Dewan Rakyat Malaysia
Dewan Rakyat (Tulisan Jawi: ديوان رعيت) merupakan salah satu daripada dua dewan di dalam Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.[4] Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.
Dewan Rakyat ديوان رعيت | |
---|---|
Dewan Rakyat | |
![]() | |
Parlimen Malaysia Ke-14 | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Datuk Azhar Azizan @ Harun, Bebas sejak 13 Julai 2020 | |
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat | Dato' Mohd Rashid Hasnon, PN–PPBM sejak 16 Julai 2018 |
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat | Dato' Sri Azalina binti Othman Said, BN-UMNO sejak 13 Julai 2020 - 23 Ogos 2021 |
Setiausaha | Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Bebas sejak 13 Mei 2020 |
Perdana Menteri Ketua Dewan | |
Struktur | |
Ahli | 222 Ahli Parlimen Quorum: 26[1] Majoriti mudah: 112 Majoriti dua per tiga: 148 |
![]() | |
Kumpulan politik | Kerajaan (117)
Bebas (5) (Kuala Nerus, Kuala Langat, Sri Aman, Lahad Datu dan Lubok Antu)
Pakatan Harapan (87)
WARISAN (7)
PEJUANG (4)
PSB (1)
MUDA (1)
Kosong (2) (Gerik dan Batu Sapi) |
Jawatankuasa | Parlimen: 5
Pilihan Khas: 10
|
Pilihan raya | |
Sistem pengundian | |
Pilihan raya terakhir | 9 Mei 2018 |
Pilihan raya seterusnya | 16 September 2023 atau lebih awal |
Tempat persidangan | |
![]() | |
Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, Malaysia | |
www.parlimen.gov.my | |
sunting |
Tugas
Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: "Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat."[5] Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya.[6]
Pembubaran
Dewan Rakyat bersidang selama maksimum lima tahun dan kemudian terbubar sendiri melainkan jika dibubarkan lebih awal dari itu.[7] Kuasa pembubaran ini terletak di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong.[8] Baginda boleh membubarkan parlimen walaupun sesi perkhidmatannya masih lagi awal ataupun jika Perdana Menteri tidak lagi memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan kerana tewas samada melalui undi tidak percaya atau meluluskan belanjawan. Namun begitu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh melantik seorang ahli parlimen lain yang menurut budi bicaranya boleh memiliki keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli dewan lain.[9][10]
Perdana Menteri, yang lazimnya mengetuai parti politik atau kumpulan parlimen yang memiliki jumlah kerusi terbanyak bertanggungjawab mengetuai badan eksekutif yang mentadbir negara ini. Beliau turut berhak melantik ahli daripada kedua-dua dewan di parlimen untuk menganggotai Jemaah Menteri.[11] Badan eksekutif ini berperanan membawa atau mencadangkan satu-satu undang-undang untuk dibahas, dikaji dan diluluskan oleh parlimen.
Hak istimewa
Ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan dan keistimewaan untuk memperkatakan sesuatu perkara tanpa rasa gusar atau dikecam di luar dewan;[12] satu-satunya badan yang boleh mengecam seseorang ahli parlimen ialah Jawatankuasa Parlimen bagi Hak dan Kebebasan. Kekebalan parlimen ini berkuatkuasa serta-merta setelah seseorang itu mengangkat sumpah menjadi ahli parlimen dan hanya boleh digunapakai ketika ahli tersebut dibenarkan bersuara. Kekebalan ini tidak boleh dipakai ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat di luar dewan. Satu pindaan telah dibuat di bawah Perkara 63 Perlembagaan berikutan Peristiwa 13 Mei dengan penambahan Perenggan 4 yang menidakkan Fasal 2 Perlembagaan yang secara amnya memberikan hak-hak kebebasan asasi. Perenggan 4 itu menerangkan bahawa sesiapapun termasuk ahli Parlimen yang berucap di Dewan Rakyat boleh didakwa jika melakukan kesalahan di bawah Fasal 4 Perkara 10 atau di bawah Akta Hasutan 1948.[13] Selain itu ahli-ahli Parlimen juga kehilangan hak-hak istimewanya jika menganjurkan penghapusan kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja di negeri-negeri.[14]
Proses menggubal undang-undang
Sesebuah undang-undang yang ingin dicadangkan mestilah disediakan rangkanya terlebih dahulu - kebiasaannya oleh Jemaah Menteri atau sesebuah kementerian dengan dibantu oleh Jabatan Peguam Negara. Rangka tersebut yang dikenali sebaga rang undang-undang kemudiannya dikaji dan dibincang bersama-sama oleh Jemaah Menteri. Jika diputuskan untuk dicadangkan ke parlimen, rang itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada semua ahli-ahli dewan rakyat.
Rang ini akan melalui tiga bacaan dalam persidangan Dewan Rakyat.
- Bacaan pertama adalah untuk memperkenalkan rang undang-undang tersebut.
- Bacaan kedua untuk dibincang dan dibahas oleh ahli-ahli yang berhormat.
- Bacaan ketiga akan dicadangkan oleh menteri atau timbalannya untuk dibuat satu undian ke atas rang undang-undang ini.
Kebanyakan undang-undang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah untuk diluluskan. Namun, dalam beberapa keadaan, majorit dua pertiga adalah diperlukan, seperti dalam hal-hal berkaitan meminda perlembagaan. Setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat rang undang-undang itu kemudiannya dihantar ke Dewan Negara dan tiga bacaan yang diterangkan sebelum ini akan dilakukan sekali lagi. Dewan Negara boleh bertindak untuk tidak meluluskan satu-satu rang undang-undang. Walau bagaimanapun, langkah ini hanya melambat-lambatkan kelulusan dibuat selalunya selama sebulan dan kadang-kadang setahun. Setelah tempoh ini tamat, rang undang-undang in dianggap telah diluluskan oleh Dewan Negara.
Jika diluluskan, rang undang-undang itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipertimbangkan dalam tempoh 30 hari. Jika baginda tidak bersetuju, rang undang-undang itu akan dikembalikan ke parlimen bersama-sama dengan beberapa cadangan pindaan. Parlimen kemudiannya harus mengkaji semula rang undang-undang tersebut dan pindaanya dan mengembalikannya semula kepada Yang di-Pertuan Agong jika rang undang-undang itu diluluskan semula. Yang di-Pertuan Agong mempunyai 30 hari lagi untuk memberikan perkenan diraja. Setelah tempoh itu, rang undang-undang tersebut dianggap telah diluluskan sebagai undang-undang yang boleh berkuatkuasa. Undang-undang ini hanya akan berkuatkuasa setelah dimasyhurkan di dalam Warta Kerajaan.[15]
Kerajaan sering memelihara kerahsiaan sesebuah rang undang-undang yang akan dibahaskan. Ahli-ahli parlimen sering menerima salinan rang undang-undang beberapa hari sebelum dibahaskan dan akhbar-akhbar tempatan jarang menerima salinan tersebut. Dalam sesetengah kes, ahli-ahli dewan pernah diberikan salinan pada hari yang sama sesebuah rang undang-undang itu dibentang di parlimen. Contoh terbaik adalah sewaktu Pindaan Perlembagaan 1968 yang dilakukan tiga bacaan pada hari yang sama. Dalam kes yang agak jarang berlaku, kerajaan pernah mengeluarkan satu Kertas Putih yang mengandungi cadangan-cadangan kerajaan yang akhirnya diluluskan sebagai undang-undang. Kes ini merujuk kepada penggubalan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Rang Undang-undang Persendirian
Proses sebelum ini hanya menerangkan langkah-langkah sesebuah undang-undang itu dibawa oleh pihak kerajaan. Namun begitu, wujud satu lagi proses yang dipanggil Rang Undang-undang Persendirian yang memberi peluang kepada ahli-ahli dewan mencadangkan undang-undang baru untuk dibahas di parlimen. Walaupunbegitu, sebagaimana yang sering menjadi amalan di dalam sistem parlimen ala Westminster, hanya sedikit bilangan ahli parlimen yang pernah memperkenalkan rang undang-undang. Proses ini dimulakan dengan ahli yang terbabit memohon dewan untuk berhenti daripada meneruskan persidangan bagi membahaskan rang undang-undang yang ingin dibawanya sebelum diputuskan dalam undian. Senator dari Dewan Negara juga dibenarkan untuk mencadangkan rang undang-undang di parlimen. Tetapi hanya wakil kerajaan sahaja dibenarkan mencadangkan rang undang-undang berkaitan hal-ehwal kewangan dan ini perlu dilakukan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.[16]
Seringkali sesebuah rang undang-undang yang dicadangkan oleh wakil pembangkang, yang harus menggunakan Rang undang-undang Persendirian, sering dipandang remeh oleh parlimen. Sesetengahnya sampai pernah mendakwa bahawa hak-hak ahli parlimen untuk mencadangkan rang undang-undang telah dihalang melalui pindaan terhadap Aturan Urusan Mesyuarat yang membenarkan Yang di-Pertua dewan meminda cetakan ucapan ahli parlimen sebelum ianya dapat diucapkan.
Keahlian
Setiap ahli Dewan Rakyat dipilih untuk mewakili satu kawasan parlimen melalui pilihan raya pelbagai parti. Kawasan ini ditentukan melalui pensempadanan kawasan pilihanraya yang dijalankan setiap lapan tahun sekali setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.[17] Pensempadanan semula kawasan parlimen ini hanya boleh diluluskan di Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan daripada sekurang-kurang dua pertiga ahli-ahli dewan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:
- warganegara Malaysia;[18]
- tidak kurang dari 21 tahun;[19]
- waras fikiran;[20]
- bukan seorang muflis;[21]
- tidak memegang jawatan berpendapatan;[22]
- telah menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya sebelum ini, jika pernah bertanding;[23]
- tidak mempunyai rekod jenayah;[24]
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.[25]
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[26] Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.[27]
Berdasarkan Perkara 48(1) dalam Perlembagaan, seorang ahli Dewan Rakyat boleh hilang kelayakan sekiranya:[28]
- disahkan tidak lagi waras fikiran;
- memegang jawatan berpendapatan;
- tidak menyerahkan sebarang penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki dalam masa atau cara yang ditetapkan setelah dinamakan untuk pemilihan Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri serta menjadi ejen pilihan raya;
- disabitkan di mahkamah di Persekutuan dengan hukuman penjara selama sekurang-kurangnya setahun atau denda melebihi RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas;
- memperoleh kewarganegaraan atau akuan setia terhadap negara-negara selain Persekutuan.
Yang di-Pertua
Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain.[29] Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha sebaik mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-14 ialah Datuk Azhar Azizan Harun (Bebas). Timbalan-timbalannya ialah Yang Berhormat Dato' Mohd Rashid Hasnon (Batu Pahat-PN) dan Yang Berhormat Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang-BN)
Bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-14 ialah Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof (Bebas) dan timbalannya ialah Yang Berhormat David Nga Kor Ming (Teluk Intan-PH).
Komposisi terkini
Gabungan | Pemimpin di dalam Parlimen | Status | Kerusi | ||
---|---|---|---|---|---|
Pilihan raya umum 2018 | Terkini | ||||
Barisan Nasional | Ismail Sabri Yaakob | Kerajaan gabungan | 79 | 42 | |
Parti Pribumi Bersatu Malaysia | Muhyiddin Yassin | 13 (sebahagian daripada PH) | 31 | ||
Parti Islam Se-Malaysia | Tuan Ibrahim Tuan Man | 18 | 18 | ||
Gabungan Parti Sarawak | Fadillah Yusof | 19 (sebahagian daripada BN) | 18 | ||
Parti Bersatu Sabah | Maximus Ongkili | 1 (sebahagian daripada BN) | 1 | ||
Parti Solidariti Tanah Airku | Jeffrey Kitingan | 1 | 1 | ||
Ahli politik bebas | 0 | 4 | |||
Pakatan Harapan | Anwar Ibrahim | Pembangkang | 113 | 88 | |
Parti Warisan Sabah | Shafie Apdal | 8 | 8 | ||
Parti Sarawak Bersatu | Masir Anak Kujat | 0 | 2 | ||
Parti Pejuang Tanah Air | Mahathir bin Mohamad | 0 (Sebahagian daripada PH) | 4 | ||
Ikatan Demokratik Malaysia | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman | 0 (sebahagian daripada PH) | 1 | ||
Ahli politik bebas | 0 | 1 | 1 | ||
Jumlah | 222 | 220 |
Keputusan pilihan raya terkini
- Lihat juga: Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
Parti | Undi | Kerusi | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undi | % | Menang | % | +/– | ||||
Pakatan Harapan[a] | PH | 5,518,638[30] | 45.68 | 113 | 50.90 | ▲ 45 | ||
Parti Keadilan Rakyat | PKR | 2,046,394 | 16.94 | 47 | 21.17 | ▲ 17 | ||
Parti Tindakan Demokratik[b] | DAP | 2,098,068 | 18.92 | 42 | 18.92 | ▲ 4 | ||
Parti Pribumi Bersatu Malaysia | BERSATU | 718,648 | 5.95 | 13 | 5.86 | ▲ 13 | ||
Parti Amanah Negara [c] | AMANAH | 655,528 | 5.43 | 11 | 4.95 | ▲ 11 | ||
Parti Warisan Sabah (parti bersekutu) | WARISAN | 280,520 | 2.32 | 8 | 3.61 | ▲ 8 | ||
Barisan Nasional[d] | BN | 4,080,797 | 33.77 | 79 | 35.59 | ▼ 54 | ||
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | UMNO | 2,525,713 | 20.90 | 54 | 24.32 | ▼ 34 | ||
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak | PBB | 220,479 | 1.83 | 13 | 5.86 | ▼ 1 | ||
Parti Rakyat Sarawak | PRS | 59,218 | 0.49 | 3 | 1.35 | ▼ 3 | ||
Kongres India Malaysia | MIC | 167,061 | 1.38 | 2 | 1.35 | ▼ 2 | ||
Parti Demokratik Progresif | PDP | 59,853 | 0.50 | 2 | 0.90 | ▼ 2 | ||
Persatuan Cina Malaysia | MCA | 653,346 | 5.41 | 1 | 0.45 | ▼ 6 | ||
Parti Rakyat Bersatu Sarawak | SUPP | 122,540 | 1.01 | 1 | 0.45 | ▬ | ||
Parti Bersatu Sabah | PBS | 58,351 | 0.48 | 1 | 0.45 | ▼ 3 | ||
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu | UPKO | 57,062 | 0.47 | 1 | 0.45 | ▼ 2 | ||
Parti Bersatu Rakyat Sabah | PBRS | 11,783 | 0.10 | 1 | 0.45 | ▬ | ||
Parti Gerakan Rakyat Malaysia | GERAKAN | 128,973 | 1.07 | 0 | 0 | ▼ 1 | ||
Parti Liberal Demokratik Sabah | LDP | 8,996 | 0.07 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Progresif Penduduk | myPPP | 7,422 | 0.06 | 0 | 0 | ▬ | ||
Gagasan Sejahtera | GS | 2,041,186 | 16.90 | 18 | 8.11 | ▼ 3 | ||
Parti Islam Se-Malaysia | PAS | 2,032,080 | 16.82 | 18 | 8.11 | ▼ 3 | ||
Parti Ikatan Bangsa Malaysia [e] | IKATAN | 9,025 | 0.08 | 0 | 0 | ▬ | ||
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia | BERJASA | 81 | 0.00 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Cinta Malaysia | PCM | 502 | 0.00 | 0 | 0 | ▬ | ||
Gabungan Bersatu Sabah | GBS | 67,175 | 0.56 | 1 | 0.45 | ▲ 1 | ||
Parti Solidariti Tanah Airku | STAR (Sabah) | 21,361 | 0.18 | 1 | 0.45 | ▲ 1 | ||
Parti Harapan Rakyat Sabah | PHRS | 37,708 | 0.31 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Maju Sabah | SAPP | 6,090 | 0.05 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Perpaduan Rakyat Sabah | PPRS | 2,016 | 0.02 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Cinta Sabah | PCS | 8,603 | 0.07 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Sosialis Malaysia | PSM | 3,782 | 0.03 | 0 | 0 | ▼ 1 | ||
| Parti Rakyat Malaysia | PRM | 2,372 | 0.02 | 0 | 0 | ▬ | |
Parti Bersama Malaysia | MUP | 2,102 | 0.02 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Reformasi Negeri | STAR (Sarawak) | 1,299 | 0.01 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Kerjasama Anak Negeri | ANAK NEGERI | 1,173 | 0.01 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai | PEACE | 1,005 | 0.01 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Barisan Pulau Pinang | PFP | 892 | 0.00 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Bansa Dayak Sarawak Baru | PBDSB | 538 | 0.00 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Bumi Kenyalang | PBK | 392 | 0.00 | 0 | 0 | ▬ | ||
Parti Alternatif Rakyat | PAP | 302 | 0.00 | 0 | 0 | ▬ | ||
Bebas | IND | 71,153 | 0.59 | 3 | 1.35 | ▲ 3 | ||
Undi sah | 12,082,431[30] | |||||||
Undi rosak / kertas undi tidak dipulangkan | 217,083[30] | |||||||
Jumlah undi (turnout: 82.32%) | 12,299,514 | 100.00 | 222 | 100.00 | - | |||
Tidak keluar mengundi | 2,641,110 | |||||||
Pengundi berdaftar[f] | 14,940,624 | |||||||
Keluar mengundi [f] | 14,636,716 | |||||||
Undi awal [f] | 300,255 | |||||||
Undi pos [f] | 3,653 | |||||||
Had umur pengundi [g] (berumur 21 tahun dan ke atas) | 18,359,670 | |||||||
Populasi Malaysia [h] | 32,258,900 | |||||||
Source: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)[31] |
- ^ Gunakan logo PKR diatas kertas undi
- ^ Gunakan logo DAP diatas kertas undi (kawasan Timur Malaysia sahaja)
- ^ Gunakan logo AMANAH diatas kertas undi (kawasan Timur Malaysia sahaja) Parlimen Batu Sapi, Sabah.
- ^ Gunakan logo BN diatas kertas undi
- ^ Gunakan logo PAS diatas kertas undi
- ^ a b c d Abdullah, Mohd. Hashim (10 April 2018). Urusan Pilihan Raya Umum ke-14 (in Malay). SPR Media Statement. Retrieved on 8 May 2018.
- ^ The estimates are correct as at February 2018. See Zulkipli, Nur Lela (12 February 2018). 3.6 juta orang muda belum daftar pengundi (in Malay). Berita Harian. Retrieved on 9 May 2018.
- ^ Malaysia (6 February 2018). Perangkaan Demografi Suku Tahun Keempat (ST4) 2017, Malaysia (in Malay). Department of Statistics Malaysia Media Statement. Retrieved on 9 May 2018.
Pilihan raya
Ahli-ahli Dewan Rakyat berkhidmat selama maksimum lima tahun bagi satu-satu sesi parlimen. Selepas itu pilihanraya mesti diadakan bagi memilih ahli-ahli baru. Pembubaran parlimen hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.
Pengundi-pengundi akan memilih seorang wakil rakyat daripada setiap 222 bahagian pilihan raya.[32][33] Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang keahliannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.[34] Pemenang pilihanraya selalunya ditentukan menggunakan prinsip majoriti tertinggi - calon yang mendapat undi terbanyak berbanding calon-calon lain - yang turut diamalkan di dalam sistem berparlimen ala Westminster.[35]
Pilihanraya umum terakhir yang telah diadakan di Malaysia ialah pada 5 Mei 2013.
Pembentukan kerajaan
Parti politik atau gabungan parti-parti politik yang memenangi kerusi terbanyak di Dewan Rakyat berhak untuk membentuk kerajaan yang baru. Kerajaan akan diketuai oleh seorang ahli parlimen yang memiliki sokongan majoriti dewan dan beliau dipanggil Perdana Menteri. Namun begitu, Perdana Menteri Malaysia tidak dilantik oleh ahli-ahli parlimen. Jawatan ini hanya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan mengikut budi bicara baginda unuk memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang dirasakan mendapat sokongan terbanyak ahli-ahli di Dewan Rakyat. Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak (Pekan-BN).
- Lihat juga: Perdana Menteri Malaysia untuk senarai Perdana Menteri Malaysia.
Mengikut tradisi berparlimen Westminster, seorang ahli Dewan Rakyat yang memiliki sokongan terbanyak golongan minoriti di parlimen akan memain peranan sebagai Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia Ke-12 ialah Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh-PKR). Beliau telah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Beliau menggantikan Ketua Pembangkang terdahulu, Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 31 Julai 2008. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan wanita pertama di Malaysia yang diberi penghormatan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang.[36] Selepas Pilihan Raya ke-13 iaitu pada 5 Mei 2013, sekali lagi Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang apabila Pakatan Rakyat (Gabungan PKR-DAP-PAS) berjaya memegang 89 daripada 222 kerusi parlimen, iaitu sebanyak 40.09%.
Pilihan raya kecil
Mengikut Undang-undang Pilihanraya, jika seseorang Ahli Parlimen terpaksa mengosongkan kerusinya dengan apa jua sebab sekalipun sewaktu Dewan Rakyat berada di awal sesi perkhidmatannya dan tidak kurang daripada dua tahun sebelum dewan terbubar, satu pilihan raya kecil perlu diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut. Jika kekosongan itu berlaku kurang dari dua tahun sebelum dewan terbubar pula, pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memastikan bahawa sokongan majoriti terhadap parti kerajaan telah terjejas.[37] Proses dan penganjuran satu pilihan raya kecil adalah sama seperti pilihan raya umum dijalankan. Kebanyakan pilihan raya kecil adalah kurang penting kerana kerajaan seringkali memiliki majoriti stabil di Dewan Rakyat. Namun begitu, pilihan raya kecil boleh dijadikan kayu pengukur terhadap prestasi semasa kerajaan.
Senarai sesi Parlimen
Pilihan raya |
Kerusi | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 1959** | 74 | 71.15 | 51.7 | 30 | 28.85 | 48.3 | 104 |
2 | 1964** | 89 | 85.58 | 58.5 | 15 | 14.42 | 41.5 | 104 |
3 | 1969 | 95 | 66.00 | 49.3 | 49 | 34.00 | 50.7 | 144 |
4 | 1974 | 135 | 87.66 | 60.7 | 19 | 12.34 | 39.3 | 154 |
5 | 1978 | 130 | 84.42 | 57.2 | 24 | 15.58 | 42.8 | 154 |
6 | 1982 | 132 | 85.71 | 60.5 | 22 | 14.29 | 39.5 | 154 |
7 | 1986 | 148 | 83.62 | 55.8 | 29 | 16.38 | 41.5 | 177 |
8 | 1990 | 127 | 70.55 | 53.4 | 53 | 29.45 | 46.6 | 180 |
9 | 1995 | 162 | 84.38 | 65.2 | 30 | 15.62 | 34.8 | 192 |
10 | 1999 | 148 | 76.68 | 56.5 | 45 | 23.32 | 43.5 | 193 |
11 | 2004 | 198 | 90.41 | 63.9 | 21 | 9.59 | 36.1 | 219 |
12 | 2008 | 140 | 63.1 | 50.27 | 82 | 36.9 | 46.75 | 222 |
13 | 2013 | 132 | 59.46 | 48.55 | 90 | 40.54 | 51.45 | 222 |
14 | 2018 | *140 (122) |
*63.06 (54.95) |
50.1 | *82 (100) |
*36.94 (45.05) |
49.9 | 222 |
* | "Kerajaan" bermaksud Parti Perikatan bagi tahun 1959 dan 1964; Parti Perikatan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi tahun 1969; Barisan Nasional bagi tahun 1974 hingga 2018; Pakatan Harapan bagi tahun 2018 hingga 2020; Kerajaan Perikatan Nasional bagi tahun 2020 hingga 2021; Kerajaan Keluarga Malaysia bagi tahun 2021 hingga kini. |
** | Perkiraan adalah untuk tahun 1959 serta 1964 kerana Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya parlimen pada tahun 1964. |
Sumber: Arah Aliran Malaysia: Penilaian Pilihan Raya (PDF) |
---|
Senarai penjawatan semasa
Jawatan utama
- Yang di-Pertua Dewan: Azhar Azizan Harun
- Timbalan Yang di-Pertua Dewan: Mohd Rashid Hasnon
- Setiausaha Dewan: Nizam Mydin Bacha Mydin
- Ketua Majlis: Ismail Sabri Yaakob
- Ketua Pembangkang: Anwar Ibrahim
Jawatankuasa
|
|
|
Jawatankuasa Pilihan Khas
|
|
|
Rujukan
- ^ Peraturan mesyuarat 13 (1) Dewan Rakyat
- ^ Ar, Zurairi (17 Mei 2020). "BN, Bersatu, PAS and three others agree to form Perikatan Nasional". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2020. Dicapai pada 30 Mei 2020.
- ^ "PN announces content of its MoU". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 17 Mei 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada 30 Mei 2020.
- ^ Perkara 66, Perenggan 1, Perlembagaan Persekutuan.
- ^ Perkara 44, ibid.
- ^ Perkara 55, Perenggan 1, ibid.
- ^ Perkara 55, Perenggan 3, ibid.
- ^ Perkara 55, Perenggan 2, ibid.
- ^ Perkara 40, ibid.
- ^ Perkara 43, Perenggan 2 (a), ibid.
- ^ Perkara 43, Perenggan 2 (b), ibid.
- ^ Perkara 63 Perenggan 1-3, ibid.
- ^ Perkara 63, Perenggan 4, ibid.
- ^ Perkara 63, Perenggan 5, ibid.
- ^ Perkara 66, Perenggan 5, ibid,
- ^ Perkara 67, Perenggan 1, ibid.
- ^ Perkara 113, Perenggan 2, ibid.
- ^ Perkara 47, ibid.
- ^ Perkara 47 (b), ibid.
- ^ Perkara 48, Perenggan 1(a), ibid.
- ^ Perkara 48, Perenggan 1(b), ibid.
- ^ Perkara 48, Perenggan 1(c), ibid.
- ^ Perkara 48, Perenggan 1(d), ibid.
- ^ Perkara 48, Perenggan 1(e), ibid.
- ^ Perkara 49, ibid.
- ^ Perkara 59, Perenggan 1, ibid.
- ^ Jadual Ke-6, Perkara 2, ibid.
- ^ Perkara 48, Perenggan 1, ibid.
- ^ Perkara 57, Perenggan 1, ibid.
- ^ a b c Koh, Aun Qi (15 Mei 2018). "Discrepancies in media reports of GE14 popular vote". Malaysiakini. Dicapai pada 15 Mei 2018.
- ^ "Dashboard PRU 14". Pilihan Raya Umum Malaysia 14. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ Perkara 116, ibid.
- ^ Perkara 46, ibid.
- ^ Perkara 114, ibid.
- ^ Perkara 13, Perenggan 1 Diarkibkan 2008-03-12 di Wayback Machine, Akta Pilihan Raya 1958.
- ^ "PKR president poised to make history as first woman Opposition Leader" Diarkibkan 2011-05-21 di Wayback Machine, The Star, 20 Mac 2008. Dicapai pada 21-03-2008.
- ^ Perkara 54, Perenggan 1, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.