Buka menu utama

Wikipedia β

Perbezaan eksport import minyak
Bicu pengepam satu telaga minyak berdekatan dengan Lubbock, Texas
Sebuah pelantar minyak di perairan Scotland

Petroleum (secara harfiah minyak batu, daripada bahasa inggeris petroleum, daripada bahasa Greek petra – batu dan oleum – minyak) merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas hitam. Istilah "petroleum" pertama kali digunakan dalam karya bertajuk De Natura Fossilium, diterbitkan pada tahun 1546 oleh seorang pakar mineralogi berbangsa Jerman bernama Georg Bauer, juga dikenali sebagai Georgius Agricola.[1]

Petroleum biasanya merupakan sebatian pelbagai hidrokarbon, terutamanya siri alkana, dan biasanya didapati di bahagian atas kerak bumi. Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain.

Isi kandungan

KomposisiSunting

Apabila diimbas dengan makna yang sempit, petroleum hanya mengandungi minyak mentah. Akan tetapi dalam keadaan penggunaan yang biasa, ia termasuklah minyak mentah dan gas asli. Kedua-dua minyak mentah dan gas asli ialah campuran komponen-komponen hidrokarbon yang lebih banyak. Di bawah keadaan-keadaan tekanan dan suhu permukaan, hidrokarbon-hidrokarbon yang lebih ringan seperti metana, etana, propana dan butana wujud sebagai gas, manakala yang lebih berat seperti pentana dan ke atas wujud sebagai cecair ataupun pepejal. Walau bagaimanapun, di dalam takungan minyak bawah tanah, nisbah mereka sama ada ia merupakan gas atau cecair berlain-lainan bergantung kepada keadaan pada bawah permukaan, dan juga bergantung kepada rajah fasa bagi campuran petroleum berkenaan.[2]

KimiaSunting

Komponen kimia minyak bumi dipisahkan oleh proses penyulingan, yang kemudian, setelah diolah lagi, menjadi minyak tanah, bensin, lilin, aspal, dll.

Minyak bumi terdiri daripada hidrokarbon, paduan hidrogen dan karbon.

Empat alkana teringan— CH4 (metana), C2H6 (etana), C3H8 (propana), dan C4H10 (butana) — semuanya ialah gas yang mendidih pada -161.6 °C, -88.6 °C, -42 °C, dan -0.5 °C, berturut-turut (-258.9°, -127.5°, -43.6°, dan +31.1° F).

Rantaian dalam wilayah C5-7 semuanya ringan, dan mudah mengewap, nafta jernih. Senyawaan tersebut digunakan sebagai pelarut, cairan pencuci kering (dry clean), dan produk cepat kering lainnya. Rantaian daripada C6H14 sampai C12H26 dicampur bersama dan digunakan untuk bensin. Minyak tanah terbuat daripada rantaian di wilayah C10 sampai C15, diikuti oleh minyak diesel (C10 hingga C20) dan bahan bakar minyak yang digunakan dalam mesin kapal. Senyawaan daripada minyak bumi ini semuanya dalam bentuk cair dalam suhu ruangan.

Minyak pelincir dan gemuk setengah padat (termasuk Vaseline®) berada antara C16 sampai ke C20.

Rantaian di atas C20 berwujud padat, dimulai daripada "lilin, kemudian tar, dan bitumen aspal.

Titik pendidihan dalam tekanan atmosfera penyulingan pecahan dalam suhu dalam darjah Celcius:

Beberapa saintis menyatakan bahawa minyak ialah zat abiotik, yang bermaksud zat ini tidak berasal daripada fosil tetapi berasal daripada zat anorganik yang dihasilkan secara semula jadi dalam perut bumi. Namun, pandangan ini diragukan dalam lingkungan ilmiah.

PembentukanSunting

Pandangan ahli geologi terhadap minyak mentah dan gas asli sebagai satu keluaran pemampatan dan pemanasan suatu bahan organik (contohnya kerogen) terhadap masa geologi. Pembentukan petroleum terjadi daripada pirolisis hidrokarbon, dalam satu kepelbagaian yang kebanyakan tindak balas endotermik pada suhu dan/atau tekanan tinggi.[3] Minyak yang digunakan sekarang terbentuk daripada baki zooplankton dan alga prasejarah, yang tenggelam di dasar laut atau tasik dalam kuantiti banyak di bawah keadaan anoksik (tinggalan prasejarah tumbuhan daratan, dalam sebaliknya, cenderung untuk membentuk arang batu). Setelah waktu geologi bahan organik telah bercampur dengan lumpur, dan telah terbenam di bawah lapisan-lapisan mendapan yang terhasil dalam aras haba dan tekanan yang tinggi (dikenali sebagai diagenesis). Hal ini menyebabkan bahan organik berubah secara kimia, pada mulanya menjadi bahan melekit dipanggil kerogen yang boleh didapati dalam pelbagai syel minyak di sekeliling dunia, dan kemudian dengan lebih haba menjadi hidrokarbon cecair dan gas dalam satu proses dikenali sebagai katagenesis.

Negara pengeluar petroleum terbesarSunting

(Disusun berdasar jumlah penghasilan tahun 2003)

(Disusun berdasar jumlah yang dieksport di 2003):

  • Arab Saudi (OPEC)
  • Rusia
  • Norway
  • Iran (OPEC)
  • Amiriah Arab Bersatu (OPEC)
  • Venezuela (OPEC)
  • Kuwait (OPEC)
  • Nigeria (OPEC)
  • Mexico
  • Algeria (OPEC)
  • Libya (OPEC)

Catatan: Amerika Syarikat menggunakan seluruh minyak yang dihasilkannya.

Sumber: Statistik Tenaga daripada kerajaan AS

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Bauer Georg, Bandy Mark Chance (tr.), Bandy Jean A.(tr.). De Natura Fossilium.  Parameter |originallanguage= tidak diketahui diabaikan (bantuan); Parameter |originalyear= tidak diketahui diabaikan (bantuan); Parameter |book= tidak diketahui diabaikan (bantuan) translated 1955
  2. ^ Hyne, Norman J. (2001). Nontechnical Guide to Petroleum Geology, Exploration, Drilling, and Production. PennWell Corporation. m/s. 1–4. ISBN 087814823X. 
  3. ^ Petroleum Study

Pautan luarSunting

Buku tentang industri petroleumSunting

Penulis yang membahas industri petroleumSunting