Mexico

negara di Amerika Utara

Negeri-Negeri Mexico Syarikat (juga Negeri-Negeri Mexico Bersatu; Sepanyol: Estados Unidos Mexicanos, Bahasa-bahasa Nahua: Mēxihcatl Tlacetilīlli Tlahtohcāyōtl) atau nama ringkasnya Mexico (Sepanyol: México, Bahasa-bahasa Nahua: Mēxihco) adalah sebuah negara yang terletak di benua Amerika Utara, bersempadan dengan Amerika Syarikat di utara, Guatemala dan Belize di tenggara dan Lautan Pasifik di barat serta Teluk Mexico dan Laut Caribbean di sebelah timur. Ia merupakan negara ketiga terbesar di Amerika Latin dan juga negara yang paling ramai sekali berbahasa Sepanyol.

Negeri-Negeri Mexico Syarikat / Bersatu
نݢري٢ ميكسيكو شريکت/برساتو
Estados Unidos Mexicanos (B. Sepanyol)
Mēxihcatl Tlacetilīlli Tlahtohcāyōtl (B. Nahuatl)
Bendera Mexico
Jata negara Mexico
Bendera Jata negara
Lagu kebangsaan"Himno Nacional Mexicano"
("Lagu Kebangsaan Mexico")
Lokasi Mexico
Ibu negara
dan bandar terbesar
Bandar Raya Mexico
(Ciudad de México)
19°26′N 99°08′W / 19.433°N 99.133°W / 19.433; -99.133
Bahasa rasmiTiada (di peringkat persekutuan) [a]
Bahasa umum 68 Bahasa asal
Bahasa kebangsaanBahasa Sepanyol
(de facto) [a]
Agama
83% Roman Katolik
10% Kristian lain
0.2% Agama lain
5% Tidak beragama
3% Tidak tahu
DemonimBangsa Mexico
KerajaanRepublik berperlembagaan persekutuan
• Presiden
Andrés Manuel
López Obrador
(MORENA)
Martí Batres (MORENA)
Porfirio
Muñoz Ledo (MORENA)
Badan perundanganKongres
Senat
Cámara de Diputados
(Dewan Timbalan)
Kemerdekaan 
daripada Sepanyol
• Diisytihar
16 September 1810
• Diiktiraf
28 Disember 1821
• Perlembagaan kini
5 Februari 1917
Keluasan
• Jumlah
1,972,550 km2 (761,610 bt2) (ke-15)
• Perairan (%)
2.5
Penduduk
• Bancian Penduduk 2020
126,014,024[1] (ke-10)
61/km2 (158.0/sq mi) (ke-142)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
USD2.715 trilion[2] (ke-11)
$21,362[2] (ke-64)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$1.322 trillion[2] (ke-5)
$10,405[2] (ke-64)
Gini (2018)positive decrease 41.8[3]
sederhana
HDI (2019) 0.779[4]
tinggi · ke-74
Mata wangPeso Mexico
(MXN)
Zon waktuUTC-8 sampai -6 (pelbagai)
• Musim panas (DST)
UTC-7 sampai -5 (pelbagai
)
Bahagian memanduKanan
Kod panggilan+52
Kod ISO 3166MX
DPT internet.mx
 a. Bahasa Sepanyol merupakan bahasa de facto kerajaan persekutuan Mexico.

Etimologi sunting

Nama México serapan bahasa Nahuatl Mēxihco nama ibu negara kuno Aztek iaitu Mexico-Tenochtitlan. Bernardino de Sahagún dalam kitab sejarahnya dikarang abad ke-16 menerangkan dengan teliti nama kota ini yang bermaksud "tempat Mexi" (el lugar de Mexi) yang mana "Mexi" merupakan nama lain Mexitl, seorang pendeta yang menyuruh orang sepuaknya berhijrah dari Aztlán kepada suatu tapak kota baharu dijanjikan dan dipertandakan dewa mereka Huitzilopochtli. Sahagún membutirkan lanjut nama Mexitl seperti berikut:[5]

...los mexicanos a estas partes traían un caudillo y señor que se llamaba Mécitl, al cual luego después que nació llamaron citli, liebre; y porque en lugar de cuna lo criaron en una penca grande de un maguey, de allí adelante llamóse mecitli...
("... orang Mexica yang datang ke kawasan ini dipimpin seorang ketua bernama Mécitl, [ketua ini] diberi nama citli, kelinci, selepas dilahirkan; [namun] beliau didodoikan dalam batang maguey besar, maka dia diberi nama mecitli...")

Satu asal lain yang lebih diketahui umum hari ini daripada perkataan Metzxico yang bermaksud "pusat bulan" («el ombligo de la luna») atau "tempat tasik bulan" ( «en el lugar del lago de la Luna»)[6] melakurkan metz(tli) (bulan), xic(tli) (pusat) dan «-co» (tempat) menurut sejarawan tertentu seperti Cecilio Robelo dan Alfonso Caso.

Sejarah sunting

Selama hampir 3,000 tahun, Mexico menjadi penempatan beberapa tamadun maju seperti tamadun Amerindian, Maya dan Aztek. Ketibaan penjajah Sepanyol di bawah pimpinan bijak Hernan Cortez pada awal abad ke-16, dan kemenangan mereka ke atas kaum Aztek pada 1521, menandakan mulanya era pengkolonian Mexico sebagai Sepanyol Baru.

Pada 15 September 1810, kemerdekaan dari Sepanyol telah diisyhtiharkan oleh Miguel Hidalgo y Costilla di Dolores iaitu sebuah bandar kecil. Ini merupakan titik permulaan peperangan untuk kemerdekaan yang dikenali sebagai Perang Kemerdekaan Mexico atau "Mexican War of Independence" yang berakhir dengan kemerdekaan pada 1821 dan pembentukan Empayar Mexico yang Pertama. Selepas merdeka, kesemua negara di Amerika Tengah kecuali Chiapas, bersetuju untuk tidak menjadi sebahagian anggota Empayar ini. Selepas kejatuhan Empayar Mexico ke tangan pihak republikan di bawah pimpinan Antonio López de Santa Anna, Republik yang pertama telah dibentuk dengan Guadalupe Victoria sebagai Presidennya yang pertama. Di bawah pemerintahan Santa Anna, penduduk di bahagian Texas iaitu di Coahuila dan Texas telah memberontak dan menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Mexico. Penduduk di sini, terutamanya peneroka berbangsa Inggeris, telah membentuk Republik Texas atau "Republic of Texas". Pemberontakan ini telah mencetuskan peperangan yang terkenal iaitu perang di Alamo antara tentera Mexico dan Texas. Akhirnya pada 1836, Texas mendapat kemerdekaan dan Republik Mexico semakin mengecil. Pada 1840-an, negara ini telah diceroboh oleh Amerika Syarikat yang mengakibatkan kehilangan wilayah yang amat besar, termasuklah Alta California, Arizona, Nevada, Utah dan New Mexico. Pada 1860-an negara ini sekali lagi diceroboh, kali ini oleh bala tentera Perancis, yang ingin menaikkan Archduke dari Austria Ferdinand Maximillian sebagai Maharaja Mexico, dengan sokongan paderi Katolik dan golongan Creole yang konservatif. Namun pemerintahan beliau berakhir dengan peristiwa berdarah, di mana Benito Juarez bekas presiden Mexico telah dilantik semula sebagai Presiden. Pada mulanya, Jeneral Ignacio Zaragoza berjaya menewaskan tentera Perancis pada 5 Mei (atau Cinco de Mayo, dalam bahasa Sepanyol) 1862 dalam Perang di Puebla tetapi akhirnya terpaksa mengalah, dan Napoleon III dari Perancis, Maharaja Perancis, telah mengangkat Archduke Maximillian dari Austria sebagai Maharaja Mexico pada 1864. Namun dalam masa yang singkat iaitu hanya tiga tahun, kerajaan Maximillian telah ditumbangkan oleh Juarez dan beliau dihukum bunuh.

Selepas kematian Juárez, anarki telah berlaku dan berlarutan selama 30 tahun bermula dengan Pemberontakan Mexico yang diketuai oleh Porfirio Díaz pada tahun 1910. Tokoh-tokoh yang terkenal sewaktu Pemberontakan Mexico termasuklah Francisco I. Madero, Venustiano Carranza, Pancho Villa, Alvaro Obregon, Victoriano Huerta, dan Emiliano Zapata. Puak pemberontak telah menewaskan tentera persekutuan, tetapi mereka terpaksa menghadapi pergolakan dalaman dan negara berada dalam keadaan konflik selama dua dekad lagi. Sebaik sahaja pemberontakan berakhir pada 1930an, Parti Institusi Revolusi (PRI) mengambil alih pucuk pemerintahan dan berkuasa selama 70 tahun hinggalah akhir abad ke-20. PRI merupakan suatu barisan yang terdiri daripada beberapa kumpulan pemberontak yang inginkan pertandingan politik berjalan secara aman. Pada Julai 2000, Parti Tindakan Nasional (PAN) yang dipimpin oleh Vicente Fox Quesada telah berjaya merampas negara ini dari PRI melalui pilihan raya yang bebas.

 
Ukiran dewa Chichen Itza di kuil Maya, Yucatan, Mexico

Krisis pertama yang dihadapi oleh Presiden Fox ialah pemberontakan di Chiapas oleh puak Ejército Zapatista de Liberación Nacional (EZLN). Chiapas merupakan negeri yang termiskin di Mexico dan pemberontakan telah bermula sejak 1994. Sebaik sahaja beliau diangkat sebagai Presiden, dia telah mengarah semua askar segera berundur dari negeri tersebut. Sekatan jalanraya juga ditarik balik dan pangkalan tentera di sana telah ditutup. Setahun selepas itu, satu perjanjian damai telah dibuat dengan puak pemberontak EZLN. Di samping itu, Presiden Fox terpaksa berhadapan dengan masalah polis di negara ini yang terkenal dengan gejala rasuah. Ini ditambah pula dengan kadar jenayah yang amat tinggi terutamanya di Mexico City merupakan masalah yang utama di negara ini. Pada 23 Mac 2005, satu perjanjian Perkongsian Keselamatan dan Kemewahan Amerika Utara telah ditandatangani oleh Vicente Fox.

Sepanjang pilihan raya 2006, PRI telah ternyata semakin lemah dan jatuh menjadi kuasa politik ketiga terbesar menurut bilangan kerusi dalam Dewan Perwakilan Chamber of Deputies selepas PAN dan Parti Demokratik Revolusi. Dalam pilihan raya-pilihan raya presiden, Felipe Calderón, daripada PAN adalah diisytiharkan pemenang, dengan kelebihan undi yang cukup nipis keatas Andrés Manuel López Obrador daripada Parti Revolusi Democratik (PRD). López Obrador, bagaimanapun, telah mempertikai keputusan pilihan raya tersebut dan berikrar untuk mewujudkan satu "kerajaan alternatif" di Mexico.

Politik sunting

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Mexico

Perlembagaan Mexico 1917 memperuntukkan sebuah kerajaan Persekutuan Republik dengan kuasa dibahagikan kepada tiga institusi yang bebas iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Dari segi sejarah, eksekutif yang dikuasai oleh parti PRI merupakan cabang yang dominan, dengan kuasa yang diberi kepada Presiden, manakala Kongres hanya mengikut telunjuk Presiden. Namun demikian, sejak parti pembangkang mengambilalih kuasa pada 1997, Kongres semakin bebas dalam menggubal undang-undang. Presiden juga mempunyai kuasa dibawah perintah eksekutif untuk menggubal undang-undang dalam bidang ekonomi dan kewangan yang tertentu. Presiden dipilih setiap enam tahun dan dia dilarang daripada memegang jawatan yang sama untuk penggal kedua. Di Mexico, tiada jawatan naib presiden. Sekiranya seseorang Presiden itu dilucutkan jawatan atau meninggal dunia, Kongres akan melantik seorang Presiden sementara.

Pada 21 Julai, 2000, Vicente Fox Quesada daripada parti pembangkang barisan Persekutuan untuk Perubahan atau "Alliance for Change", yang diketuai oleh Parti Tindakan Nasional (PAN), telah dipilih sebagai Presiden dalam satu pilihan raya yang dianggap terbersih dan paling bebas dalam sejarah Mexico. Fox memulakan penggal enam tahunnya pada 1 Disember, 2000. Kejayaannya telah mengakhiri dominasi Parti Institusi Revolusi (PRI) selama 71 tahun sebagai parti kerajaan. Pada September 2006, Felipe Calderón daripada parti PAN telah diisyhtiharkan sebagai Presiden Mexico yang baru selepas satu tribunal pilihan raya setelah menang tipis dengan saingannya yang terdekat López Obrador daripada Parti Revolusi Demokratik (PRD), lantas menyambungkan dominasi parti PAN di Mexico.

Negeri dan bandar sunting

Negeri di Mexico sunting

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Mexico Mexico terdiri daripada 31 negeri atau "estados" dan Daerah Persekutuan Mexico atau "Distrito Federal". Kawasan Metropolitan Bandar raya Mexico , termasuk Daerah Persekutuan dan kawasan bersempadannya, merupakan bandar berpenduduk paling padat di dunia.

Setiap negeri mempunyai perlembagaan dan kongres masing-masing, dan rakyat setiap negeri memilih wakil mereka melalui pengundian langsung, seorang gabenor (gobernador) untuk satu penggal selama enam tahun, juga sebagai wakil-wakil (diputados) untuk mewakili negeri masing-masing di kongres, untuk penggal selama tiga tahun.

Distrito Federal adalah berlainan daripada negeri-negeri lain kerana ia adalah satu bahagian politik yang khas di Mexico milik kerajaan persekutuan secara keseluruhannya dan bukan untuk satu kerajaan tempatan tertentu, dan oleh itu, lebih terhad kuasa setempatnya.

Negeri-negeri orang Mexico adalah juga dibahagikan kepada majlis perbandaran (municipios), entiti politik rasmi dan paling kecil di Mexico.

Bandar Metropolitan paling utama sunting

 
Palacio Nasional adalah parlimen Mexico yang terletak di Bandar Raya Mexico.

Bandar-bandar metropolitan yang paling besar di Mexico adalah seperti senarai di bawah menurut jumlah penduduknya.

Tentera sunting

Berbanding dengan kebanyakan negara Amerika Latin yang lain, Mexico mempunyai jumlah tentera yang paling kecil iaitu 183,700 tentera yang aktif. Belanjawannya pada 1989, adalah 0.7% Pengeluaran Dalaman Kasar. Namun pada 1999, belanjawan Mexico bagi sektor ketenteraan telah meningkat kepada .9% KDNK pada ASD$4 bilion. Bagaimanapun, sejak tahun 2000 dengan peningkatan menguntungkan bahawa negara telah mengalami (Mexico telah memasuki kelab trilion) belanjawan adalah dikurangkan kepada .5% KDNK, dan masa ini perbelanjaan tahunannya adalah ASD$6.062 bilion (2005). Walaupun begitu, sejak Presiden Calderon menerajui kerajaan Mexico pada bulan Disember 2006, dia telah membuat perundangan untuk menambah belanjawan secara besar-besaran untuk memerangi kartel dan pengedaran dadah diperingkat nasional kerana organisasi jenayah ini telah memanjangkan keganasan mereka disetiap pelusuk negara.

Menurut CIA World Factbook, tenaga manusia yang terlibat dalam ketenteraan berjumlah 2,000,000 (umur lelaki 18-49: anggaran 2005), dengan 19,058,337 lelaki yang sesuai untuk perkhidmatan ketenteraan, dan 1,063,233 orang lelaki sampai umur perkhidmatan ketenteraan setiap tahun. Semenjak 2000, golongan wanita telah dibenarkan berkhidmat secara sukarela dalam ketenteraan. Angkatan bersenjata Mexico masa ini jumlah 620,400 tidak termasuk tentera simpanan.

Geografi sunting

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Mexico

Topografi Mexico terdiri dari beberapa banjaran pergunungan, di antaranya Sierra Madre Occidental di sebelah barat, Sierra Madre Oriental di timur, Cordillera Neovolcánica di tengah, dan Sierra Madre del Sur di selatan; dataran rendah kebanyakan sepanjang pesisir dan di Semenanjung Yucatan. Pedalaman negeri berdataran tinggi. Aktiviti seismik secara relatifnya adalah tinggi.

Hanya sedikit sungai yang boleh dilayari. Kebanyakan sungai adalah pendek dan mengalir dari jajaran pergunungan ke pesisir pantai.

Iklim Mexico adalah berpelbagai. Sebahagian besar negeri memiliki dua musim: hujan (Jun-September) dan panas (Oktober-April). Pada umumnya curahan hujan rendah di pedalaman dan utara. Manakala curahan hujan adalah tinggi di pesisir timur, di selatan, dan di Semenanjung Yucatan.

Ekonomi sunting

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Mexico

Mexico mempunyai satu ekonomi pasaran bebas dan telah ditubuhkan dengan kukuh sebagai satu negara pendapatan sederhana atas dan ia adalah ekonomi yang terbesar ke-12 di dunia seperti yang diukur dalam Keluaran Dalam Negara Kasar dalam pariti kuasa beli. Selepas kegawatan ekonomi 1994, Mexico telah melalui proses pemulihan yang menarik dengan membina satu ekonomi yang moden dan berpelbagai. Para pentadbirnya yang baru telah juga memperbaiki infrastruktur dan membuka persaingan dalam sektor-sektor pelabuhan, sistem kereta api, telekomunikasi, penjanaan elektrik, pengedaran gas asli dan lapangan-lapangan terbang.

Sejak Perang Dunia II, negara ini telah mengubah tumpuan dari ekonomi berdasarkan pertanian kepada ekonomi pengeluaran. Mexico kaya dengan pengeluaran petroliam dan pada satu ketika merupakan negara ke-10 terbesar pengeluar petroliam didunia. Petroliam masih merupakan sumber terbesar pendapatan asing di Mexico. Di samping itu, negara ini merupakan pengeksport perak yang terpenting di dunia. Antara dekad 40-an dan 80-an negara ini mengalami pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat tetapi ia tersekat akibat pinjaman yang berlebihan.

Pada tahun 80-an, negara ini dilanda inflasi. Tetapi ia kembali pulih pada 1990 , apabila Mexico menyertai NAFTA atau Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara. Namun demikian, negara ini telah melalui pertumbuhan defisit perdagangan serta terlebih nilainya kadar pertukaran matawang asing pada 1994 yang dibiayai penjualan bon jangka pendek dan rizab pertukaran wang asing. Beberapa siri kejutan politik dan penurunan nilai peso baru pada akhir 1994 telah mengakibatkan panik dikalangan para pelabur. Akibatnya, inflasi meningkat secara mendadak, dan kerajaan Mexico terpaksa meminta campurtangan asing secara besar-besaran untuk menstabilkan keadaan ekonominya yang meruncing. Banyak kesan-kesan positif dalam pengurangan kemiskinan dan peningkatan dalam kuasa beli kelas menengah adalah dianggap berpunca daripada kestabilan ekonomi makro yang dikejar oleh pentadbiran terkini di Mexico di bawah parti PAN. Pertumbuhan purata tahunan KDNK untuk tempoh 1995–2002 adalah 5.1%. Kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat juga meninggalkan kesan yang sama di Mexico, yang mana pertumbuhannya pulih dengan pesatnya meningkat 4.1% pada 2005 dan 3% pada 2005. Inflasi telah menyentuh paras terendah iaitu 3.3% pada 2005, dan kadar faedah yang rendah, telah merangsang penggunaan kredit di kalangan rakyat kelas pertengahan. Pentadbiran Fox juga memberikan kestabilan kewangan: defisit belanjawan adalah lebih jauh dikurangkan dan hutang asing adalah berkurangan kepada bawah 20% KDNK. Di rantau Amerika Latin, Mexico telah diambilalih negara Chile sebagai negara berdaulat dengan kredit jangka panjang yang paling besar. Selanjutnya, kemiskinan di Mexico telah dikurangkan oleh kiriman-kiriman wang daripada warganegaranya yang bekerja di Amerika, yang mencecah ASD$20 bilion dolar setiap tahun dan adalah punca pendapatan asing kedua terbesar selepas eksport minyak. Kini, kerajaan Mexico yang baru telah mengalihkan tumpuan dari petroliam kepada industri ringan dan eksport pula.

Selain itu, sektor pelancongan telah menjadi sumber ekonomi yang semakin penting. Tarikan pelancongan yang paling utama adalah robohan Meso-American purba, dan resort-resort pantai popular. Iklim pantai dan budayanya yang unik – satu gabungan orang Eropah (terutamanya Sepanyol) dan Meso-American juga membuat Mexico menarik. Musim-musim pelancong yang paling utama di Mexico adalah pada bulan Disember dan sepanjang Julai dan Ogos, dengan sepanjang minggu sebelum hari Easter dan berduyun-duyun sepanjang cuti Spring Break pada musim bunga kerana banyak pantai peranginan di sana menjadi tumpuan pelajar-pelajar universiti dari Amerika Syarikat yang sedang bercuti.

Menurut pengarah Bank Dunia bagi Colombia dan Mexico, peratusan penduduk Mexico yang termiskin telah berkurangan dari 24.2% hingga 17.6% secara umum dan dari 42% hingga 27.9% di kawasan luar bandar daripada 2000-2004. Meskipun begitu, ketidaksamaan pendapatan masih merupakan satu masalah, dan jurang-jurang besar tetap ada bukan sahaja antara kaya dan miskin tetapi juga di antara utara dan selatan, bandar dan kawasan luar bandar. Perbezaan yang tajam dalam pendapatan dan Pembangunan Manusia adalah juga satu masalah serius di Mexico. Indeks Pembangunan Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu 2004 melaporkan Benito Juárez, salah satu daerah dalam Distrito Federal dan San Pedro Garza García dalam negeri Nuevo León, akan mempunyai satu tahap ekonomi, pendidikan dan pembangunan jangka hayat yang setara dengan negara maju seperti Jerman atau New Zealand, manakala Metlatonoc dalam negeri Guerrero, akan mempunyai satu HDI serupa dengan negara paling mundur iaitu Malawi.

Demografi sunting

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Mexico

Pakar bahasa telah mengenal pasti dua belas bahasa Mexico yang utama, lebih empat puluh kumpulan bahasa yang kecil, dan lebih sembilan puluh bahasa individu. Hampir 23 peratus orang aslinya bertutur dalam bahasa Náhuatl, iaitu bahasa kaum Aztek yang ditutur di limabelas negeri di sini. Disamping itu, bahasa orang asli yang lain termasuklah bahasa Maya (ditutur oleh 14 peratus kaum Indian dan digunakan dari tenggara Semenanjung Yucatan ke Chiapas); Zapotec (ditutur oleh 7 peratus kaum Indian dan digunakan secara meluas di timur bahagian Oaxaca); Mixtec (juga ditutur oleh 7 peratus kaum Indian dan merupakan bahasa utama di Oaxaca dan Guerrero); Otomí (ditutur oleh 5 peratus kaum Indian dan digunakan di Mexico tengah, terutamanya di negeri México, Hidalgo, dan Querétaro); Tzeltal (ditutur oleh hampir 5 peratus kaum Indian dan digunakan di Chiapas); dan Tzotzil (ditutur oleh hampir 4 peratus kaum Indian dan juga digunakan di Chiapas). Oaxaca merupakan negeri yang mempunyai kepelbagaian bahasa yang paling banyak, dengan duabelas bahasa Indian yang berlainan dituturkan di sini.

Pendidikan sunting

Pendidikan di Mexico dibahagikan mengikut kelas. Para pelajar dari keluarga berada belajar di sekolah swasta yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta bahan rujukan, manakala anak dari golongan miskin biasanya tidak mampu untuk pergi kesekolah atau pergi kesekolah yang serba kekurangan. Kaum yang paling terpinggir ialah kaum Indian. Pada 1990, dianggarkan lebih 40 peratus penduduk Indian berusia lima belas tahun ke atas tidak boleh membaca. Ini telah mewujudkan jurang pendidikan yang ketara dikalangan rakyat Mexico. Namun kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk menggalakkan perkembangan pendidikan di kalangan belianya.

Antara lain, kerajaan telah menetapkan bahawa pendidikan adalah wajib sehingga ke gred enam. Malangnya akibat tekanan kewangan, kebanyakan pelajar dari kelas bawahan lebih berminat bekerja dari bersekolah. Di Mexico, tiada undang-undang yang mewajibkan pendidikan menengah. Di sekolah rendah mereka mempelajari Matematik, Pelajaran Sosial, "grammar", tulisan, membaca dan pendidikan fizikal. Manakala nilai-nilai moral dan kekeluargaan di pelajari dirumah. Kepentingan menambah pendapatan melalui kanak-kanak yang bekerja dalam sesebuah famili bermakna pemilihan antara "survival" dan pendidikan. Namun demikian, pada lima tahun kebelakangan ini kehadiran pelajar kesekolah semakin bertambah: UNICEF melaporkan 84% kanak-kanak yang memulakan alam persekolahan akan mencapai gred lima. Kadar keciciran pelajar yang rendah bermakna lebih ramai belia akan melanjut kepelajaran yang tinggi dan ini boleh membantu mengurangkan kemiskinan. Kini, lebih 8 juta belia telah mendaftar di sekolah menengah, iaitu 2 juta lebih dari tahun 1994.

Kerajaan di bawah Presiden Ernesto Zedillo telah berusaha untuk memperkembangkan pendidikan dinegara ini. Malah, lebihkurang 25 peratus perbelanjaan kerajaan telah disalurkan kearah pendidikan. Antara lain wang ini telah digunakan untuk membina sekolah-sekolah rendah serta teknik yang baru. Selain itu, wang ini digunakan untuk mengagih buku-buku teks secara percuma kepada 90% sekolah awam di Mexico.

Lain-Lain sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Censo Población y Vivienda 2020". www.inegi.org.mx. INEGI. Dicapai pada 26 January 2021.
  2. ^ a b c d "Mexico". International Monetary Fund. Dicapai pada 19 October 2019.
  3. ^ Inequality - Income inequality - OECD Data. OECD. Dicapai pada 12 August 2021.
  4. ^ "Human Development Report 2020" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 15 December 2020. Dicapai pada 15 December 2020.
  5. ^ de Sahagún, Bernardino. Historia general de las Cosas de Nueva España (dalam bahasa Sepanyol). México: Porrúa. m/s. 592. Unknown parameter |editon= ignored (|edition= suggested) (bantuan)
  6. ^ "Significado de la palabra "México"". Portal Ciudadano (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 28 Jun 2018.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting