Sebatang lilin kontot yang sedang menyala.

Batang-batang lilin atau lemak keras yang diikat dengan sumbu dinyalakan sebagai sumber pencahayaan, wangian, haba mahupun merakam peredaran masa.

Api dinyalakan pada sumbu di mana nyalaan ini akan menyejat lilin yang terkandung dalam sumbu. Lilin yang tersejat ini kemudiannya bercampur dengan oksigen di udara lalu membakar secara berterusan.

KomponenSunting

Lilin terdiri kepada dua bahagian utama:

SifatSunting

PengunaanSunting

Mengukur masaSunting

Tahap pembakaran lilin yang cenderung mengikut kelajuan tertentu menjadikan lilin bahan yang sesuai digunakan mengukur masa; seluruh batang lilin ditandakan mengkut jarak tertentu mewakili satu jam ia dibakar.

Pencahayaan - termasuk aksesori berkaitanSunting

Tujuan keagamaanSunting

 
Penyalaan lilin di biara Visoki Dečani, Dečan, Kosovo.

Lilin merupakan antara bahan utama dalam upacara anutan agama Buddha selain setanggi dan bungaan di mana barangan ini dipersembahkan hadapan patung atau gambar Buddha sebagai tanda hormat.[3] Cahaya daripada lilin dinyaalakan itu sendirinya dilihat melambangkan cahaya ajaran dibawa Siddartha Gautama Buddha sepertimana yang ditulis dalam penulisan dan kitab dipakai mereka.[3][4]

Lilin turut dilambangkan dalam agama Kristian melalui penggunaan ia dalam pencahayaan dan perhiasan dalam rumah ibadat seperti gereja danj katedral sebagai cahaya rahmat Tuhan atau Yesus Kristus; banyak lilin ini diletakkan terutamanya di altar, dibawa paderi-paderi yang berarak mahupun oleh para jemaah gereja sendiri semasa mereka sembahyang.[5] Lilin ternyala juga dibawa semasa berhadapan ikontokoh-tokoh agama tertentu sebagai tanda penyerahan diri kepada Tuhan - lagi-lagi dalam mazhab gereja Ortodoks Timur, Ortodoks Oriental dan Katolik Timur.[6]

Para penganut agama Yahudi lazim guna lilin untuk tujuan utama seperti dalam Sabbath dari saat ia dimulakan pada senja hari Jumaat sehinggalah senja hari Sabtu,[7] perayaan Hanukkah di mana sebatang lilin dinyalakan untuk setiap hari pentahbisan semula Kuil Suci Jerusalem[8] serta memperingati sanak saudara dan sahabat handai yang telah meninggal dunia.[9]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Franz Willhöft and Fredrick Horn "Candles" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, 2000, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a05_029
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Ullmann2 tidak disediakan
  3. ^ a b Teece, Geoff (2004). Buddhism. Black Rabbit Books. m/s. 24. ISBN 1-58340-464-3. 
  4. ^ "Lay Buddhist Practice by Bhikkhu Khantipalo". Accesstoinsight.org. 2010-06-07. Dicapai 2012-12-25. 
  5. ^ Cooper, Jean C. (1996). Dictionary of Christianity. Taylor & Francis. m/s. 43. ISBN 1-884964-49-4. 
  6. ^ Eastmond, Antony; Liz James; Robin Cormack (2003). Icon and Word: the power of images in Byzantium. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 145. ISBN 0-7546-3549-X. 
  7. ^ Olitzky, Kerry M.; Ronald H. Isaacs; Dorcas Gelabert (2004). The Complete how to Handbook for Jewish Living: Three Volumes in One. KTAV Publishing House, Inc. m/s. 49–60. ISBN 0-88125-838-5. 
  8. ^ Cohn-Sherbok, Dan (2003). Judaism: History, Belief and Practice. Routledge. m/s. 522. ISBN 0-415-23661-4. 
  9. ^ Olitzky, Kerry M.; Ronald H. Isaacs; Dorcas Gelabert (2004). The Complete how to Handbook for Jewish Living: Three Volumes in One. KTAV Publishing House, Inc. m/s. 432–433. ISBN 0-88125-838-5. 

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.