Buka menu utama

Tekanan (simbol: P) ialah sukatan daya yang bertindak ke atas luas permukaan sentuh, atau daya per unit luas dalam arah yang berserenjang dengan permukaan berkenaan. Semakin kuat daya yang bertindak ke atas permukaan yang diberikan, semakin tinggi tekanan. Begitu juga semakin kecil luas permukaan yang disentuh oleh daya berkenaan, maka lebin tinggi tekanan. Sementara tekanan boleh diukur dalam mana-mana unit tekanan dibahagi kepada mana-mana unit luas, unit SI bagi tekanan (newton per meter padu) tetap dipanggil pascal (Pa), selepas nama Blaise Pascal, seorang saintis Fizik pada kurun ke-17. Tekanan 1 Pa adalah sangat kecil; dianggarkan sama dengan tekanan oleh satu helai wang kertas terletak rata di atas sebuah meja. Tekanan setiap hari selalunya diukur dalam kilopascal (1 kPa = 1000 Pa)

Tekanan atmosfera diukur dengan barometer. Tekanan satu sampel gas dalam bekas diukur dengan manometer.

Tekanan tolok ialah nilai tekanan yang diukur secara nisbi terhadap tekanan atmosfera atau tekanan sekitar.

UnitSunting

Unit SI bagi tekanan ialah pascal, Pa. atau Nm-2. Unit-unit lain bagi tekanan ialah

Beberapa unit tekanan yang sering digunakan
  Pascal bar N/mm2 kp/m2 kp/cm2 (=1 at) atm torr
1 Pa (N/m2)= 1 10-5 10-6 0.102 0.102×10-4 0.987×10-5 0.0075
1 bar (daN/cm2) = 105 1 0.1 10,200 1.02 0.987 750
1 N/mm2 = 106 10 1 1.02×105 10.2 9.87 7,501
1 kp/m2 = 9.81 9.81×10-5 9.81×10-6 1 10-4 0.968×10-4 0.0736
1 kp/cm2 (1 at) = 98,100 0.981 0.0981 10,000 1 0.968 736
1 atm (760 torr) = 101,325 1.013 0.1013 10,330 1.033 1 760
1 torr (mmHg) = 133 0.00133 1.33×10-4 13.6 0.00132 0.00132 1

FormulaSunting

 

dengan

  adalah tekanan
  ialah daya yang bertindak
  ialah luas permukaan sentuh

RujukanSunting

Lihat JugaSunting