untuk dimasukkan ke dalam kategori yang sedia ada; atau
  • bilangan rencana dalam sesuatu kategori rencana tunas telah menjadi terlalu banyak dan mungkin boleh diperbaik melalui pembahagian supaya kategori dijadikan lebih khusus;

anda boleh mencadangkan penciptaan sebuah kategori rencana tunas yang baru. Jenis kategori rencana tunas yang baru akan diperdebatkan dalam Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana tunas/Cadangan. Sebelum anda mencadangkan kategori yang baru, pastikan bahawa anda telah mempertimbangkan enam garis panduan yang berikut:

  1. Adakah sebuah kategori rencana tunas untuk topik ini telah wujud?
    Periksa senarai.
  2. Adakah pengtakrifan kategori baru itu cukup rapi untuk membantu penyunting-penyunting mengesan rencana-rencana yang mereka mempunyai kepakaran untuk mengembang?
    Ingatlah bahawa penggunaan kategori-kategori rencana tunas ialah suatu cara untuk memudahkan pengembangan rencana.
  3. Adakah kategori rencana tunas yang baru itu meliputi lingkungan yang tidak diliputi oleh kategori yang lain, ataupun dapat menghasilkan sebuah subkategori tertakrif rapi yang boleh berbuat demikian?
  4. Sebuah kategori baru mungkin boleh dijadikan subkategori untuk lebih daripada satu kategori yang wujud, umpamanya dalam kes {{tunas-bio-besbol}} yang merupakan anak untuk kedua-dua {{tunas-bio-sukan}} dan {{tunas-besbol}}.
  5. Adakah bilangan rencana tunas terkini mewajarkan jenis kategori baru ini? Akankah bilangan rencana untuk kategori ini dalam jangka pendek mencukupi?
    Lazimnya, julat ambang ialah antara 100 hingga 300 buah rencana. Ambang ini boleh diketepikan jika kategori rencana tunas itu merupakan alat untuk digunakan dalam WikiProjek. Secara amnya, mana-mana satu kategori yang baru harus mengandungi sekurang-kurang 60 buah rencana.
  6. Akankah kategori baru anda bertindih dengan kategori yang lain?
    Misalnya, rencana tunas geografi diisihkan melalui negara dan oleh itu, anda tidak patut mencipta tunas-gunung atau tunas-sungai.
  7. Jika anda mencipta sebuah subkategori melalui pembahagian sebuah kategori yang sedia ada, akankah kategori rencana tunas yang baru ini mengurangkan saiz kategori induknya dengan berkesan?
    Ini bukan suatu keperluan yang wajib, tetapi keperluan ini merupakan alasan untuk penciptaan sebahagian besar daripada kategori-kategori rencana tunas yang sedia ada.

Jika anda berpendapat bahawa anda berpuas hati dengan jawapan anda terhadap garis-garis panduan ini, cadangkanlah penciptaan kategori rencana tunas yang baru di Wikipedia: WikiProjek pengisihan tunas/Cadangan. Jika anda tidak mendapat sebarang bantahan dalam tempoh seminggu, anda boleh memulakan penciptaan kategori rencana tunas yang baru.

Mencipta templat tunas

NOTA: Jangan mencipta kategori rencana tunas baru sebelum perbincangan dalam Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana tunas/Cadangan.

Jika cadangan anda telah dipersetujui, anda perlu mencipta sebuah templat untuk dipaparkan dalam rencana-rencana yang merupakan rencana tunas. Templat ini harus dinamai dengan nama berlogik, mengikut model yang berikut: Templat: tunas-topik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada rencana ini.

Yang berikut ialah format asas untuk templat rencana tunas yang baru:

<div class="boilerplate" id="tunas"> ''Rencana [[A]]-berkait ialah sebuah [[Wikipedia:Rencana tunas|rencana tunas]]. Anda boleh membantu Wikipedia untuk {{plainlink|{{SERVER}}{{localurl:{{NAMESPACE}}:{{PAGENAME}}{{!}}action=edit}}|mengembangkannya}}''. </div>[[Kategori:Rencana tunas B]]

Anda mungkin hendak menampal kod ini ke dalam templat anda yang baru dan mengubahsuaikannya dengan teks yang sesuai. Gantikanlah huruf A dan B seperti berikut:

  • A: Masukkan topik rencana tunas dalam medan ini. Misalnya, jalan. Topik itu harus mempunyai sebuah rencana yang sempurna, dan bukan merupakan lagi sebuah rencana tunas.
  • B: Medan ini harus digantikan dengan sebuah kategori yang sesuai, agar rencana tunas itu akan disenaraikan secara automatik bersama-sama dengan rencana-rencana tunas sejenisnya yang lain. Meneruskan dengan contoh dahulu, anda perlu menggantikan B dengan jalan. Apabila halaman itu disimpan, sebuah templat baru akan dicipta, iaitu {{tunas-jalan}} untuk contoh ini.

Anda juga boleh mengautomasikan kaedah penciptaan templat rencana tunas yang baru dengan menggunakan sintaks yang berikut:

{{subst:metatunas|rencana=A|kategori=B}}

Ini akan menghasilkan sebuah pesanan yang menyatakan: "Rencana A-berkait ini ialah sebuah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia untuk mengembangkannya" serta memasukkan rencana tunas ini ke dalam kategori yang dinamai "rencana tunas B", serupa dengan kaedah insani yang tertulis di atas.

Anda juga boleh memasukkan sebuah imej yang kecil ke dalam templat rencana tunas ("ikon rencana tunas") anda. Bagaimanapun, perbuatan ini tidak digalakkan kerana ia membebankan pelayan-pelayan Wikipedia. Jika anda masih hendak menggunakan imej, gunakanlah penformatan seperti yang diberikan oleh {{MetaPictunas}} (dan jangan lupa menggunakan awalan subst:). Selain itu, imej harus berada dalam domain awam ataupun mempunyai lesen yang bebas. Polisi Wikipedia tidak membenarkan penggunaan imej kegunaan adil dalam mana-mana satu templat, termasuknya templat rencana tunas.

Mencipta kategori tunas

NOTA: Jangan mencipta kategori rencana tunas baru sebelum perbincangan dalam Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana tunas/Cadangan.

Kemudian, anda harus mencipta sebuah kategori untuk mengandungi rencana-rencana yang mempunyai teg rencana tunas yang baru. Jangan ciptakan kategori baru sebelum anda memasukkan templat baru ke dalam mana-mana satu rencana.

Untuk memulakan penyuntingan, anda harus mengikut pautan kategori yang merah dalam templat rencana tunas yang anda telah mencipta. Dalam kes ini, ia akan termuncul sebagai Kategori: Rencana tunas jalan raya. Yang berikut ialah format asas untuk kategori-kategori rencana tunas:

{{Kategori rencana tunas|rencana=[[A]] (satu atau lebih)|tunas-baru=B|kategori=C}}
  • A: Masukkan pemerihalan kategori di sini. Kes ini ialah jalan raya. Anda boleh mengembangkan pemerihalan dengan menambahkan istilah, umpamanya, pengangkutan jalan raya.
  • B: Masukkan nama rencana tunas di sini.
  • C: Masukkan nama kategori bukan rencana tunas yang berperingkat lebih tinggi, umpamanya pengangkutan jalan raya untuk contoh ini.

Sintaks ini membuat empat perkara:

  1. memasukkan Kategori: Rencana tunas jalan raya ke dalam Kategori: Kategori rencana tunas
  2. memberikan pemerihalan kategori
  3. memaparkan teks rencana tunas
  4. memasukkan kategori ini ke dalam kategori yang berperingkat lebih tinggi, iaitu untuk contoh ini, Kategori: Rencana tunas jalan raya menjadi ahli Kategori: Pengangkutan jalan raya.

Oleh itu, format untuk contoh tersebut akan kelihatan seperti yang berikut:

{{Kategori rencana tunas|rencana=[[Jalan raya]] atau [[Pengangkutan jalan raya]]|tunas-baru=Rencana tunas jalan raya|kategori=Pengangkutan jalan raya}}

Adalah lebih elok jika anda memasukkan kategori anda ke dalam kategori rencana tunas yang lebih besar, jika ada. Bagaimanapun, tidak terdapatnya kategori yang lebih besar untuk Kategori: Rencana tunas jalan raya.

Untuk meningkatkan keberkesanan dan darjah penglihatan kategori, anda mungkin hendak memasukkan kategori anda ke dalam beberapa kategori. Misalnya, yang berikut akan memasukkan kategori anda ke dalam kategori jalan raya:

[[Kategori: Jalan raya]]

Selepas anda tekag siap, adalah penting bahawa anda memastikan bahawa kedua-dua rencana tunas dan kategori rencana tunas yang baru itu dikaitkan dengan betul ke kategori-kategori yang lain. Umpamanya, untuk tunas-jalan, kategori tunas-jalan harus menjadi ahli Kategori: Kategori rencana tunas (kerana ia merupakan kategori rencana tunas) dan Kategori: Jalan raya (kerana ia merupakan kategori yang terdiri daripada jalan raya). Jika kategori anda yang baru itu dicipta daripada sebahagian kategori (atau kategori-kategori) rencana tunas, kesemuanya juga harus disenaraikan di sini (umpamanya, Kategori: Rencana tunas geografi Perancis harus merupakan sebahagian Kategori: Rencana tunas Perancis dan Kategori: Rencana tunas Eropah).

Pada ketika ini, anda perlu memasukkan kategori rencana tunas yang baru ke dalam senarai ini: Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana tunas/Jenis rencana tunas

Ketika kategori rencana tunas yang baru telah diluluskan oleh WP:WSS (yang biasanya perlu dibuat sebelum penciptaannya), masukkanlah templat {{WPSS-cat}} ke dalam halaman kategori anda untuk menjelaskan bahawa kategori itu telah menjalani proses penyemakan yang wajib dan telah diluluskan melalui sepersetujuan.

Jika anda mempunyai keraguan atau komen mengenai mana-mana satu bahagian proses ini, jangan teragak-agak untuk mengemukakannya di sini.

Rencana tunas sempurna

Rencana tunas ibarat anak-anak itik hodoh (bahasa Inggeris: "the ugly ducklings") dalam kolam Wikipedia. Ramai orang mengejeknya, dan membuat komen buruk mengenai maklumat berkualiti rendah ini. Akan tetapi, anda perlu ingat, kehodohan anak-anak itik itu tidak semestinya berpanjangan hingga ia mencapai bentuk kematangannya, jangan disangka anak-anak itik hodoh yang sering ditertawakan kelak mampu membuatkan anda tersenyum sehingga tidak mengelipkan mata, melihat anak itik yang asalnya hodoh itu berubah menjadi angsa yang putih melepak dan berseri-seri. Adapun perbandingan lain adalah, seperti sebiji benih yang ditanam, disirami, dibajai, dinaungi, dipancari dan dibelai, lalu tumbuh dan berkembang hijau dan akhirnya menjadi sebuah pokok yang berbunga segar, mekar dan harum, lalu bunga itu subur menjadi lambakan buah yang isinya manis, harum dan berkhasiat. Begitulah hakikat sebenar rencana-rencana tunas yang terdapat di Wikipedia. Setiap rencana di dalam Wikipedia pada permulaannya merupakan sebuah "tunas" -- walaupun laman Negara diambil dari Wikipedia Inggeris adalah "tunas" yang membentuk asas bagi penyunting yang biasa dengan tempat itu untuk menambahkan maklumat yang lebih lengkap dan mendalam.

Sesetengah penyumbang lama menganggap tunas mengganggu disebabkan ia menghalang tanda yang terdapat pada rencana kosong. Akan tetapi, walaupun banyak penghinaan yang dilimpahkan kepada tunas, banyak tunas yang telah berubah menjadi lebih baik.

Apabila mencipta atau menyunting rencana "tunas", penting untuk diingati nilai tunas adalah apa tunas akan jadi, dan ia mesti terus berkembang jika hendak ia terus dilawati dan disunting. Jangan anggap tambahan dan perkembangan akan berlaku dengan segera dan dengan sendirinya. Cara terbaik untuk menarik perhatian agar orang lain menyumbang adalah dengan menyuntingnya sendiri, walaupun sedikit kerana — suntingan anda akan muncul di laman Perubahan Terkini, di mana ramai wikipedian veteran gembira menyumbang, dan bersedia menyumbang di mana mereka diperlukan.

Anda tidak perlu melakukan penyelidikan terperinci untuk mencipta asas yang mana orang lain bersedia untuk menyumbang, tetapi anda perlu bertimbangrasa untuk meletakkan apa yang anda tahu, dan betulkan apa yang anda tahu sebagai kurang tepat (cuba elak mengatakan hasil kerja orang lain sebagai "salah"). Antara tradisi perumpamaan cadangan tentang kebijaksanaan Wiki, terdapat pendapat bahawa rencana tidak harus "sempurna" -- dengan kesalahan satu atau dua ejaan akan menarik pembaca untuk memperbetul rencana dan menanam minat untuk menyunting lagi. Ringkasan idea ini adalah tumpukan pada menulis rencana atau menyuntingnya - jangan cuba melakukan keduanya. Di sini terdapat beberapa garispanduan yang dicadangkan:

  1. Letakkan pesanan "Ini adalah tunas" dengan meletakkan {{msg:tunas}}. (Lihat Wikipedia:Teks penyimpan perenggan untuk maklumat lanjut.)
  2. Maklumkan orang yang biasa bahawa terdapat rencana yang perlu diperbaiki dengan meletakkan pautan kepada Wikipedia:Cari dan baiki tunas dalam tunas rencana anda. Ramai penyumbang meronda laman Perubahan Terkini, tetapi jika tunas anda terkeluar tanpa menarik sebarang sumbangan, amat penting untuk mempunyai tanda yang lebih kekal bahawa lebih kerja diperlukan.
  3. Ikuti standard Bahasa Melayu baku. Tulis dalam ayat penuh yang jelas.
  4. Berikan istilah tepat dan jelas, atau gambarkan topik anda. Elakkan salah anggapan istilah (bahasa Inggeris: "fallacies of definition"). Untuk riwayat hidup dan rencana mengenai bukan konsep (seperti, mengenai negara dan bandar), pentakrifan adalah mustahil, jadi mulakan dengan gambaran jelas, membantu, berinformasi mengenai subjek. Contohnya, sila nyatakan apakah yang menjadikan seseorang popular, di dimana letaknya sesebuah tempat, perkara asas tentang sesebuah kejadian dan bilakah ianya berlaku. Sebuah definisi dan penerangan yang baik akan memberikan dorongan untuk seseorang memberikan sumbangan terhadap artikel tersebut jika diberikan had artikel tersebut yang secara tidak langsung memberitahu pengedit akan perkara yang perlu dilakukan. Contohnya, Salvador Allende merupakan President Chile dari tahun 1970 sehingga 1973 merupakan penerangan yang memuaskan.
  5. Cuba beri lebih daripada hanya maksud, walaupun hanya sedikit. Tidak mengapa jika ia mungkin merangsang kemarahan, asalkan anda cuba mengamalkan (sudut pandangan berkecuali) dan ia agak tepat. Apa yang menarik dan penting tentang topik itu? Jika pendahuluan anda berjaya menarik minat pembaca untuk terus membaca, mungkin ia akan menarik minat seseorang untuk menambah maklumat baru. Hanya satu ayat tambahan boleh menukar definisi yang bagus kepada tunas yang berguna. Contohnya, Salvador Allende merupakan President Chile dari tahun 1970 sehingga 1973. CIA mungkin terlibat dalam penggulingan beliau. Dengan pendahuluan seperti itu, anda tidak perlu tahu apa-apa lagi; orang ramai akan berebut-rebut untuk menambah maklumat yang lebih mendalam.
  6. Pastikan bahawa sebarang perkataan berkait yang boleh dikaitkan telah dipautkan. Tetapi anda harus berhati-hati tentang perkataan yang digunakan untuk pautan; sila lihat kelaziman penamaan. Umpamanya, Salvador Allende ialah Presiden Chile dari 1970 hingga 1973. CIA mungkin terlibat dalam rampasan kuasa yang menggulingkannya.
  7. Serahkanlah rencana anda dengan ulasan ringkasan yang akan menarik perhatian pengguna lain terhadap rencana tunas anda. Sekurang-kurangnya, gunting-dan-tampal bahan-bahan rencana tunas anda dalam kotak ringkasan ketika anda menyimpan rencana anda.
  8. Bertanggungjawablah sedikit tentang rencana tunas anda. Terdapat garis yang halus antara membantu dengan menggariskan apa yang perlu dibuat, dan menjengkelkan pengguna lain kerana sendiri tidak membuat apa-apa. Jika tiada pengguna menyumbang kepada rencana tunas anda selepas beberapa minggu, gulunglah lengan baju anda dan mengembangkan rencana tunas anda sendiri. Pandangkanlah fakta bahawa tiadanya pengguna lain yang menyumbang sebagai bayangan bahawa rencana tunas anda mungkin tidak begitu unggul, dan cubalah membuatnya supaya lebih baik.

Adalah mungkin bahawa anda dapat mengikut garis-garis panduan ini tanpa memerlukan anda menulis sebuah karangan. Secara amnya bagi rencana tunas sempurna, dua patah ayat adalah mencukupi — asalkan kedua-dua ayat itu adalah ayat yang benar-benar baik. Dan jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang topik itu untuk menulis dua patah ayat yang baik, janganlah menulis rencana tunas itu. Masa tambahan dan penumpuan yang diperlukan mungkin lebih baik digunakan untuk perkara lain, berbanding mencipta sebuah rencana statik yang menjadi objek untuk dipersendakan.

Diakui, panduan ini agak tidak berkait kerana walau apapun yang anda lakukan, seseorang akan memperbaiki rencana itu untuk anda. Itulah kelebihan wiki! Tetapi jika anda mahu menyumbang sesuatu yang positif, dan anda tidak mampu menulis keseluruhan rencana itu bersendirian, sekurang-kurangnya biarlah sumbangan anda merupakan jemputan jelas untuk turut serta.