Perlembagaan
Sebahagian rencana ini mengandungi kandungan menggunakan bahasa yang terlalu mengikuti baku negara tertentu hasil pengambilan semula sumber ditulis dari negara sedemikian sebagai asasnya. Anda diminta sunting semula kandungan rencana ini agar istilah dipakai seimbang dan selaras serta jelas difahami umum dalam kalangan pembaca negara-negara Nusantara lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan serta Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia juga disediakan untuk pemeriksaan silang. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Perlembagaan atau konstitusi sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuk, struktur atau tata, kegiatan, sifat dan peraturannya yang utama. Ia digubal dalam bentuk undang-undang penting, yang biasanya dikeluarkan oleh seorang penguasa (baik seorang raja, maharaja atau sultan) lalu digunakan secara meluas dalam penggubalan undang-undang berkanun - undang-undang jenis ini adakalanya digubah mengikut kerelevanan dengan ketua agama (misalnya seorang Paus sepertimana yang lazim di kerajaan-kerajaan Dunia Kristian).
Organisasi-organisasi yang biasanya menggunakan konsep ini termasuklah:
- Kerajaan-kerajaan dan badan-badan kerajaan
- Persatuan-persatuan sukarela
- Kesatuan sekerja
- Parti-parti politik
- Syarikat-syarikat
Sesebuah organisasi mungkin diberi kuasa tertentu dengan syarat ia mematuhi perlembagaan atau piagam yang terhad (charter limitation). Terma Latin ultra viresmerujuk kepada segala aktiviti yang terkeluar dari skop aktiviti yang dibenarkan oleh perlembagaan organisasi tersebut. Contohnya, sebuah kesatuan pelajar mungkin ditegah dari terlibat dengan aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal ehwal pelajar. Sekiranya kesatuan ini masih melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan pelajar, aktivitinya boleh dianggap sebagai 'ultra vires'. Satu contoh lagi ialah undang-undang negeri. Jika perlembagaan negara menetapkan bahawa kerajaan negeri tidak berkuasa atas hal-hal perbankan, sebarang undang-undang negeri yang melibatkan bank boleh dianggap sebagai termansuh atau "ultra vires" oleh Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Perlembagaan.
PeristilahanSunting
Perkataan "perlembagaan" yang lazim dipakai dalam baku Malaysia datangnya daripada pengimbuhan lembaga - ia mula dipakai dalam tujuan rasmi melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perkataan konstitusi yang lazim di baku Indonesia pula merupakan kata pinjaman melalui pembelandaan istilah akar bahasa Latin constitutio.
Terdapat juga duluan lain kepada pengungkapan konsep dokumen asas dan tataperintah negara - misalnya:
- "undang-undang tubuh", dipakai untuk dokumen utama kerajaan Johor digubal tahun 1895[1] semasa kerajaan tersebut menjalani pemodenan tatanegara di bawah pemerintahan Maharaja Abu Bakar.
- "undang-undang dasar", sepertimana yang dipakai untuk dokumen asas rasmi pemerintahan Republik Indonesia digubal tahun 1945 selepas ia merdeka dari Belanda
PemahamanSunting
Konstitusi / UUD dapat diartikan peraturan dasar yang memuat ketentuan – ketentuan pokok dan menjadi satu sumber perundangan. Ia keseluruhannya difahamkan sebagai peraturan baik yang tertulis mahupun tidak tertulis yang mengatur secara mengikat cara suatu pemerintahan diselenggarakan dalam suatu masyarakat negara
* Pengertian konstitusi menurut para ahli
;# K. C. Wheare, konstitusi adalah keseluruhan sistem ketatanegaraaan suatu negara yang berupa kumpulan peraturan yang membentuk mengatur /memerintah dalam pemerintahan suatu negara.
;# Herman Heller, konstitusi mempunyai arti luas daripada UUD. Konstitusi tidak hanya bersifat yuridis tetapi juga sosiologis dan politis.
;# Lasalle, konstitusi adalah hubungan antara kekuasaan yang terdapat di dalam masyarakat seperti golongan yang mempunyai kedudukan nyata di dalam masyarakat, misalnya kepala negara angkatan perang, partai politik, dsb.
;# L.J Van Apeldoorn, konstitusi memuat baik peraturan tertulis maupun peraturan tak tertulis.
;# Koernimanto Soetopawiro, istilah konstitusi berasal dari bahasa latin ''cisme'' yang berarti "bersama dengan" dan ''statute'' yang berarti "membuat sesuatu agar berdiri". Jadi konstitusi berarti menetapkan secara bersama.
Carl Schmitt membagi konstitusi dalam 4 pengertian iaitu
- sebagai kesatuan organisasi yang mencakup hukum dan semua organisasi yang ada di dalam negara.
- sebagai bentuk negara.
- sebagai faktor integrasi.
- sebagai sistem tertutup dari norma hukum yang tertinggi di dalam negara .
Konstitusi dalam arti relatif dibagi menjadi 2 pengertian yaitu konstitusi sebagai tuntutan dari golongan borjuis agar haknya dapat dijamin oleh penguasa dan konstitusi sebagai sebuah konstitusi dalam arti formil (konstitusi dapat berupa tertulis) dan konstitusi dalam arti materiil (konstitusi yang dilihat dari segi isinya).
;;* konstitusi dalam arti positif adalah sebagai sebuah keputusan politik yang tertinggi sehingga mampu mengubah tatanan kehidupan kenegaraan.
;;* konstitusi dalam arti ideal yaitu konstitusi yang memuat adanya jaminan atas hak asasi serta perlindungannya.
RujukanSunting
- ^ Amat Juhari Moain (2009). Sejarah Perancangan Bahasa Melayu di Negeri Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836297914.