Harry S. Truman (8 Mei 1884–26 Disember 1972; Jawi: هيري ايس. ترومن) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-33 dari tahun 1945 hingga 1953. Sebagai Naib Presiden, beliau mewarisi jawatan presiden ketika kematian Presiden Franklin D. Roosevelt.

Harry S. Truman
هيري ايس. ترومن
Presiden Amerika Syarikat ke-33
Dalam jawatan
12 April 1945 – 20 Januari 1953
PresidenFranklin D. Roosevelt
Naib PresidenTiada (1945-1949) [1]
Alben W. Barkley (1949-1953)
Didahului olehFranklin D. Roosevelt
Digantikan olehDwight D. Eisenhower
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-34
Dalam jawatan
20 Januari 1945 – 12 April 1945
Didahului olehHenry A. Wallace
Digantikan olehAlben W. Barkley
Senator A.S.
dari Missouri
Dalam jawatan
3 Januari 1935 – 17 Januari 1945
Didahului olehRoscoe C. Patterson
Digantikan olehFrank P. Briggs
Ketua Hakim Daerah Jackson, Missouri
Dalam jawatan
1 Januari 1927 – 1 Januari 1935[2]
Didahului olehElihu W. Hayes[3]
Digantikan olehEugene I. Purcell
Hakim Daerah Jackson, Daerah Timur Missouri
Dalam jawatan
1 Januari 1923 – 1 Januari 1925
Didahului olehJames E. Gilday[4]
Digantikan olehHenry Rummel
Butiran peribadi
Lahir(1884-05-08)8 Mei 1884
Lamar, Missouri
Meninggal dunia26 Disember 1972(1972-12-26) (umur 88)
Bandaraya Kansas, Missouri
KerakyatanAmerika
Parti politikDemokrat
PasanganBess Truman (k. 1919)
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan
  • 1905–1919 (Pengawal Kebangsaan)
  • 1920–1953 (Tentera Simpanan)
PertempuranPerang Dunia Pertama

Dalam hal-ehwal dalam negeri, Truman menghadapi cabaran demi cabaran: penukaran semula ekonomi yang kacau-bilau dan yang ditandai oleh kekurangan-kekurangan yang amat teruk, mogok-mogok yang sering berlaku, serta pelulusan Akta Taft-Hartley yang tidak mengendahkan vetonya. Selepas mengalahkan semua ramalan ketika memenangi pemilihan semula jawatan presiden pada tahun 1948, Truman tidak berjaya mencapai sebarang pelulusan untuk hampir kesemua rancangan Tawaran Adil. Beliau mempergunakan perintah presiden untuk memulakan desegregasi angkatan tentera Amerika Syarikat dan melancarkan sebuah sistem pemeriksaan kesetiaan untuk memecat beribu-ribu pesimpati komunis dari perkhidmatan awam. Bagaimanapun, beliau mengalami serangan yang berterusan bagi kebanyakan tempoh kepresidenannya kerana dikatakan "terlalu lembut terhadap Komunisme." Lagi satu masalah politik dalam negeri ketika itu ialah tanggapan bahawa ahli-ahli pentadbirannya terlibat dalam rasuah: beratus-ratus orang yang dilantiknya terpaksa meletakkan jawatan, akibat skandal-skandal kewangan yang berturut-turut.

Bagaimanapun, kepresidenan Truman penuh peristiwa dalam hal-ehwal luar negeri, bermula dengan kemenangan terhadap Jerman, pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki, penyerahan kalah oleh Jepun, dan keakhiran Perang Dunia II, serta penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Rancangan Marshall untuk membina semula Eropah, Dokrin Truman untuk menyekat Komunisme, permulaan Perang Dingin, penubuhan NATO, dan Perang Korea. Menekankan apa yang dianggap sebagai kegagalan-kegagalan Truman ("Korea! Komunisme! Rasuah!"), Republikan Dwight D. Eisenhower menamatkan 20 tahun pemerintahan Demokrat pada tahun 1952. Semasa dalam persaraan, Truman menulis Memoir, karyanya yang telah dipandang tinggi.

Truman, yang gaya peribadinya amat berbeza dengan ningrat Roosevelt, juga merupakan seorang presiden yang bersikap sederhana dan rendah hati. Beliau mempopularkan frasa-frasa seperti "Tanggungjawab tamat di sini" dan "Jika kamu tidak dapat bertahan daripada haba, keluar dari dapur". Truman telah mengatasi banyak jangkaan rendah terhadapnya oleh pemerhati-pemerhati politik yang membandingkannya (sebagai kurang baik) dengan pendahulu-pendahulunya yang dipandang tinggi.

Walaupun Truman telah dikalahkan dalam kempen pemilihanan semulanya pada tahun 1952 disebabkan kancah di Korea serta tinjauan-tinjauan pendapat yang tidak memuaskan, cendekiawan-cendekiawan pada hari ini menempatkannya sebagai salah satu daripada sepuluh Presiden yang terbaik. Kejujuran dan integritinya, keberanian politik, serta pendirian demokrasi Barat yang kukuh selepas Perang Dunia II, telah menyebabkan beliau mendapat pujian-pujian yang tinggi daripada seluruh lingkungan politik, termasuk ahli konservatif, Senator Barry Goldwater. Kemenangan legendanya yang tidak dijangka pada tahun 1948 kini biasa dipergunakan oleh calon-calon presiden yang tertindas.

Rujukan sunting

  1. ^ Sehingga penerimagunaan Pindaan Kedua Puluh Lima Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1965, tidak terdapat sebarang peruntukan untuk mengisi kekosongan separuh tempoh jawatan Naib Presiden. (Laman web Find Law untuk Ahli-ahli Profesional Undang-undang - Perlembagaan Amerika Syarikat: Pindaan Ke-25 - Anotasi)
  2. ^ Ferrell 1994, m/s. 108.
  3. ^ "County Judges 1923–1972". County History: County Judges. Kansas City, Missouri: Jackson County, Missouri. 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-20. Dicapai pada April 20, 2018.
  4. ^ "County Judges 1826–1922". County History: County Judges. Kansas City, Missouri: Jackson County, Missouri. 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-30. Dicapai pada April 20, 2018.

Pautan luar sunting