Tekanan atmosfera ialah tekanan pada titik di mana-mana sahaja di atmosfera bumi. Umumnya, tekanan atmosfera hampir sama dengan tekanan hidrostatik yang disebabkan oleh berat udara di atas titik pengukuran. Jisim udara dipengaruhi tekanan atmosfera umum dalam jisim tersebut, yang menciptakan kawasan bertekanan tinggi dan bertekanan rendah. Kawasan bertekanan rendah memiliki jisim atmosfera yang lebih sedikit di atas kawasan itu, dan sebaliknya, kawasan bertekanan tinggi memiliki jisim atmosfera lebih besar.


Tekanan atmosfera ialah kuasa setiap unit kawasan pada permukaan yang dikenakan oleh berat udara di atas permukaan di atmosfera Bumi (atau di planet yang lain). Dalam kebanyakan keadaan tekanan atmosfera hampir menyamai dengan tekanan cecair/tekanan hidrostatik disebabkan oleh berat udara Bumi di atas titik ukuran. Kawasan tekanan rendah memiliki jisim atmosfera di atas kawasan mereka, manakala kawasan tekanan tinggi memiliki lebih jisim atmosfera di atas kawasan mereka. Begitu juga ketika ketinggian meningkat, semakin kurang jisim atmosfera di atas, dengan itu tekanan berkurangan dengan peningkatan ketinggian. Satu lajur udara satu sentimeter persegi keratan rentas, diukur dari aras laut ke puncak atmosfera, memiliki jisim sekitar satu kilogram dan berat sekitar 9.8 N (2.2 paun kuasa) (dan lajur satu inci persegi dalam keratan rentas memiliki berat sekitar 14 paun kuasa (63 N)).

Piawaian tekanan atmosfera sunting

Piawaian atmosfera (simbol: atm) ialah unit tekanan dan ditakrifkan sebagai bersamaan dengan 101.325 unit Paskal ("kPa").[1] Unit berikut adalah setara, tetapi hanya kedudukan perpuluhan nombor ditunjukkan: 760 mmHg (torr), 29.92 inHg, 14.696 Paun setiap inci persegi ("psi"), 1013.25 milibar/hektopaskal. Satu atmosfera piawaian ialah tekanan piwaian digunakan bagi kuasa cecair pneumatik (ISO R554), dan dalam aeroangkasa (ISO 2533) dan industri petrolium (ISO 5024).

Pada tahun 1971, International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC) menyatakan bahawa bagi tujuan menetapkan ciri-ciri bahan, "tekanan piwaian" patut ditakrifkan setepat 100 kPa (≈750.01 torr) atau 29.53 inHg bebanding 101.325 kPa nilai bagi “satu atmosfera piawaian”.[2] Nilai ini digunakan sebagai tekanan piawaian bagi industri pemampat dan peralatan pneumatik (ISO 2787).[3]

Di Amerika Syarikat, aliran udara mampat seringkali diukur dalam "kaki persegi piwaian" setiap unit masa, yang mana "piawaian" bererti kuantiti udara pada suhu dan tekanan piawaian. Bagi setiap peningkatan 1,000 kaki, tekanan atmosfera menurun sekitar 4%. Bagaimanapun, atmosfera piawaian ini ditakrif berlainan sedikit: suhu = 20 °C (68 °F), ketumpatan udara = 1.225 kg/m³ (0.0765 lb/cu ft), altitud = aras laut, dan kelembapan perbandingan = 20%. Sebaliknya, dalam industri penyaman udara, piawaian seringkali menggunakan suhu = 0 °C (32 °F). Bagi gas asli, Persatuan Pemproses Gas ("Gas Processors Association-GPA") menetapkan suhu piwaian 60 °F (15.6 °C), tetapi membenarkan variasi tekanan "asas", termasuk 14.65 psi (101.0 kPa), 14.656 psi (101.05 kPa), 14.73 psi (101.6 kPa) dan 15.025 psi (103.59 kPa).[4] Bagi tekanan "asas" yang diberikan, jika lebih tinggi tekanan udara, suhu menjadi lebih rendah; jika lebih rendah tekanan udara, suhu menjadi lebih tinggi.

Alat ukur tekanan atmosfera sunting

Di Malaysia, unit untuk tekanan udara dalam unit hPa dan digunakan oleh Jabatan Meteorologi. Bagi mengetahui kadar tekanan, Jangka Tekanan (barometer) digunakan untuk me­nyukat tekanan udara. Bacaan di Jangka Tekanan (barometer) dicatatkan unit bacaan secara terus kepada barograf untuk mengetahui perubahan tekanan atmosfera mengikut perubahan per minit atau per jam. Barograf digunakan untuk meramalkan keadaan cuaca.

Barometer di telefon sunting

Kini, barometer terdapat di telefon pintar. Telefon pintar yang dipasang sensor tekanan (pressure sensor) antaranya ialah Samsung Galaxy Note, Note 2, Samsung Galaxy S3 (SGS3), Galaxy Nexus, Motorola Xoom and Sony Ericsson Active, Xiaomi Phone 2. Untuk paparan lebih menarik, Aplikasi .apk android menyediakan bermacam-macam bentuk aplikasi[5] untuk melihat tekanan atmosfera di kedudukan telefon serta disediakan barograf untuk mengetahui perubahan cuaca akan cerah atau hujan.

Purata tekanan aras laut sunting

 
15 tahun purata tekanan aras laut bagi Jun, Julai, dan Ogos (atas) dan Disember, Januari, dan Februari (bawah).
 
Altimeter kapal terbang baromatik jenis-Kollsman sebagaimana digunakan di Amerika Utara bagi memaparkan altitud bagi 80 ka (24 m).

Peningkatan ketinggian menyebabkan kekurangan jumlah molekul udara secara berganda. Maka, tekanan atmosfera menurun apabila semakin tinggi. Berikut ialah rumus anggaran untuk tekanan atmosfera:

 ,

iaitu P ialah tekanan dalam pascal dan h ialah ketinggian dalam meter. Persamaan ini menunjukkan bahawa tekanan pada ketinggian 31 km ialah sekitar 10(5-2) Pa = 1000 Pa, atau 1% daripada tekanan pada permukaan laut. Secara kasar, untuk beberapa kilometer di atas permukaan laut, tekanan berkurangan 100 hPa per kilometer.


Pautan luar sunting


rujukan sunting
  1. ^ International Civil Aviation Organization, Manual of the ICAO Standard Atmosphere, Doc 7488-CD, Third Edition, 1993, ISBN 92-9194-004-6.
  2. ^ IUPAC.org, Publications, Standard Pressure (20 kB PDF Diarkibkan 2009-03-26 di Wayback Machine)
  3. ^ Compressor.co.za, May 2003 Newsletter
  4. ^ GPA Standard 2172-09, §3.3
  5. ^ [https://play.google.com/store/search?q=barometer&c=apps

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.