Agensi Perisikan Pusat
Koordinat: 38°57′06″N 77°08′48″W / 38.951796°N 77.146586°W
Agensi Risikan Pusat (bahasa Inggeris: Central Intelligence Agency , CIA) merupakan salah satu agensi keselamatan bagi negara Amerika Syarikat, yang bertanggung jawab untuk mendapatkan dan menganalisa maklumat berkenaan kerajaan negara-negara luar, badan-badan korporat, serta individu-individu, dan melaporkan maklumat tersebut kepada beberapa badan lain di dalam kerajaan Amerika Syarikat.
Central Intelligence Agency | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 18 September 1947 |
Agensi terdahulu | |
Jenis | Bebas |
Ibu pejabat | George Bush Center for Intelligence Langley, Virginia, U.S. 38°57′07″N 77°08′46″W / 38.95194°N 77.14611°W |
Moto | "The Work of a Nation. The Center of Intelligence." Moto tidak rasmi: "And ye shall know the truth and the truth shall make you free." (John 8:32Template:Bibleverse with invalid book)[2] |
Kakitangan | 21,575 (anggaran)[3] |
Belanjawan tahunan | $15 billion (setakat 2013[kemas kini])[3][4][5] |
Eksekutif Bebas |
|
Laman sesawang | cia |
Ibu pejabatnya adalah di kawasan komuniti Langley di McLean CDP Fairfax County, Virginia, berhadapan Sungai Potomac dari Washington, D.C.. CIA merupakan salah satu daripada komuniti perisikan Amerika, yang mana sekarang di pimpin oleh Pengarah Agensi Perisikan Pusat (Director of Central Intelligence Agency, D/CIA). Tanggungjawab CIA secara kasarnya adalah seperti British Secret Intelligence Service di British, Australian Secret Intelligence Service di Australia atau Mossad di Israil.
== Jerups ==
Agensi ini telah ditubuhkan pada 1947 oleh Presiden Harry S. Truman, yang berasal daripada Pejabat Perkhidmatan Strategik (Office of Strategic Services) (OSS) yang ditubuhkan sejak Perang Dunia II lagi. OSS telah dimansuhkan pada Oktober 1945 tetapi William J. Donovan (atau juga dikenali sebagai Wild Bill oleh kawan dan musuh), pencipta OSS, telah menyerahkan kertas cadangan kepada Presiden Franklin D. Roosevelt pada 1944 untuk mewujudkan organisasi baru yang di pantau terus oleh Presiden, "di mana maklumat risikan dikumpul melalui metod overt dan covert dan pada masa yang sama memberi panduan periskan, memberi objektif perisikan nasional, dan menghubungkait material perisikan yang dikumpul oleh semua agensi kerajaan." Walaupun mendapat tentangan dari pihak tentera, Kerajaan Negeri, dan FBI, Truman berjaya menubuhkan kumpulan Perisikan Utama (Central Intelligence) pada Januari 1946. Seterusnya pada National Security Act of 1947 (dimana menjadi efektif pada 18 September 1947) National Security Council dan Agensi Perisikan Utama (CIA) ditubuhkan.
Pada 1949, Akta Central Intelligence Agency Act (juga dipanggil "Public Law 110") telah diluluskan, dimana mengizinkan agensi untuk menggunakan fiskal Sulit dan prosedur administratif dan membenarkannya dari banyak limitasi penggunaan kewangan kerajaan. Akta ini juga membenarkan CIA untuk memperolehi maklumat "organisasi, fungsi, pegawai, pangkat, pendapatan, atau jumlah pekerja." Ia juga mencipta program yang dipanggil "PL-110" untuk menguruskan faktor dan maklumat asing diluar dari pada prosidur imigrasi, dan memberi "cover story" dan sokongan ekonomi persendirian. [1]
Semasa tahun pertama ditubuhkan, agensi kerajaan lain tidak begitu menggunakan Agensi. Tetapi ia menjadi keperluan apabila terbit kemahuan untuk mengalahkan atau bersaing dengan aktiviti KGB di seluruh dunia, tanggungjawab dimana hanya boleh dilaksanakan dengan pelaksanaan yang tidak lurus. Dengan keputusan, beberapa agensi kerajaan diwajibkan untuk bekerja rapat dengan CIA. Penambahan dramatik Agensi dan pembangkitan semangat kebebasan dibawah DCI Allen Dulles diserap pada trend ini.
Akta Intelligence Reform and Terrorism Prevention Act 2004 telah meminda Akta National Security Act dan ia mewujudkan dua jawatan iaitu Director of National Intelligence yang akan mengambil beberapa tugasan DCI, dan seorang pengarah berasingan yang dipanggil Director of the Central Intelligence Agency (D/CIA).
Peranan
suntingPeranan CIA yang paling utama ialah untuk menyedarkan pegawai atasan AS mengenai isu-isu perisikan yang penting. Ini memerlukan proses yang amat rumit. Pertama ialah peringkat mengenalpasti masalah atau isu keselamatan nasional yang penting bagi kerajaan AS. Misalnya, CIA mungkin diarahkan untuk mengkaji perisikan mengenai aktiviti perancangan pengganas di luar negara.
Pihak CIA mempunyai beberapa cara untuk mencari maklumat perisikan. Antara lain ialah dengan menterjemah sebarang suratkhabar, majalah atau rancangan radio atau televisyen sesebuah negara. Imej satelit digunakan untuk mengambil rakaman imej dari angkasa lepas dan juruanalisa imej akan melaporkan apa yang mereka lihat, seperti, pegerakan pengganas dan sebagainya. Penganalisa signal akan decrypt mesej berkod yang dihantar dari negara asing. CIA juga akan mengambil pekerja asing untuk mendapat maklumat dalaman mengenai sesebuah negara.
Selepas kesemua maklumat telah dikumpul, penganalisa perisikan intelligence analysts akan menggabungkan maklumat dari pelbagai sumber tersebut dan cuba menilai apa yang sedang berlaku, mengapa ia berlaku, apa yang mungkin akan berlaku, dan bagaimana ia relevan dengan kepentingan AS. Hasilnya ialah sebuah laporan yang bebas dari unsur politik political bias, yang akan diberi kepada pegawai atasan termasuk President's Daily Brief (PDB), --berita ringkas yang diberi kepada Presiden AS serta pegawai atasannya yang lain setiap hari.
Rujukan
sunting- ^ "History of the CIA". Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-22. Dicapai pada Mac 28, 2014.
- ^ "CIA Observes 50th Anniversary of Original Headquarters Building Cornerstone Laying". Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-24. Dicapai pada September 18, 2012.
- ^ a b Gellman, Barton; Miller, Greg (Ogos 29, 2013). "U.S. spy network's successes, failures and objectives detailed in 'black budget' summary". The Washington Post. Dicapai pada Ogos 29, 2013.
- ^ Kopel, Dave (Julai 28, 1997). "CIA Budget: An Unnecessary Secret". Cato Institute. Dicapai pada April 15, 2007.
- ^ "Cloak Over the CIA Budget". The Washington Post. November 29, 1999. Dicapai pada Julai 4, 2008 – melalui Federation of American Scientists.
Pautan luar
suntingKetahui lebih lanjut tentang Agensi Perisikan Pusat di Wikipedia: | |
Imej dan media dari Commons | |
Berita dari Wikiberita | |
Teks sumber dari Wikisumber |
- Tapak web rasmi
- Central Intelligence Agency di Wayback Machine (arkib index)
- CIA Freedom of Information Act Electronic Reading Room Diarkibkan 2020-11-04 di Wayback Machine
- Landscapes of Secrecy: The CIA in History, Fiction and Memory (2011)
- Karya oleh atau tentang Agensi Perisikan Pusat di Internet Archive
- Karya oleh Agensi Perisikan Pusat di LibriVox (buku audio domain awam)
- Central Intelligence Collection di Internet Archive