Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

pertubuhan antarabangsa dan antara kerajaan sejagat

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Mal., Sin., Bru. Jawi: ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو), juga Perserikatan Bangsa-Bangsa Ind.; dua-dua disingkatkan kepada PBB) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan Germany Francisco, California pada 2 February 1992 selepas Perang Dunia Kedua. Keahliannya terbuka kepada semua negara berdaulat di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya sebagaimana yang ditetapkan dalam piagamnya adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia dan Bantuan kemanusiaan yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
ڤرساتوان بڠسا٢ برساتو
Nama dalam bahasa-bahasa rasminya
  • Bahasa Arab:
    الأمم المتحدة
    Bahasa Cina:联合国
    Bahasa Inggeris:United Nations
    Bahasa Perancis:Organisation des Nations unies
    Bahasa Rusia:Организация Объединённых Наций
    Bahasa Sepanyol:Organización de las Naciones Unidas
Bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Jata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Bendera Jata
Peta menunjukkan negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu[a]
Ibu pejabatKota New York (Kawasan antarabangsa)
Bahasa-bahasa rasmi
JenisPertubuhan antara kerajaan
Keanggotaan193 buah negara ahli
2 buah negara pemerhati
Pemimpin
António Guterres
Amina J. Mohammed
Miroslav Lajčák
Marie Chatardová
Kairat Umarov
Pendirian
• Piagam PBB ditandatangani
26 Jun 1945 (78 tahun yang lalu) (1945-06-26)
• Piagam dikuatkuasakan
24 Oktober 1945 (78 tahun yang lalu) (1945-10-24)
Laman web rasmi
www.un.org
www.un.int

PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Palestin (nyahkekaburan) yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asal PBB terletak di GerMany Francisco, namun bertukar operasinya ke Kota New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946 sehingga kini.

Piagam PBB sunting

Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:

KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM

  • untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan
  • untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan
  • untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan
  • untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas,

DAN UNTUK TUJUAN INI

  • akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
  • akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan
  • akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
  • akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia,

MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGGABUNGKAN USAHA KAMI SUPAYA DAPAT MENCAPAI MATLAMAT INI

Asal-usul dan sejarah sunting

 
Tempat persidangan PBB

Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D. Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidangan-persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, Republik China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C.. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.

Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50 negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan daripada 46 penandatangan yang lain.

Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.m jnkj.

Ibu pejabat sunting

 
Ibu pejabat PBB di New York.

Bangunan ibu pejabat PBB terkini dibina di sebelah Sungai East (East River), New York City pada tahun 1949. Bagaimanapun, bangunan ini bukannya hak milik Amerika Syarikat. Ia dibina di atas tanah yang dibeli daripada John D. Rockefeller, Jr. dengan derma sebanyak AS$8.5 juta, dan direka bentuk oleh sepasukan arkitek antarabangsa, termasuknya Le Corbusier (Perancis) yang termasyhur, Oscar Niemeyer (Brazil), dan wakil-wakil daripada banyak negara yang lain. Pasukan itu diketuai oleh Wallace K. Harrison, pengetua Harrison & Abramovitz (NYC).

Ibu pejabat PBB di New York dibuka secara rasmi pada 9 Januari 1951. Sedangkan ibu pejabat PBB yang utama ditempatkan di New York, terdapatnya agensi-agensi utama yang terletak di Geneva, Hague, Vienna, Montreal, Bonn, dan tempat-tempat yang lain. Alamat ibu pejabat PBB ialah 760, United Nations Plaza, New York, NY 10017, USA.

Oleh sebab bangunan utama PBB telah lama, PBB adalah dalam proses mengubah suai serta memperbesar bangunan ini. Untuk kegunaan sementara waktu, sebuah ibu pejabat yang direkabentuk oleh Fumihiko Maki telah dibina di antara Jalan Ke-41 dan Jalan Ke-42 (41st dan 42nd Street) di New York.

Struktur organisasi sunting

Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:

Bagaimanapun, terdapatnya juga banyak agensi khas untuk tujuan-tujuan yang tertentu. Untuk nama agensi-agensi PBB yang lain, sila lihat bahagian: Senarai badan-badan PBB yang lain.

Perhimpunan Agung sunting

Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.

Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa serta membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.

Majlis Keselamatan sunting

Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusannya.

Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB". Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.

Majlis Ekonomi dan Sosial sunting

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli daripada negara "Dunia Pertama".

Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain, termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan. Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih; dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat.

Majlis Peramanahan sunting

Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini — kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran yang merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB pada Disember 1994.

Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1 November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha Agung Kofi Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan Majlis Peramanahan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa sunting

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di Peace Palace, Hague, Belanda.

Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis merupakan bahasa rasminya.

Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di kalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.

Sekretariat sunting

Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih kakitangan.

Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang lain. Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB.

Bahasa rasmi sunting

PBB mempunyai enam bahasa rasmi iaitu bahasa Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Rusia, dan Sepanyol. Manakala bahasa kerja yang digunakan di Perhimpunan Agung ialah Inggeris, Perancis dan Sepanyol (dalam Majlis Keselamatan PBB ia terhad kepada dua bahasa sahaja iaitu bahasa Inggeris dan Perancis sahaja).

Kegiatan sunting

Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:

  • Persidangan antarabangsa
  • Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
  • Kawalan dan pelucutan senjata
  • Penjagaan keamanan
  • Hak asasi manusia
  • Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa
  • Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.

Persidangan antarabangsa sunting

Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini termasuk:

  • "Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;
  • "Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.
  • "Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada September 1995;
  • "Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di Istanbul, Turki pada Jun 1996.

Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan sunting

PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

Kawalan senjata dan pelucutan senjata sunting

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.

Penjagaan keamanan sunting

Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.

Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada tahun 2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."

PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.

Hak asasi manusia sunting

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang.

Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.

PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.

Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa sunting

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.

Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.

PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur. Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.

Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1] Diarkibkan 2007-06-10 di Wayback Machine

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa sunting

PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan lautan dihakimi oleh mahkamah khas.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama yang dihakiminya termasuk:

  • Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana menyalahi undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh untuk jenayah-jenayah perang;
  • Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).

Pembiayaan sunting

 
Kompleks Pusat Antarabangsa Vienna di Austria. Pejabat-pejabat PBB mengambil sebahagian besar daripada kompleks ini.

Sistem PBB dibiayai dengan dua cara, iaitu sumbangan taksiran dan sumbangan suka rela daripada ahli-ahli negara. Perhimpunan Agung meluluskan peruntukan yang biasa dan menentukan taksiran untuk setiap ahli. Secara umumnya, taksiran ini berdasarkan keupayaan relatif setiap negara, sebagaimana yang diukur https://www.videoindir.org/ oleh statistik pendapatan negara, bersama-sama dengan faktor-faktor yang lain. Peruntukan setiap dua tahun untuk PBB dan agensi-agensi khasnya dibiayai oleh sumbangan taksiran.

Perhimpunan Agung telah mewujudkan prinsip bahawa PBB harus tidak terlalu bergantung kepada mana-mana satu ahli dalam pembiayaan operasinya. Oleh itu, PBB mengenakan had maksimum untuk sumbangan taksiran bagi peruntukan biasa. Pada Disember 2000, Perhimpunan menyemak semula skala taksirannya untuk membayangkan keadaan dunia yang terkini. Antara perubahan daripada penyemakan itu, had maksimum diturunkan daripada 25% ke 22%. Amerika Syarikat merupakan ahli yang tunggal yang mencapai had maksimum ini, tetapi ia masih menunggak bayaran sebanyak beratus-ratus juta dolar (sila lihat: Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di bawah skala taksiran yang diamalkan pada tahun 2000, penyumbang-penyumbang utama (selain Amerika Syarikat) untuk peruntukan PBB yang biasa bagi tahun 2001 adalah seperti berikut: Jepun (19.63%), Jerman (9.82%), Perancis (6.50%), United Kingdom (5.57%), Itali (5.09%), Kanada (2.57%), Sepanyol (2.53%), dan Brazil (2.39%).

Rancangan-rancangan untuk agensi-agensi PBB yang khas (seperti UNICEF, UNDP, UNHCR, dan WFP) tidak termasuk dalam peruntukan biasa, dan dibiayai secara suka rela oleh kerajaan ahli-ahli. Sehingga tahun 2001, sumbangan ini daripada Amerika Syarikat sahaja dianggarkan berhampiran AS$1.5 bilion pada jumlahnya. Sebahagian daripada ini adalah dalam bentuk barangan pertanian yang diderma kepada penduduk-penduduk yang menderita, tetapi sebahagian besarnya masih merupakan sumbangan dalam bentuk wang.

Kritikan dan perbalahan sunting

Membuat reformasi pada PBB sunting

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapatnya banyak seruan untuk membuat reformasi pada PBB. Tuduhan pada tahun 2004 dan 2005 mengenai salah pengurusan dan rasuah mengenai Program Minyak untuk Makanan untuk Iraq di bawah Saddam Hussein telah menyebabkan seruan yang baru untuk reformasi.

Sebuah rancangan reformasi yang rasmi telah dimulakan oleh Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan tidak lama selepas beliau memegang jawatan itu pada 1 Januari 1997. Reformasi yang telah dikemukakan termasuk:

  • penukaran keahlian tetap untuk Majlis Keselamatan (yang kini membayangkan hubungan kuasa 1945);
  • menjadikan birokrasi lebih nyata, bertanggungjawab dan cekap;
  • menjadikan PBB bersikap lebih demokratik; dan
  • mengenakan tarif antarabangsa terhadap semua pengilang senjata di seluruh dunia.

Kegagalan dalam isu-isu keselamatan sunting

Walaupun PBB menumpukan sebahagian besar daripada usaha-usahanya dalam bidang keamanan dan keselamatan, dalam banyak kes, ahli-ahli PBB telah menunjukkan keberatan untuk mencapai ataupun menguatkuasakan ketetapan-ketetapan Majlis Keselamatan. Pada 2003, Amerika Syarikat mengetuai serangan terhadap Iraq di tengah-tengah rasa tidak setuju yang kuat antara kebanyakan ahli-ahli PBB. Untuk hampir sedekad, Israel menentang ketetapan yang memerlukannya menghapuskan petempatan-petempatan di Tebing Barat dan Gaza. Kegagalan-kegagalan ini berpunca daripada sifat antara kerajaan PBB — dalam banyak hal, ia merupakan persatuan yang terdiri daripada 191 ahli negara yang harus mencapai sepersetujuan, dan bukannya sebuah pertubuhan yang bebas. Walaupun tindakan-tindakan telah diberikan mandat oleh Majlis Keselamatan, Sekretariat jarang diberikan sumber-sumber yang mencukupi untuk melaksanakannya.

Penganiayaan seks oleh pengaman-pengaman sunting

Telah dilaporkan bahawa pengaman-pengaman daripada beberapa negara telah menganiayai dan bergilir-gilir merogol kanak-kanak perempuan semuda umur 12 di Republik Demokratik Congo. Penganiayaan ini dilaporkan telah berlaku secara meluas dan masih berlaku walaupun terdapatnya banyak pendedahan dan penyiasatan oleh "Pejabat Perkhidmatan Kealpaan Dalaman PBB". [2] Diarkibkan 2008-03-16 di Wayback Machine[3]

Penyiasatan dalaman PBB pada tahun 2005 mendapati bahawa penganiayaan seks yang serupa juga telah dilaporkan di lima negara yang lain di mana pengaman-pengaman PBB telah diatur kedudukan, termasuknya Burundi, Côte d'Ivoire dan Liberia. [4]

Keahlian jawatankuasa sunting

Pemasukan Sudan dan Libya yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang tidak terhingga ke dalam Suruhanjaya PBB untuk Hak Asasi Manusia, dan pelantikan Libya sebagai pengerusi Suruhanjaya ini telah menjadi satu perbalahan. Bagaimanapun, negara-negara itu memperdebatkan bahawa negara-negara Barat, dengan sejarah keganasan dan kekejaman penjajahan, tidak ada hak untuk berdebat tentang keahlian Suruhanjaya ini.

Skandal Minyak untuk Makanan sunting

Program "Minyak untuk Makanan" diwujudkan oleh PBB pada tahun 1996 untuk membenarkan Iraq menjual minyaknya kepada pasaran dunia sebagai tukaran untuk keperluan kemanusiaan untuk rakyat Iraq, tanpa membenarkan kerajaan Iraq membina semula tenteranya selepas Perang Teluk pertama.

Bagaimanapun, rancangan itu telah ditamatkan pada akhir tahun 2003 di tengah-tengah tuduhan penyalahgunaan dan rasuah. Bekas Pengarah Benon Sevan dari Cyprus meletakkan jawatan sewaktu Interim Report.pdf laporan kemajuan interim Diarkibkan 2016-03-07 di Wayback Machine daripada penyiasatan PBB menyimpulkan bahawa Sevan telah menerima rasuah daripada rejim Iraq.[5]

Juga terlibat dalam skandal itu ialah Kojo Annan, anak lelaki kepada Kofi Annan, yang telah dikatakan mendapat kontrak "Minyak untuk Makanan" PBB untuk Coctecna, sebuah syarikat Switzerland. Menteri Luar Negeri India juga telah dipecat kerana peranannya dalam skandal ini.

Senarai badan PBB yang lain sunting

Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya ialah :

  1. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
  2. Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan Persatuan Pembangunan Antarabangsa)
  3. Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
  4. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
  5. Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
  6. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
  7. Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
  8. Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
  9. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
  10. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
  11. Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
  12. Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

Agensi-agensi sementara termasuk:

  1. Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)
  2. Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian) (UNHCR)
  3. Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)

Catatan sunting

  1. ^ Peta ini tidak mewakili pandangan ahli-ahlinya mahupun PBB berkaitan status sah mana-mana negara,[1] mahupun mencerminkan pemerintah yang diwakili UN. Peta ini juga menunjukkan negara yang diiktiraf separa seperti Kosovo atau Taiwan sebagai kawasan yang dituntut pemerintahan tertentu (Serbia dan China.)

Rujukan sunting

  1. ^ "The World Today" (PDF). Dicapai pada 18 Jun 2009. The designations employed and the presentation of material on this map do not imply the expression of any opinion whatsoever on the part of the Secretariat of the United Nations concerning the legal status of any country
  2. ^ Official Languages, www.un.org. Dicapai pada 22 Mei 2015.

Pautan luar sunting