Denmark

negara di Eropah utara

Denmark (Denmark: Danmark; ejaan lama: Denmak atau Denmar[7]) merupakan negara Nordik yang paling kecil. Negara ini terletak di semenanjung Scandinavia, iaitu di utara Eropah. Denmark bersempadankan Laut Baltik dan Laut Utara, serta mempunyai semenanjung yang bersambung dengan Jerman dan pulau pulau kecil. Denmark terletak di utara Jerman dan Poland, timur laut Sweden dan selatan Norway. Tambahan, Greenland dan Pulau Faroe menjadikan raja Denmark sebagai ketua negara (sama seperti Australia, New Zealand dan Kanada yang menjadikan Ratu Britain sebagai ketua negara mereka), tetapi mempunyai hak untuk memerintah secara berasingan.

Kerajaan Denmark
كراجأن دينمارك
Kongeriget Danmark
Bendera Denmark
Jata Denmark
Bendera Jata
Cogan katatiada
(Moto diraja: Guds hjælp, Folkets kærlighed, Danmarks styrke
"Bantuan tuhan, Kasih Rakyat, kekuatan Denmark")
Lagu kebangsaanDer er et yndigt land (kebangsaan)
Lokasi  Denmark  (dark green) – di Eropah  (light green & dark grey) – di kesatuan Eropah  (light green)  –  [Petunjuk]
Lokasi  Denmark  (dark green)

– di Eropah  (light green & dark grey)
– di kesatuan Eropah  (light green)  –  [Petunjuk]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Copenhagen
Bahasa rasmiDenmark1
Kumpulan etnik
91.1% Denmark, 8.9% (Jerman, Greek, Bosnia, Rusia, Turki, Arab)
DemonimDanish atau Dane
KerajaanDemokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan
• Raja
Frederik X
Mette Frederiksen
Søren Gade
• Kerajaan cammpuran
Campuran VK
Penyatuan 
Abad ke-8
Keluasan
• Jumlah
42,931 km2 (16,576 bt2)
• Perairan (%)
1.6²
Populasi
• Perkiraan Januari 2017
5,748,769[1] (112th)
• Kepulauan Faroe
49,884[2]
• Greenland
55,860[3]
133.9/km2 (346.8/sq mi)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$285.468 billion[4][N 1] (ke-52)
$49,613[4] (ke-19)
KDNK (nominal)2017
•  Jumlah
$324.146 billion[4][N 1] (ke-34)
$56,335[4] (ke-6)
Gini (2014)negative increase 27.5[5]
rendah
HDI (2015) 0.925[6]
sangat tinggi · ke-5
Mata wangKrone Denmark
(DKK)
Zon waktuUTC+1 (CET²)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST²)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+454
Kod ISO 3166DK
DPT internet.dk2,3
1 Rasmi bersama dengan bahasa Greenland di Greenland, dan Faroe di Kepulauan Faroe. Bahasa Jerman diiktiraf sebagai bahasa minoriti terlindung di kawasan Jutland Selatan (Sønderjylland) di Denmark. Bahasa Denmark diiktiraf sebagai bahasa minoriti terlindung di kawasan Schleswig-Holstein di Jerman.
² Untuk Denmark tidak termasuk Kepulauan Faroe dan Greenland.
³ TLD .eu dikongsi bersama dengan negara Kesatuan Eropah lain.
4 Kepulauan Faroe menggunakan +298 dan Greenland menggunakan +299.

Penyatuan kerajaan Denmark mula pada abad ke-10 apabila Denmark mengawal Laut Baltik. Denmark kemudian mengawal Kesatuan Kalmar yang diasaskan pada 1397 (terhadap Norway dan Sweden). Kesatuan ini berakhir pada 1523 apabila ia "digantikan" oleh Sweden, Walau bagaimanapun, Denmark tetap mengekalkan kesatuan itu ke atas Norway sehingga ia dibubarkan pada 1814. Selain itu, Denmark juga meluaskan tanah jajahannya dari kesatuan ini, sehingga Kepulauan Faroe dan Greenland. Denmark juga bangkit selepas kekalahan mereka dalam Perang Scleswig Kedua yang menyemarakkan semangat nasionalisme Denmark. Denmark mengekalkan kedudukan neutralnya pada Perang Dunia Pertama. Pada April 1940, tentera Jerman melancarkan serangan ke atas Denmark. Selepas kejayaan Jerman, Jerman menduduki Denmark sehingga Jerman menyerah kalah kepada Pihak Berikat pada Mei 1945. Denmark menjadi pengeksport terbesar produk pertanian pada separuh kedua abad ke-19.

Perlembagaan Denmark ditandatangani pada 5 Jun 1849 yang menamatkan monarki mutlak yang bermula sejak 1660. Kini, raja Denmark Ratu Margrethe II melaksanakan pemerintahan perlimen demokrasi. Parlimen kebangsaan dan kerajan berpusat di Copenhagen, ibu negara dan bandar terbesar serta pusat komersial utama Denmark. Denmark kini menjadi ahli Kesatuan Eropah pada 1973 dan menggantikan mata wang krone kepada euro. Selain itu, Denmark juga ahli NATO, Majlis Nordic, OECD, OSCE dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Denmark menikmati taraf hidup yang tinggi dan negara yang berkedudukan baik pada pendidikan, kesihatan, kebebasan awam, kemakmuran dan pembangunan manusia. Negara ini berkedudukan tinggi pada mobiliti sosial. Denmark antara salah satu negara mempunyai per kapita tertinggi. Pada tahun 2014, Denmark merupakan negara pencen terbaik di dunia.

Etimologi sunting

Etimologi Denmark berhubung dengan perkataan "Danes" dan "Denmark" yang menggambarkan Denmark merupakan kerajaan yang satu. Ia juga mencetuskan perdebatan. Perkataan ini merujuk kepada "Dan" yang merujuk kepada Dani ataupun tokoh bersejarah, Dan dan perkataan tepat - "mark" pada penghujungnya. Isu ini menjadi rumit apabila ia mungkin merujuk kepada orang Dani di Scandinavia atau tempat lain di Eropah seperti Greek dan Rom (seperti Ptolemy, Jordanes dan Gregorius).

Jika perkataan den merujuk kepada "gua" yang ada dalam perkataan Sanskrit, dhánuṣ- (धनुस्; "desert"). -mark pula dipercayai bermaksud hutan atau daerah sempadan, kemungkinan juga bermaksud "daerah hutan" yang merujuk kepada selatan Schleswig.

Sejarah sunting

Prasejarah sunting

Barang arkeologi terawal yang ditemui di Denmark pada 130,000–110,000 sebelum masihi. Zaman Gangsa Nordic (1800–600 TD) di Denmark terdapat "pongsu" termasuk penemuan lur .

Ketika Zaman Besi Pra-Rom(500 BC – AD 1), kumpulan pribumi mula bermigrasi ke selata. Orang Rom juga menjalani perdagangan dan berhubung dengan kaum pribumi yang mendiami Denmark. Kekuatan pengaruh budaya Celtic pada zaman ini juga berlaku berikut penemuan Gundestrup cauldron.

Ahli sejarah percaya sebelum kedatangan prekursor ke Denmark, kumpulan yang datang dari timur kepulauan Denmark (Zealand) dan Skåne bertutur dalam bahasa Germanik Utara. Kumpulan ini kemudian ke Great Britain untuk menjadi tentera upahan raja Vortigern. Mereka kemudian diserap ke dalam etnik Angles dan Saxon yang kemudian membentuk Anglo-Saxon.

Struktur pertahanan Danevirke dibina sejak abad ke-3 untuk melindungi raja Denmark. Alfabet pertama digunakan pada masa yang sama di Ribe, kawasan tertua di Denmark dan dipercayai diasaskan pada AD700.

Zaman Pertengahan sunting

Dari abad ke-8 sehingga abad ke-10, orang Denmark, Sweden dan Norway dikenali sebagai bangsa Viking. Mereka semua menjajah, menyerbu dan berdagang di seluruh Eropah. Penjelajah Viking merupakan orang pertama menemui Iceland pada kemalangan yang berlaku pada abad ke-9 kerana mereka ingin ke Kepulauan Faroe dan mereka secara tidak sengaja, terus menyeberangi "Vinland" (tanah berangin), tempat itu kini dikenali sebagai Newfoundland di Kanada. Bangsa Viking Denmark aktif di Kepulauan British dan Eropah Barat. Mereka menakluk England di bawah Raja Sweyn Forkbeard pada 1013, Ireland dan Perancis pula didiami puak Normandy. Kebanyakan pens Anglo-Saxong pada zaman ini ditemui di England dan Denmark.

Merujuk kepada Batu-batuan Jelling, puak Denmark bersatu dan memeluk agama Kristian sekitar tahun 965 ole Harald Bluetooth. Ia percaya bahawa Denmark menjadi Kristian kerana alasan politik untuk menghalang kekuasaan Kristian di Eropah. Germania merupakan tempat perdagangan penting bagi puak Denmark. Harald kemudian membina enam kubu di seluruh Denmark yang dipanggil Trelleborg dan Danevirke. Pada awal abad ke-11, Canute Agung menyatukan Denmark, England dan Norway sepanjang 30 tahun.

Pada 1397, Denmark menyertai kesatuan bersama Norway dan Sweden di bawah Ratu Margaret I. Ketiga-tiga negara itu berdagang dengan baik. Walau bagaimanapun, selepas 125 tahun, Sweden keluar daripada kesatuan ini dan pada 17 Jun 1523, Raja Gustav Vasa menakluk kota Stockholm.

Reformasi Protestan tersebar ke Scandinavia pada 1530an dan perang saudara Count Feud. Denmark menukar kepada ajaran Lutheranisme pada 1536. Pada tahun berikutnya, Denmark bersetuju untuk menyertai kesatuan dengan Norway.

Sejarah awal moden sunting

 
Empayar kolonial Denmark pada pertengahan abad ke-18.

Selepas Sweden keluar daripada Kesatuan Kalmar pada 1523, Denmark cuba untuk mengawal Sweden. Kali pertama pada Perang Tujuh Tahun Utara dan kali kedua pada Perang Kalmar ketika Raja Christian IV menyerang Sweden pada tahun 1611 tetapi gagal untuk memaksa Sweden kembali bersatu bersama Denmark. Perang itu tiada pertukaran wilayah tetapi Sweden membayar wang pampasan sebanyak 1 juta perak riksdaler kepada Denmark. Perang ini juga kemenangan besar yang terakhir buat Denmark dalam peperangan ke atas Sweden. Pada dekad seterusnya, Sweden meluaskan tanah jajahannya sehingga menjadikan negara mereka negara terbesar di Scandinavia mengikut luas dan populasi.

Raja Christian menggunakan duit dari pampasan perang itu untuk membaik pulih kota dan kubu dan yang paling penting, Glückstadt, Christiania (berikutan kebakaran besar yang mengalami kerosakan teruk di Oslo), Christianshavn dan Christianstad. Christian juga membina beberapa bangunan termasuk Børsen, Rundetårn, Nyboder, Rosenborg, sebuah lombong perak dan sebuah kilang tembaga. Beliau juga mengasaskan Syarikat Hindia Timur Denmark selepas "diajak" oleh Syarikat Hindia Timur Belanda untuk memungut keuntungan di Ceylon. Empayar kolonial Denmark juga menjalankan perdagangan di Afrika dan India. Selain itu, empayar ini juga menjalankan perdagangan dengan kuasa besar yang lain termasuk pertanian.

Dalam Perang Tiga Puluh Tahun, Raja Christian Denmark cuba untuk menjadi ketua Lutheran di Jerman tetapi beliau tewas dalam Pertempuran Lutter. Keputusan peperangan itu menunjukkan ketua Katolik di bawah Albrecht von Wallenstein mudah untuk menyerang dan menduduki Jutland sehingga Denmark terpaksa untuk menyerah kalah daripada peperangan. Denmark berjaya mengelakkan konsesi wilayah mereka tetapi Raja Gustavus Adolphus campur tangan di Jerman dan menandakan ketenteraan di Sweden semakin meningkat manakala ketenteraan Denmark di rantau Eropah menurun. Tentera Sweden melancarkan serangan ke atas Jutland pada 1643 dan menawan kota Skåne pada 1644. Merujuk kepada ahli sejarah, Geoffrey Parker, "Pendudukan Sweden menyeebabkan kemerosotan dalam bidang pertanian dan kekurangan kapita, hasil tuaian jatuh mendadak dan wabak Maut Hitam melanda negara ini pada tahun 1647 dan 1651. Populasi Denmark jatuh 20 peratus."

 
Den Grundlovgivende Rigsforsamling karya Constantin Hansen memaparkan Majlis Perlembagaan menubuhkan perlembagaan Denmark.

Pada tahun 1645, Denmark menyerahkan Halland, Gotland, bahagian terakhir jajahan Denmark di Estonia, dan wilayah kecil di Norway pada Perjanjian Bromsebro. Pada 1657, Raja Frederick III melancarkan perang ke atas Sweden dan berarak di Bremen-Verden. Perang ini membawa kekalahan kepada tentera Denmark dan tentera-tentera Raja Sweden, Charles X Gustav menyerang Jutland, Funen, dan Zealand sebelum menandatangani Perjanjian Keamanan Roskilde pada Februari 1658, di mana Sweden dibenarkan untuk mengawal Skåne, Blekinge, Trøndelag dan pulau Bornholm. Pada Ogos 1658, Charles X Gustav mula mengepung kota Copenhagen selama dua bulan tetapi gagal. Dalam perjanjian keamanan berikutnya, Denmark berjaya untuk mengekalkan kemerdekaannya dan dibenarkan mengawal Trøndelag dan Bornholm.

Denmark juga untuk mengawal wilayah Skåne dalam Perang Scania (1675–79) tetapi gagal. Selepas berlakunya Perang Utara Besar (1700–21), Denmark dapat mengawal bahagian Schleswig dan Holstein yang diperintah oleh kerabat Holstein-Gottorp pada 1721 dan 1773. Pada Perang Napoleon, Denmark asalnya ingin menegakkan polisi neutral dan berdagang dengan Perancis dan United Kingdom. Selain itu, Denmark juga menyertai Tentera Berkecuali bersama Rusia, Sweden dan Prusia. British menganggap Denmark bermusuh dengannya lalu menyerang Copenhagen pada 1801 dan 1807. Dalam satu peristiwa, armada Denmark telah dibakar berdekatan kota Copenhagen,

Permusuhan ini kemudian berlaku di antaa British dan Denmark lalu berlakunya Perang Kapal Meriam. British mengawal perairan di antara Denmark dan Norway untuk membawa bencana kepada ekonomi kedua-dua kesatuan ini. Pada tahun 1813, kesatuan Denmark-Norway menjadi bankrap. Kesatuan Denmark-Norway dibubarkan secara rasmi pada Perjanjian Kiel pada tahun 1814. Selepas pembubaran kesatuan dengan Norway, Denmark tetap mengekalkan posisinya di Iceland (kekal bersama monarki Denmark sehingga 1944), Kepulauan Faroe dan Greenland.

Denmark pada Perang Dunia sunting

 
Kereta perang Jerman di Jutland semasa Perang Dunia Kedua.

Selepas Eropah dilanda Revolusi 1848, Denmark melaksanakan sistem raja berperlembagaan pada 5 Jun 1849. Dua kamar parlimen telah dibuka. Denmark melancarkan perang ke atas Prusia dan Habsburg Austria dalam Perang Schleswig Kedua, peperangan itu berlaku dari Februari sehingga Oktober 1864. Denmark secara mudahnya tewas dan terpaksa memberikan wilayah Schleswig dan Holstein kepada Prussia. Kekalahan Denmark pada kali ini merupakan siri kekalahan terpanjang dan kehilangan wilayah yang bermula sejak abad ke-17. Selepas peristiwa ini, Denmark menjadi sebuah negara neutral atau berkecuali di Eropah.

Perindustrian datang ke Denmark pada separuh kedua abad ke-19. Landasan kereta api mula dibina di Denmark pada 1850an untuk menghubungkan antara bandar ke bandar lain serta melonjakkan ekonomi negara. Perdagangan pula mula pada 1870an. Orang luar dari negara jiran mula bermigrasi ke bandar-bandar utama. Pertanian Denmark menjadi utama serta mengeksport produk daging dan tenusu.

Denmark kekal kedudukan neutralnya pada Perang Dunia Pertama. Selepas kekalahan teruk Jerman, dan pada Perjanjian Versailles, wilayah Schleswig-Holstein dikembali semula ke Denmark. Berikutan fahaman irredentisme Jerman, Denmark cuba untuk mempertimbangkan wilayah itu melalui pungutan suara. Dua pungutan suara Schleswig berlaku pada 10 Februari dan 14 Mac 1920. Pada 10 Julai 1920, bahagian utara Schleswig (Sønderjylland) dijaga oleh Denmark dan memiliki seramai 163,600 penduduk. Hari yang dikenali sebagai Genforeningsdag disambut setiap 15 Jun bersempena dengan tarikh peristiwa perebutan wilayah Sclewig dengan Jerman.

Pada 1939, Denmark menandatangani pakatan selama 10 tahun untuk tidak diserang oleh Jerman Nazi tetapi Jerman menyerang Denmark pada 9 April 1940 dan kerajaan Denmark terpaksa menyerah selepas dua jam tentera Denmark mempertahankan tanah airnya. Perang Dunia Kedua di Denmark "dicirikan" oleh ko-operasi ekonomi bersama Jerman sehingga 1943, ketika kerajaan Denmark dan tentera lautnya menghantar kapal dan banyak tentera ke Sweden. Kerajaan juga melancarkan operasi menyelamatkan orang-orang Yahudi yang diseksa oleh orang Jerman sebelum mereka semua ke kem tahanan untuk dibunuh. Sesetengah orang Denmark menyokong fahaman Nazisme dan menyertai Parti Nazi Denmark atau menjadi sukarelawan untuk menentang penjajah Jerman merupakan sebahagian daripada Frikorp Danmark. Iceland memutuskan hubungan dengan Denmark lalu menjadi negara merdeka pada 1944. Jerman kemudian menyerah kalah pada Mei 1945. Pada tahun 1948, Kepulauan Faroe diberikan kelebihan untuk memerintah negara mereka dengan bersendirian.

Selepas perang sunting

 
Denmark menjadi ahli Kesatuan Eropah pada tahun 1973 dan menandatangani Perjanjian Lisbon pada tahun 2007.

Selepas Perang Dunia Kedua, Denmark menjadi salah satu ahli Persatuan Perdagangan Bebas Eropah, NATO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada 1973, bersama Britain dan Ireland, Denmark menjadi Komuniti Eropah (EEC) selepas referendrum oleh rakyat. Perjanjian Maastricht ditolak oleh rakyat Denmark pada 1992 dan ia diterima apabila referendrum kali kedua pada setahun kemudian. Denmark menolak mata wang euro menjadi mata wang kebangsaan mereka selepas menjalani referendrum pada 2000. Greenland menerima status memerintah negara pada 1979 dan dianugerahkan "penentuan nasib sendiri", iaitu tidak menerima pengaruh luar pada 2009. Kepulauan Faroe dan Greenland bukan ahli Kesatuan Eropah, Kepulauan Faroe menamatkan keahlian EEC pada 1973 dan Greenland pada 1986 kerana isu perikanan.

Denmark juga menyertai banyak misi kemanusiaan dan ketenteraan termasuk di Cyprus, Bosnia dan Herzegovina, Korea, Mesir, Croatia, Kosovo, Habsyah, Afghanistan, Iraq, Somalia dan juga Libya.

Geografi sunting

 
Imej satelit Jutland dan kepulauan Denmark. Bahagian kanan semenanjung ialah Sweden.

Denmark yang berlokasi di Eropah Utara mempunyai semenanjung Jutland dan 443 kepulauan (1,419 kepulauan 100 meter persegi (1,100 ka2) dalam jumlahnya). 72 daripada semua kepulauan itu telah didiami dan pulau yang paling besar antaranya ialah Zealand, Vendsyssel-Thy dan Funen. Pulau Bornholm terletak pada lokasi timur negara, iaitu di Laut Baltik. Kebanyakannya pulau-pulau besar dihubungkan melalui jambatan. Sebagai contoh, Jambatan Øresund menghubungkan Zealand dengan Sweden dan Jambatan Great Belt menghubungkan Funen dan Zealand serta Jambatan Little Belt menghubungkan Jutland dan Funen. Feri dan pesawat kecil juga dihubungkan ke pulau-pulau kecil. Bandar terbesar mengikut populasi yang mempunyai kepadatan seramai 100,000 terletak di pulau Zealand iaitu Copenhagen. Bandar Aarhus dan Aalborg di Jutland dan Odense di Funen.

Negara ini menduduki kawasan seluas 43,094 kilometer persegi (16,639 bt2). Kawasan pendalaman air pula ialah 700 km2 (270 bt2). Saiz kawasan daratan perlu dinyatakan betul-betul sejak lautan mula menenggelamkan sebahagian daratan dan menyebabkan manusia melaksanakan projek penambakan daratan. Disebabkan penambakan tanah, keluasan daratan Denmark ialah 234 kilometer (lebih kurang 145 miles). Denmark berkongsi keluasan sempadan 68 kilometer (42 bt) Jerman di selatan.

Negara ini adalah tanah rata dengan sedikit ketinggian. Puncak semula jadi tertingginya adalah Møllehøj. Sebahagian besar daripada Denmark ialah kawasan terdiri daripada tanah bergolek dan kawasan pantai dan bukit berpasir di utara Jutland. Walaupun Denmark kebanyakannya dilitupi hutan, tanah Denmark juga digunakan untuk menjalani aktiviti pertanian. Negara ini disaluri oleh sedozen sungai dan yang paling ketara termasuk Gudenå, Odense, Skjern, Susan dan Vida, kawasan sungai ini mengalir di sepanjang sempadan Jerman.

Kerajaan Denmark juga termasuk wilayah pemerintahan sendiri yang jauh lebih besar iaitu Greenland, yang terletak berhampiran Amerika Utara dan wilayah autonomi, Kepulauan Faroe di Lautan Atlantik Utara. Menurut Tabung Alam Sedunia, Kepulauan Faroe dilindungi oleh padang rumput boreal manakala Greenland menjadi tempat halaman ecoregions yang beriklim tundra Artik tinggi dan tundra Artik rendah.

Pada 15 Disember 2014, Kerajaan Denmark dan Greenland melaksanakan tuntutan ke atas PBB atas Jambatan Lomonosov yang bersambung dengan pelantar benua Greenland, ini bermaksud Denmark mempunyai tuntutan ke atas Kutub Utara dan wilayah lain Greenland.

Iklim sunting

Denmark mempunyai iklim sederhana yang dicirikan musim sejuk. Musim sejuk bermula pada Januari dengan suhu 1.5 °C (34.7 °F) dan musim panas pada bulan Ogos pada suhu 17.2 °C (63.0 °F). Denmark dengan puratanya 179 hari setiap tahun dengan hujan dan menerima purata hujan sebanyak 765 milimeter (30 in) per tahun. Musim luruh merupakan musim paling lembat dan musim bunga musim paling kering di Denmark.

Denmark akan mengalami siang hari yang pendek pada musim sejuk dan matahari mula terbit pada jam 8:45 am dan matahari terbenam pada pukul 3:45 pm (waktu tempatan). Ia berbeza dengan musim panas apabila matahari mula terbit pada jam 4:30 am dan terbenam pada pukul 10 pm (waktu musim panas).

Iklim Kepulauan Faroe pada Januari ialah pada suhu 4.5 °C (40.1 °F), pada Julai 2012, iklim di Kepulauan Faroe pada 10.1 dengan mengalami suhu 6.7 °C (44.1 °F). Pada 2012, Kepulauan Faroe hanya mempunyai 195 hari diterima hujan dan menerima hujan sebanyak 1,262 milimeter (50 in) pada tahun yang saam.

Data iklim untuk Denmark (2001–2010)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 3.3
(37.9)
3.3
(37.9)
6.1
(43.0)
11.5
(52.7)
15.5
(59.9)
18.5
(65.3)
21.6
(70.9)
21.2
(70.2)
17.5
(63.5)
12.3
(54.1)
7.9
(46.2)
4.2
(39.6)
11.9
(53.4)
Purata suhu harian, °C (°F) 1.5
(34.7)
1.2
(34.2)
3.0
(37.4)
7.5
(45.5)
11.4
(52.5)
14.6
(58.3)
17.4
(63.3)
17.2
(63.0)
13.8
(56.8)
9.4
(48.9)
5.7
(42.3)
2.2
(36.0)
8.8
(47.8)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) −0.8
(30.6)
−1.3
(29.7)
−0.2
(31.6)
3.6
(38.5)
7.4
(45.3)
10.6
(51.1)
13.4
(56.1)
13.5
(56.3)
10.2
(50.4)
6.2
(43.2)
3.2
(37.8)
−0.3
(31.5)
5.5
(41.9)
Purata kerpasan, mm (inci) 66
(2.6)
50
(2.0)
43
(1.7)
37
(1.5)
53
(2.1)
68
(2.7)
77
(3.0)
91
(3.6)
62
(2.4)
83
(3.3)
75
(3.0)
61
(2.4)
765
(30.1)
Purata bilangan hari hujan (≥ 1mm) 18 15 13 11 13 13 14 16 14 17 20 17 181
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 47 71 146 198 235 239 232 196 162 111 58 45 1,739
Sumber: Danmarks Meteorologiske Institut

Alam sekitar sunting

Denmark dari segi sejarahnya pendirian progresif pada pemulihan alam sekitar. Pada 1971, Denmark mengasaskan Menteri Alam Sekitar dan merupakan negara pertama yang melaksanakan undang-undang alam sekitar pada tahun 1973. Untuk mengurangkan degradasi alam sekitar dan pemanasan global, Kerajaan Denmark menandatangani beberapa perjanjian antarabangsa antaranya Perjanjian Atlantik, Protokol Kyoto dan lain-lain. Walau bagaimanapun, per kapita ekologi Denmark adalah hampir 8 GHA berbanding purata dunia sebanyak 1.7 GHA pada tahun 2010, ini merupakan jejak global yang keempat tertinggi di dunia selepas negara Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

Copenhagen merupakan tempat gerakan alam sekitar hijau di Denmark. Kebanyakan institusi penyelidikan persekitaran penting di Copenhagen adalah Universiti Copenhagen, Sekolah Perniagaan Copenhagen dan Universiti Teknikal Denmark. Universiti Copenhagen mengadakan persidangan alam sekitar di mana semua orang perlu memandang serius terhadap perubahan iklim yang melanda dunia.

Denmark terdapat pengurangan dalam pengeluaran gas bagi setiap dolar nilai tambah untuk pasaran. Denmark di belakang Norway pada kedudukan negara Nordic pada Disember 2014. Mengikut Indeks Perubahan Iklim pada 2015, Denmark pada kedudukan teratas dan menjelaskan bahawa walaupun pengeluaran gas masih agak tinggi, negara ini dapat melaksanakan dasar-dasar perlindungan iklim.

Daerah sunting

 
Pembahagian daerah di Denmark

Denmark dengan jumlah keluasan sebesar 43,094 kilometer persegi (16,639 bt2), ia dibahagikan kepada lima bahagian daerah. Dalam daerah, ia dibahagikan untuk menjadi kawasan perbandaran dan sebanyak 98 kawasan perbandaran di negara itu. Kawasan timur Denmark terdapat kepulauan Ertholmene dengan keluasan 39 hektar.

Daerah-daerah mula diasaskan pada 1 Januari 2007 untuk menggantikan 16 bekas daerah yang lain. Kebanyakan majlis perbandaran mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 20,000 orang untuk memberi mereka kewangan walaupun beberapa pihak telah membuat pengecualian terhadap peraturan ini. Bahagian-bahagian pentadbiran dipimpin oleh majlis-majlis pengundian secara langsung yang dilaksanakan setiap empat tahun. Pengundian terkini pada 19 November 20133. Struktur serantau yang lain menggunakan sempadan perbandaran seperti susun atur, termasuk daerah polis, mahkamah dan wad pilihan raya.

Setiap badan negeri yang mengawal daerah masing-masing akan membuat pengundian setiap empat tahun untuk melantik pemimpin daerah mereka masing-masing. Kawasan dan populasi setiap daerah amat padat, sebagai contoh; Wilayah Hovedstaden yang mempunyai ibu negara Copenhagen serta pulau Bornholm, yang mempunyai populasi tiga kali ganda berbanding Wilayah Nordjylland, kawasan populasinya tertumpu ke arah utara Jutland. Di bawah sistem majlis perbandaran daerah tertentu, seperti kawasan perbandaran Copenhagen dan Frederiksberg, bandar-bandar ini diberi status setara dengan daerah-daerah, menjadikan mereka tahap pertama pentadbiran unit

Daerah luar negara sunting

Kerajaan Denmark merupakan sebuah negara kesatuan yang memiliki dua wilayah autonomi yang terletak di Lautan Atlantik, Greenland dan Kepulauan Faroe. Kedua-dua wilayah itu sebahagian daripada empayar Denmark sejak abad ke-18. Namun, kedua-dua wilayah itu berbeza sejarah serta kebudayaan. Kepulauaan Faroe diberikan anugerah pemerintahan sendiri pada 1948 dan Greenland pada 1979. Namun, kedua-dua wilayah itu tetap sebahagian daripada Denmark.

Pesuruhjaya Tinggi sebagai wakil-wakil kerajaan Denmark dalam Løgting Faroe dan Parlimen Greenland, tetapi mereka tidak boleh mengundi. Kerajaan Faroe ditakrifkan sebagai rakan kongsi dengan kerajaan Denmark manakala orang-orang Greenland ditakrifkan sebagai orang yang berasingan dengan hak untuk "penentuan sendiri".

Negara Populasi (2013) Jumlah kawasan Ibu negara Parlimen Perdana Menteri
  Greenland (Kalaallit Nunaat) 56,370 2,166,086 km2 (836,330 bt2)   Nuuk Inatsisartut Kim Kielsen
  Kepulauan Faroe (Føroyar) 49,709 1,399 km2 (540.16 bt2)   Tórshavn Løgting Kaj Leo Johannesen

Politik dan kerajaan sunting

 
Frederik X, ketua negara Denmark.

Kerajaan Denmark melaksanakan raja berperlembagaan di mana Raja Frederik X sebagai ketua negara. Walau bagaimanapun, berikutan pengenalan kepada sistem parlimen kepada kerajaan, tugas raja menjadi lebih sibuk kerana seperti pelantikan rasmi dan pemecatan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain dalam kerajaan eksekutif. Raja tidak bertanggungjawab atas tindakan beliau dan orang raja itu adalah orang suci.

Denmark berada dikedudukan ke-4 dalam indeks demokrasi. Denmark bersama New Zealand pada kedudukan teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah, kerana kedua-dua negara tersebut sangat telus dalam kerajaan dan kekurangan rasuah.

Sistem politik sunting

 
Istana Christiansborg menempatkan eksekutif, cawangan kehakiman dan perundangan kerajaan Denmark.

Sistem politik Denmark dikendalikan di bawah rangka kerja Perlembagaan Denmark. Untuk melakukan sebarang perubahan, ia memerlukan majoriti mutlak dalam dua penggal parlimen berturut-turut dan kelulusan majoriti melalui referendum (dan majoriti referendum mesti membentuk sekurang-kurangnya 40 peratus daripada pengundi). Ia telah disemak semula setiap empat kali dan paling terkini pada tahun 1953.

Denmark merupakan negara perwakilan demokrasi dengan hak pengundian bebas. Ahli-ahli parlimen terletak pada perwakilan berkadar parti politik. Denmark mengundi 175 ahli ke dalam Folketing Melayu: Parlimen, sama juga dengan Greenland dan Kepulauan Faroe yang mengundi sebanyak dua kali ganda ahli. Pengundian parlimen berlaku pada setiap empat tahun, tetapi mengikut kepada kuasa Perdana Menteri yang bertanya kepada raja untuk membuat pengundian pada bila-bila masa. Pada undi tidak percaya, Folketing boleh memaksa seorang menteri tunggal atau keseluruhan kerajaan untuk meletakkan jawatan.

Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan mana-mana menteri kabinet. Posisi Perdana Menter diperuntukkan kepada ahli parlimen yang boleh mendapatkan sokongan majoriti di Folketing. Denmark diperintah oleh kerajaan campuran dan kadang-kadang kerajaan minoriti.

Lars Løkke Rasmussen menjadi Perdana Menteri Denmark dari April 2009 sehingga September 2011. Beliau menjadi ketua sayap kanan kabinet campuran yang terdiri daripada parti Venstre (sebuah parti konservatif-liberal) dan Parti Rakyat Konservatif serta Parti Rakyat Denmark. Berikutan pengundian pada September 2011, pemimpin sayap kanan itu tewas kepada pihak lawan yang merupakan sayap kiri campuran, Helle Thorning-Schmidt, yang kemudian menjadi Perdana Menter Denmark pada 3 Oktober 2011 dan membentuk kabinet baru yang terdiri daripada Demokrat Sosial, Parti Liberal Sosial Denmark dan Parti Rakyat Sosialis. Kabinet kedua Thorning-Schmidt dibentuk pada 3 Februari 2014 dengan penyingkiran Parti Rakyat Sosialis.

Sistem kehakiman sunting

Sistem kehakiman Denmark merupakan sistem undang-undang sivil yang dibahagikan antara mahkamah dan bidang kuasa jenayah dengan bidang kuasa ke atas tindakan undang-undang antara individu dan pentadbiran awam. Kerajaan Denmark tidak ada sistem kehakiman tunggal - Denmark mempunyai satu sistem, Greenland mempunyai lebih dan Kepulauan Faroe mempunyai tiga. Walau bagaimanapun, rayuan oleh mahkamah tertinggi di Greenland dan Kepulauan Faroe akan diterima oleh Mahkamah Tertinggi Denmark. Mahkamah Tertinggi Denmark merupakan sivil tertinggi dan mahkamah jenayah yang bertanggungjawab bagi pentadbiran keadilan di Kerajaan Denmark.

Artikel 62 dan 64 Perlembagaan memastikan kebebasan kehakiman dari kerajaan dan Parlimen dengan memberikan hakim-hakim hanya boleh dipandu oleh undang-undang, termasuk perbuatan, ketetapan dan amalan.

Hubungan luar dan ketenteraan sunting

 
Tentera Denmark sedang menjalani latihan.

Hubungan luar negara sebahagian besarnya dipengaruhi oleh Kesatuan Eropah (EU) apabila Denmark menyertai kesatuan itu pada tahun 1973. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Denmark tamatkan polisi berkecualian selama 200 tahun. Denmark selepas itu menjadi ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sejak penubuhannya pada tahun 1949. Denmark pada hari ini aktif dengan polisi luar, iaitu aktiviti kemanusiaan, demokrasi dan nilai-nilai penting yang hendak dipertahankan. Kini, Greenland dan Kepulauan Faroe menitikberatkan pada hal antarabangsa terutama pada isu memancing, penangkapan ikan paus dan kebimbangan geopolitik.

Tentera Kerajaan Denmark dikenali sebagai Pertahanan Denmark. Tentera Denmark kini seramai 27,000 orang: 15,460 dalam Tentera Darat Denmark, 5,300 dalam Tentera Laut Diraja Denmark dan 6,050 lagi dalam Tentera Udara Diraja Denmark. Ratu Denmark kini merupakan Panglima Tertinggi atau Commander-in-chief bagi Pertahanan Denamrk. Ratu juga menjadi ketua hubungan dua hala Denmark.

Agensi Pengurusan Kecemasan Denmark menempatkan 4,000 orang dalam Perintah Pertahanan Denmark dan Penubuhan Pertahanan Denmark serta Perkhidmatan Perisikan Pertahanan Denamrk. Tambahan lagi, kira-kira 55,000 sebagai sukarelawan Danish Home Guard. Denmark merupakan penyokong kuat keamanan antarabangsa. Pertahanan Denmark menempatkan 1,400 staf dalam misi keamanan antarabangsa. Mereka juga menjalani misi ke Afghanistan, Kosovo dan juga Lubnan. Pada tahun 2003 dan 2007, Denmark menghantar 450 tentera ke Iraq.

Ekonomi sunting

Denmark pada kedudukan 21 di dunia mengikut per kapita GDP (PPP) dan ke-10 dalam nominal GDP per kapita. Ekonomi Denmark berdiri sebagai salah satu ekonomi paling bebas dalam Indeks Kebebasan Ekonomi dan Kebebasan Ekonomi Dunia. Denmark adalah salah satu ekonomi yang paling berdaya saing di dunia mengikut laporan Forum Ekonomi Sedunia 2008. Negara ini juga kedudukan tertinggi di dunia mengikut hak pekerja. Mengikut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Denmark merupakan negara yang mempunyai gaji minimum tertinggi di dunia. Walaupun Denmark tidak mempunyai undang-undang gaji minimum, tingkat gaji yang tinggi telah dikaitkan dengan kuasa kesatuan sekerja. Sebagai contoh, hasil daripada perjanjian tawar-menawar kolektif antara kesatuan sekerja dan kumpulan majikan di Horesta, pekerja di McDonalds, Burger King dan lain-lain rangkaian makanan segera membuat perjanjian sebanyak $20 sejam. Denmark merupakan antara negara yang mempunyai penarafan kredit paling tinggi.

Hasil daripada model terkenal, "fleksikuriti", Denmark merupakan negara paling bebas pada pasaran buruh di Eropah mengikut Bank Dunia. Bank Dunia juga menyatakan kedudukan Denmark sebagai tempat yang paling mudah di Eropah untuk menjalankan perniagaan. Mewujudkan perniagaan yang boleh dilakukan dalam masa beberapa jam adalah pada kos yang sangat rendah di Denmark. Tiada sekatan dikenakan mengenai kerja terlebih masa atau overtime, yang membolehkan syarikat-syarikat beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun. Denmark mempunyai cukai korperat yang kompetitif 24.5% dan cukai masa terhad khas untuk ekspatriat ataupun ornag luar. Sistem cukai Denmark adalah menyeluruh, dengan 25% VAT, sebagai tambahan kepada cukai eksais, cukai pendapatan dan yuran lain. Tahap keseluruhan cukai (jumlah semua sekali termasuk cukai, sebagai peratusan daripada KDNK) dianggarkan 46% pada tahun 2011.

Sejak tahun 1945, Denmark telah banyak berkembang pada asas perindustrian dan menjelang tahun 2006, industri di Denmark menyumbang kira-kira 25% pada KDNK dan pertanian kurang daripada 2%. Denmark tidak melahirkan banyak syarikat-syarikat muda. Sehingga 2013, hanya 3 daripada 100 syarikat terbesar di Denmark telah ditubuhkan sejak tahun 1970. Sebagai perbandingan, jumlah syarikat di California adalah lebih sepuluh kali ganda tinggi

Tenaga sunting

 
Contoh ladang angin di Denmark.

Denmark mempunyai deposit minyak dan gas asli yang agak besar di Laut Utara dan berada di kedudukan ke-32 di dunia dalam kalangan pengeksport minyak mentah dan telah menghasilkan 259.980 tong minyak mentah sehari pada tahun 2009. Denmark memperolehi 3.1% daripada KDNK pada teknologi tenaga diperbaharui serta menerima duit sebanyak €6.5 bilion ($9.4 bilion). Pada 6 September 2012, Denmark melancarkan turbin angin terbesar di dunia dan akan menambah empat lagi turbin angin dalam tempoh empat tahun akan datang.

Denmark kini bertujuan untuk memberi tumpuan lebih kepada sistem bateri pintar dan kenderaan lug-in dalam sektor pengangkutan. Negara ini menganggotai Agensi Tenaga Diperbaharui Diperbaharui Antarabangsa (IRENA).

Pengangkutan sunting

 
Orang Denmark sedang menaiki basikal beramai-ramai di ibu negara Copenhagen.

Lapangan Terbang Copenhagen merupakan lapangan terbang tersibuk mengikut penumpang terbanyak di Scandinavia dan mengendalikan sekitar 21 juta penumpang setahun. Antara lapangan terbang terkenal ialah Lapangan Terbang Billund, Lapangan Terbang Aalborg dan Lapangan Terbang Aarhus.

Pelaburan yang besar telah dibuat adalah dalam membina hubungan jalan raya dan kereta api antara wilayah di Denmark, yang paling utama ialah Great Belt Fixed Link, yang menghubungkan Zealand dan Funen. Orang Denmark hanya akan memandu dari Frederikshavn di utara Jutland ke Copenhagen di timur Zealand tanpa meninggalkan lebuh raya. Feri di Denmark sentiasa membawa pelancong untuk menikmati keindahan Laut Utara dan Laut Baltik. Pembinaan Fehmarn Belt Fixed Link yang menghubungkan Denmark dan Jerman dengan link kedua akan bermula pada tahun 2015.

Copenhagen mempunyai sistem Metro, kawasan Copenhagen Metro dan Copenhagen Raya mempunyai rangkaian kereta api elektrid di pinggir bandar yang sangat banyak. Empat bandar terbesar Denmark - Copenhagen, Århus, Odense, Aalborg - sistem aliran ringan dirancang untuk beroperasi pada sekitar tahun 2020. Kereta api aliran ringan di Copenhagen Raya akan melalui 11 kawasan perbandaran. Bersama negara jiran Norway dan Sweden, Denmark sebahagian daripada Scandinavian Airlines dan Lapangan Terbang Copenhagen merupakan hab terbesar di Scandinavia.

Berbasikal di Denmark merupakan antara pengangkutan utama orang tempatan. Kerajaan telah menyediakan laluan berbasikal sebanyak 12,000 km. Denmark mempunyai infrastruktur basikal yang kukuh.

Kenderaan persendirian semakin digunakan sebagai satu cara pengangkutan. Oleh kerana kadar cukai yang tinggi (180%), VAT (25%), dan salah satu daripada kadar cukai pendapatan paling tinggi di dunia. Selain itu, kereta baru juga adalah sangat mahal. Tujuan cukai ini adalah untuk menggalakkan pemilikan kenderaan. Armada kereta telah meningkat sebanyak 45% sejak 30 tahun lepas.

Pada tahun 2007, usaha telah dibuat oleh kerajaan untuk memihak kepada kereta mesra alam dengan mengurangkan cukai ke atas kenderaan sedikit perbatuan tinggi. Walau bagaimanapun, ini mempunyai kesan yang kecil dan pada tahun 2008, Denmark mengalami peningkatan dalam import bahan api kereta lama yang tidak cekap terutamanya dari Jerman. Purata umur kereta di Denmark (tahun 2011) adalah 9.2 tahun.

Demografi sunting

Mengikut statistik 2012, populasi Denmark seramai 5,580,516 orang yang terdiri daripada orang Denmark. 10.4% peratus daripada populasi itu terdiri daripada imigran dan orang asing yang menetap di Denmark iaitu bangsa Turki, Iraq, Somalia, Bosnia, Asia Selatan dan Timur Tengah. 200,000 orang (34%) berasal daripada dunia barat manakala 390,000 orang (66%) bukan dari dunia barat (selalunya dari Turki, Iraq, Romania, Somalia, Pakistan, Iran dan Thailand).

Menurut Feridun, imigresen mempunyai implikasi untuk pasaran buruh di Denmark. Selain itu, menurut angka dari Danmarks Statistik, kadar jenayah di kalangan pelarian dan keturunan mereka adalah 73% lebih tinggi daripada purata bagi penduduk lelaki, walaupun mengambil kira latar belakang sosioekonomi mereka. Sebuah laporan dari Teori- og Metodecentret pada tahun 2006 mendapati bahawa tujuh daripada sepuluh orang muda diletakkan di dalam institusi belia bercagar di Denmark.

Denmark sering disenaraikan sebagai negara paling bahagian di dunia dalam kajian silang-negara kebahagiaan. Ini telah dikaitkan dengan sistem pendidikan dan penjagaan kesihatan dipandang tinggi di negara ini dan tahap yang rendah pada ketidaksamaan ekonomi.

Bahasa sunting

Bahasa Denmark merupakan bahasa kebangsaan dan de facto Denmark serta bahasa rasmi Kerajaan Denmark. Bahasa Faroe dan Greenland merupakan bahasa serantau bagi negeri Kepulauan Faroe dan Greenland. Bahasa Jerman diakui sebagai bahasa minoriti pada bekas kawasan Wilayah Selatan Jutland (sekarang sebahagian daripada Wilayah Syddanmark), Jerman kehilangan wilayah itu apabila mereka tewas dalam Perang Dunia Pertama dan keputusan daripada Perjanjian Versailles.

Bahasa Denmark dan Faroe berasal dari Germanik Utara (Nordic) yang berakar dari bahasa-bahasa Indo-Eropah, bersama juga dengan bahasa Iceland, Norway dan Sweden. Bahasa-bahasa ini dikatakan amat rapat seperti bahasa Denmark, Norway dan Sweden yang dapat difahami antara satu sama lain dengan perkataan mudah. Bahasa Denmark berkait dengan bahasa Jerman kerana berakar dari Germanik Barat. Bahasa Greenland atau "Kalaallisut" dari bahasa-bahasa Eskimo–Aleut; yang berkait rapat dengan bahasa-bahasa Inuit di Kanada, sama sahaja seperti Inuktikut, yang sama sekali tiada berkaitan dengan Denmark.

Majoriti besar (86%) orang Denmark bertutur bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka. Bahasa Jerman adalah bahasa asing kedua yang paling banyak dituturkan dengan 47% dilaporkan hampir menguasai bahasa jiran itu. Denmark mempunyai 25,900 orang yang bertutur bahasa Jerman sebagai bahasa pertama pada tahun 2007 (majoriti di wilayah Selatan Jutland).

Agama sunting

 
Sebuah masjid yang terletak di Hvidovre, Copenhagen.

Sejak Januari 2014, 78.4% dari populasi Denmark menganggotai Gereja Demark, gereja ini diasaskan mengikut tradisi Lutheran. Peratusan ini menurun sebanyak 0.7% pada awal tahun 2015. Walaupun mempunyai keahlian yang tinggi, hanya 3% daripada populasi yang menghadiri upacara hari Ahad.

Perlembagaan Denmark menyatakan ahli Keluarga Diraja sememangnya ahli Gereja Denmark. Pada tahun 1682, negara ini bersetuju dengan tiga agama yang dibenarkan oleh Gereja iaitu Katolik Rom, Calvinisme dan Yahudi. Kini, populasi Denmark yang berbilang kaum menganuti agama masing-masing.

Agama Islam di Denmark meningkat 3% dan menjadi agama minoriti penduduk. Seperti gambaran pelbagai agama dan mazhab oleh Kementerian Luar Denmark, kumpulan agama lain terdiri daripada kurang 1% pada penduduk secara individu.

Mengikut sumber negara, 28% daripada orang awam Denmark "mempercayai Tuhan itu wujud", 47% menyatakan "percaya pada semangat misteri atau tenaga kehidupan" dan 24% yang lain menyatakan "tidak mempercayai adanya kejahatan, Tuhan atau tenaga kehidupan." Satu lagi pada tahun 2009, menemui 25% orang Denmark mempercayai Jesus merupakan anak Tuhan dan 18% lagi percaya Jesus merupakan penyelamat dunia.

Pendidikan sunting

 
Universiti Copenhagen, universiti pertama dibina di Denmark.

Sistem pendidikan Denmark menyediakan akses ke sekolah rendah, sekolah menengah dan pendidikan tinggi. Semua kolej dan universiti pendidikan di Denmark percuma; tiada bayaran tuisyen untuk daftar. Pelajar di sekolah menengah atau lebih tinggi dan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon geran negeri sokongan pendidikan, yang dikenali sebagai Statens Uddannelsesstøtte (SU), yang menyediakan sokongan kewangan tetap serta dibayar bulanan. Indeks Pendidikan menyenaraikan Denmark kedudukan ke-16 pada 2011 berdasarkan tahun persekolahan murid-murid di negara itu.

Sekolah rendah dikenali sebagai folkeskole. Kehadiran di sekolah rendah tidak wajib, tetapi kebanyakan kanak-kanak Denmark pergi ke sekolah rendah selama 10 tahun, dari usia 6 tahun sehingga 16 tahun. Walaupun menghadiri sebuah sekolah rendah adalah tidak wajib, pendidikan menyediakan sekolah-sekolah rendah untuk pelajar yang berusia sembilan tahun. Pelajar-pelajar di negara ini tiada ujian akhir, tetapi murid-murid di sekolah rendah boleh memilih untuk menduduki ujian apabila menduduki tempat kesembilan gred. Ujian ini adalah wajib untuk semua pelajar. Murid alternatif boleh menghadiri sekolah swasta – sekolah-sekolah yang bukan di bawah pentadbiran majlis perbandaran seperti sekolah Kristian atau sekolah Waldorf.

Universiti Denmark dan institusi pendidikan tinggi lain menawarkan pelajar antarabangsa pelbagai peluang untuk memperoleh kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di Denmark. Banyak program yang ditujukan termasuk bahasa Inggeris, akademik lingua franca, di ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, Ph.D. dan program pertukaran pelajar.

Kesihatan sunting

Sejak 2012, jangka hayat di Denmark selama 79.5 tahun (77 untuk lelaki, 82 untuk wanita). Denmark pada kedudukan ke-37 daripada 193 negara dan dibelakang negara-negara Nordic yang lain. Institut Kesihatan Awam Universiti Selatan Denmak mengkaji terdapat 19 faktor jangka hayat rakyat di negara mereka menurun antaranya merokok, alkohol, pengaruh dadah dan juga tekanan emosi. Bilangan besar rakyat Denmark terkena berat badan berlebihan adalah masalah yang semakin meningkat dan keputusan dalam penggunaan tambahan tahunan dalam sistem penjagaan kesihatan menelan sebanyak 1,625 krone Denmark.

Denmark mempunyai sistem penjagaan kesihatan sejagat, ciri-ciri umum yang dibiayai melalui cukai. Sumber utama pendapatan adalah sumbangan penjagaan kesihatan kebangsaan, 8 peratus digabungkan dengan dana daripada kerajaan dan majlis perbandaran. Ini bermakna kebanyakan peruntukan penjagaan kesihatan adalah percuma pada masa penghantaran untuk semua penduduk. Sejak 2012, Denmark membelanjakan 11.2% daripada KDNK pada penjagaan kesihatan. Ini meletakkan Denmark menjadi negara teratas Nordic dalam OECD.

Kebudayaan sunting

Denmark, sama seperti negara jiran di Scandinavia dari segi sejarahnya merupakan salah satu budaya yang paling sosial progresif di dunia. Pada tahun 1969, Denmark merupakan negara pertama membenarkan pornografi dan pada tahun 2012, Denmark menggantikan itu dengan undang-undang "pendaftaran bersama" dan "perkahwinan gender neutral". Denmark menjadi negara pertama yang memperkenalkan undang-undang itu sejak tahun 1989. Kesemua itu merupakan kesaksamaan aspek penting dalam cara hidup Denmark.

Ahli astronomi seperti Tycho Brahe (1546–1601), Ludwig A. Colding (1815–88) mengabaikan prinsip pemuliharaan tenaga, dan tokoh sumbangan kepada fizik atom, Niels Bohr (1885–1962) menunjukkan pelbagai pencapaian saintifik Denmark. Cerita dongeng Hans Christian Andersen (1805–1875), esei falsafah Søren Kierkegaard (1813–55) dan Piet Hein (1905–96), telah mendapat beberapa pengktirafan antarabangsa, simfoni-simfoni Carl Nielsen (1865–1931). Dari pertengahan 1990an, filem-filem Denmark telah menarik tumpuan antarabangsa, antaranya Dogme 95.

Terdapat tiga tapak warisan dunia di Denmark yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu Katedral Roskilde, tapak perkuburan utama raja-raja Denmark sejak abad ke-15; Istana Kronborg, diabadikan dalam permainan Hamlet dan Batu-batuan Jelling, ukiran batu Rune yang sering dipanggil oleh Denmark sebagai "sijil pembaptisan".

Hiburan sunting

 
Carl Nielsen (1865–1931)

Wayang Denmark bertarikhkan pada tahun 1897 dan sejak 1980an. Terdapat tiga gelombang besar pawagam Denmark di peringkat antarabangsa: sandiwara sensasi erotik daripada "senyap"; filem-filem seks semakin jelas pada tahun 1960-an dan 1970-an dan akhir sekali, gerakan Dogme 95 dari akhir 1990-an, di mana pengarah sering menggunakan kamera tangan untuk kesan dinamik dalam satu tindak balas kesedaran kepada bajet terhadap studio besar. Filem Denmark terkenal dengan realisme, tema agama dan moral, kejujuran seksual dan inovasi teknikal. Pengarah filem Denmark Carl Th. Dreyer (1889-1968) dianggap salah seorang pengarah terhebat pada era pawagam awal di Denmark.

Pembikin filem Denmark yang lain termasuk Erik Balling, Gabriel Axel, dan Bille August. Pada era moden, pembikin filem ternama di Denmark termasuk Lars von Trier, Susanne Bier dan Nicolas Winding Refn. Mads Mikkelsen adalah seorang pelakon Denmark yang terkenal di dunia, setelah membintangi filem seperti King Arthur, Casino Royale dan banyak lagi.

Media massa Denmark dan pengaturcaraan berita dikuasai oleh beberapa syarikat besar. Dalam media cetak JP/Politikens Hus dan Berlingske Media, di antara mereka mengawal akhbar terbesar, Politiken, Berlingske Tidende dan Jyllands-Posten. Stesen televisyen pula ialah DR dan TV 2 yang memiliki banyak tontonan negara. DR terkenal dengan kualiti yang siri TV yang tinggi dan sering dijual kepada penyiaran asing dan sering dengan watak-watak utama yang kukuh seperti pelakon terkenal di peringkat antarabangsa Sidse Babett Knudsen dan Sofie Gråbøl. Dalam radio, DR memonopoli keempat-empat saluran nasional yang didapati oleh FM dan DR hanya bersaing dengan stesen tempatan.

Copenhagen dan beberapa pulau-pulau terpencil mempunyai pelbagai tradisi kaum. Orkestra Diraja Denmark merupakan orkestra tertua di dunia. Komposer terkenal Denmark seperti Carl Nielsen, diingati kerana membuat enam simfoni yang terbaik. Denmark juga mendirikan jazz dan Festival Jazz Copenhagen telah memperoleh reputasi antarabangsa. Pop dan zaman rock moden telah menjadi hiburan muzik utama di Denmark dan beberapa kumpulan band ialah Aqua, D-A-D, The Raveonettes, Michael Learns to Rock, Alphabeat, Kashmir dan Mew.

Pada tahun 2013, Denmark memasuki Eurovision Song Contest dan memenangi lagu oleh Emmelie de Forest, "Only Teardrops". Anugerah itu diadakan di Copenhagen.

Reka bentuk dan seni bina sunting

 
Istana Frederiksborg pada seni bina-Renaissance yang disiapkan oleh Hans van Steenwinckel pada 1620.

Seni bina pertama Denmark yang kukuh pada Zaman Pertengahan menerima pengaruh Romanesque, kemudian katedral dan gereja yang mempengaruhi reka bentuk Gothic. Dari abad ke-16, reka bentuk Flemish dan Belanda telah dibawa ke Denmark, pada mulanya untuk meningkatkan kubu di negara ini, tetapi seni bina itu kemudian menjadi gaya Renaissance.

Ketika abad ke-17, banyak bangunan-bangunan yang besar dibina dengan gaya Baroque, kebanyakannya di ibu negara dan wilayah-wilayah lain. Neoklasikal dari Perancis secara perlahan-lahan diterima pakai oleh arkitek Denmark yang mengambil bahagian dalam gaya seni bina takrifan.

Pada abad ke-20 membawa gaya seni bina yang baru termasuk ekspresionisme, yang berjaya digambarkan oleh arkitek reka bentuk Peder Vilhelm Jensen-Klint. Beliau juga berusaha dalam menggabungkan gaya Scandinavia dan tradisi Gothic. Pada 1960an, arkitek Denmark Arne Jacobsen mereka seni bina Fungsionalis dengan sangat berjaya. Seterusnya, karya beliau berkembang dengan menjadi karya bertaraf dunia baru-baru ini termasuk Rumah Opera Sydney oleh Jørn Utzon dan Arche de la Défense oleh Johan Otto von Spreckelsen di Paris.

Pereka bentuk ternama yang lain termasuk juga Kristian Solmer Vedel (1923–2003) dalam kawasan perindustrian, Jens Harald Quistgaard (1919–2008) untuk perabot-perabot dapur dan Ole Wanscher (1903–1985) pereka bentuk perabot pada gaya klasik.

Kesusasteraan dan falsafah sunting

 
Hans Christian Andersen (1805-1975).

Kesusasteraan Denmark pertama yang diketahui adalah mitos dan cerita rakyat dari abad ke-10 dan abad ke-11. Sangat sedikit yang diketahui sastera Denmark lain ialah dari Zaman Pertengahan.

Pada lewat abad ke-19, sastera dilihat sebagai satu cara untuk mempengaruhi masyarakat. Dikenali sebagai Kejayaan Cemerlang Moden, gerakan ini telah dijuarai oleh Georg Brandes, Henrik Pontoppidan (memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan) dan J. P. Jacobsen. Romantisisme dipengaruhi oleh penulis yang terkenal dan penyair Hans Christian Andersen, yang terkenal dengan kisah-kisah cerita dongeng. Pada sejarah terkini, Johannes Vilhelm Jensen juga dianugerahkan dalam Hadiah Nobel Kesusasteraan. Karen Blixen terkenal dengan novel dan cerita pendeknya. Penulis Denmark yang penting adalah Herman Bang, Gustav Wied, William Heinesen, Martin Andersen Nexø, Piet Hein, Hans Scherfig, Klaus Rifbjerg, Dan Turèll, Tove Ditlevsen, Inger Christensen dan Peter Høeg.

Falsafah Denmark mempunyai tradisi yang panjang dan sebahagian daripada falsafah Barat. Ahli falsafah Denmark yang paling berpengaruh adalah Søren Kierkegaard, pencipta Kristian eksistensialisme. Kierkegaard mempunyai banyak pengikut termasuk Harald Høffding, kehidupan akhirnya ialah menyertai gerakan positivisme. Pengikut Kierkegaard yang lain termasuk Jean-Paul Sartre dan Rollo May, yang mencipta psikologi humanistik. Ahli falfasah Denmark yang lain ialah Grundtvig, merupakan ahli falsafah yang telah membawa kepada satu bentuk baru nasionalisme yang tidak agresif di Denmark, dan yang juga berpengaruh pada kerja-kerja teologi dan sejarah.

Masakan sunting

 
Stegt flæsk, daging khinzir yang dihiasi dengan kentang goreng yang diundi sebagai menu kebangsaan Denmark.

Masakan Denmark sama seperti negara-negara Nordic yang lain dan di utara Jerman, yang makanan utama mereka ialah daging dan ikan. Ini berpunca daripada negara pertanian, geografi, iklim dan musim sejuk. Dengan 145.9 kg (321.7 lb) per daging yang dimiliki oleh seseorang pada tahun 2002, Denmark mempunyai penggunaan daging tertingi bagi setiap orang daripada mana-mana negara di dunia.

Sandwic smørrebrød, adalah makanan asas mereka pada makan tengah hari. Makanan panas daging seperti frikadeller (bebola daging), atau hidangan daging dan ikan yang lebih besar seperti flæskesteg (daging khinzir panggang dengan keritik) atau kogt torsk (kod rebus) bersama sos dan sedikit hiasan. Pada 2014, stegt flæsk diundi sebagai menu kebangsaan Denmark. Denmark juga pengeluar bir Carlsberg dan Tuborg, antara bir-bir terkenal dunia.

Copenhagen dan wilayah-wilayah lain mempunyai sebilangan besar restoran yang sangat terkenal di mana beberapa restoran telah dianugerahkan oleh Michelin Guide. Rstoran di Copenhagen, Noma berada kedudukan restoran terbaik di dunia oleh majalah Restaurant pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2014.

Sukan sunting

 
Peter Schmeichel, pernah dinamakan sebagai "Penjaga Gol Terbaik Dunia" sebanyak dua kali.

Sukan amat popular di Denmark dan sukan bola sepak adalah sukan kebangsaan yang mempunyai 320,000 pemain dalam lebih 1600 kelab bola sepak. Pasukan bola sepak kebangsaan Denmark enam kali pernah layak ke Kejohanan Eropah di antara tahun 1984 dan 2004. Pasukan ini juga menjadi juara pada tahun 1992. Selepas itu, Denmark menjadi juara dalam Piala Konfederasi 1995 dan layak ke suku akhir pada Piala Dunia 1998. Pemain bola sepak Denmark yang ternama ialah Peter Schmeichel, yang dinamakan sebagai "Penjaga Gol Terbaik Dunia" pada tahun 1992 dan 1993, dan juga Michael Laudrup, pemain terbaik Denmark sepanjang zaman oleh Persatuan Bola Sepak Denmark.

Selain itu, Denmark juga memberi fokus pada sukan bola baling. pasukan bola baling wanita mencapai zaman terbaik pada era 1990an. Pasukan bola baling lelaki juga menerima dua pingat emas (2008 dan 2012) dan tiga gangsa (2002, 2004 and 2006)—menjadikan Denmark memiliki pengumpulan pingat terbanyak dalam sejarah Kejohanan Bola Baling Eropah.

Kini, sukan berbasikal amat kuat dan didominasi oleh Denmark dan Michael Rasmussen mencapai status "King of the Mountains" dalam Tour de France pada 2005 dan 2006. Sukna lain yang popular termasuk golf yang popular di kalangan demografik tua. Sukan tenis juga telah mencapai tahap profesional dan mempunyai pemain tenis profesional iaitu Caroline Wozniacki. Denmark merupakan negara terkuat di Eropah dalam sukan badminton dan memiliki pemain badminton ternama seperti Peter Gade, Jan Ø. Jørgensen dan Viktor Axelsen. Pada sukan gimnastik, Denmark memegang rekod Kejohanan Dunia dan pingat Olimpik. Di resort dan lokasi popular, sukan memancing, berkanu, berkayak dan banyak lagi sukan air dilakukan.

Nota sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan denonly group=N tidak disediakan

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan pop1 tidak disediakan
  2. ^ "Population, births, deaths and migrations by sex, village/city, monthly (1985–2017)". Hagstova Føroya. Dicapai pada 30 Ogos 2017.
  3. ^ "2017 Population". Statistics Greenland. Dicapai pada 30 Ogos 2017.
  4. ^ a b c d "Denmark". International Monetary Fund.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan eurogini tidak disediakan
  6. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai pada 23 Mac 2017.
  7. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "Denmak". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 272 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.

Pautan luar sunting

Kerajaan
Peta
Perdagangan
Berita dan media
Lain
  • Vifanord.de - Informasi lain tentang negara-negara lain di Baltik dan Scandinavia.
Pemerintahan beraja terkini
Afrika: Lesotho | Maghribi () | Swaziland (*)
Asia: Emiriah Arab Bersatu (!) | Arab Saudi (*) | Bahrain () | Bhutan (*) | Brunei (*) | Jepun | Jordan () | Kemboja (!) | Kuwait () | Malaysia (!) | Nepal | Oman (*) | Qatar (*) | Thailand | Tonga
Alam Komanwel: Antigua dan Barbuda | Australia | Bahamas | Barbados | Belize | Grenada | Jamaika | Kanada | Kepulauan Solomon | New Zealand | Papua New Guinea | Santo Kitts dan Nevis | Saint Lucia | Saint Vincent dan Grenadines | Tuvalu | United Kingdom
Eropah (termasuk EU): Andorra (!) | Kota Vatican (Takhta Suci) (*!) | Belgium | Denmark | Kemaharajaan Belanda | Liechtenstein () | Luxembourg | Monaco () | Norway | Sepanyol | Sweden
* pemerintahan beraja mutlak, pemerintahan beraja perlembagaan separa, ! pemerintahan beraja pemilih


Majlis Nordik  
Denmark | Finland | Iceland | Norway | Sweden
Ahli Bersekutu
Åland | Faroe Islands | Greenland