Bank

institusi kewangan

Bank (Jawi: بڠك atau بڠک‎) ialah sebuah institusi kewangan yang bertindak utama sebagai sebuah agensi pembayaran untuk para pelanggan menerima, menyimpan, dan meminjam wang[1] di mana untung diperolehi bank secara pembayaran khidmat dan faedah; transaksi atau urus niaga kewangan lain seperti menulis cek, pembayaran bil dan pelaburan turut ditawarkan dalam institusi sebegini.[2]

Bank Negara Liechtenstein
1970

PeristilahanSunting

Kata bank berasal meminjam dari banca dalam bahasa Itali yang terserap dari bahasa Jerman bank bermakna kerusi atau "bangku" kerana pada awalnya peminjam wang di utara Itali biasanya memberikan khidmat urus niaga di tempat awam secara berduduk di atas bangku panjang,[3][4] ia merupakan pekerjaan yang berkesinambungan dari zaman Rom Purba disebutkan sebagai mensarii terbitan kata mensa "meja".[3] Perkataan bangku sendirinya perkataan sewarisan dalam bahasa Melayu meminjam dari bahasa Portugis banco yang menyerap dari akar Jerman ini.[5][6]

SejarahSunting

Zaman dahulukalaSunting

Zaman Maurya di India menyaksikan sistem urus niaga di mana wang ditukar pindah secara pembayaran berwakil melalui perintah dikirim disebutkan sebagai ādeśa (Bahasa Sanskrit: आदेश).[7][8] Pengurusan niaga dan penyimpanan harta di Timur terutamanya di China dari zaman Qin banyak bergantung kepada saudagar-saudagar yang mengeluarkan surat janji sebagai bukti;[9] munculnya institusi kewangan unik yang wujud bersampingan selewat Dinasti Qing iaitu piaohao (Cina Tradisional: 票號, Cina Ringkas: 票号, "bilik surat") milik Shanxi yang menyediakan khidmat tukar dan cukai sesama pihak saudagar dan kerajaan dalam negeri dan qianzhuang (Cina Tradisional: 錢莊, Cina Ringkas: 钱庄, "balai wang") iaitu badan mandiri kecil milik bersama keluarga-keluarga setempat kepada para pedagang asing di pelabuhan.[10]

Zaman Pembaharuan di Eropah merupakan titik mula sistem perbankan moden yang wujud pada hari ini di mana keluarga-keluarga Bardi dan Peruzzi memulakan pejabat urus niaga mereka di Firenze mencawang di banyak kota serata benua itu sepanjang abad ke-14.[11] Bank moden pertama yang diaturkan secara kawalan setempat mula wujud pada 1406 dengan tertubuhnya Banco di San Giorgio di kota Genoa, Itali.[12]

Perkenalan perbankan di NusantaraSunting

Sistem bank moden mula didirikan di Nusantara sejajar dengan kedatangan penjajah Barat ke kepulauan tersebut. Bank pertama didirikan di rantau ini adalah Bank van Courant di Hindia Timur Belanda pada 1746 yang berperanan memberikan pinjaman dengan jaminan emas, perak, perhiasan dan barang-barang berharga lain, ia tutup muflis tahun 1818.[13] Bank swasta yang menggantikan peranan Bank van Courant adalah De Javasche Bank NV (JVB) di Batavia pada tanggal 24 Januari 1828 atas kurniaan Raja Willem I sebagai pemegang utama monopoli pembelian hasil bumi dan penjualan eksport jajahan tersebut.[14] Bank ini diserahkan kepada pihak Indonesia berikutan Konferensi Meja Bundar 1949; ia dimiliknegarakan menjadi Bank Indonesia selepas lulusnya Undang-Undang no 11 Pokok Bank Indonesia 1953.[13] Di sebelah jajahan Empayar British pula, Oriental Bank Corporation yang beribupejabat di Bombay merupakan bank pertama wujud dalam Negeri-Negeri Selat apabila sebuah cawangan ia ditubuhkan di Singapura tahun 1846.[15]

Jenis perkhidmatanSunting

Khidmat-khidmat yang ditawarkan oleh institusi-institusi bank ini yakni perbankan merangkumi banyak tujuan termasuk tujuan awam atau runcit, pelaburan, serta komersial.

KaedahSunting

Perkhidmatan yang dilakukan dalam bank-bank ini boleh dilakukan secara banyak saluran:

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Sullivan, Arthur; Sheffrin, Steven M. (2003). Economics: Principles in action. Upper Saddle River, New Jersey 07458: Prentice Hall. m/s. 250. ISBN 0-13-063085-3.CS1 maint: location (link)
  2. ^ Barone, Adam (21 Mac 2021). "Bank Definition". Investopedia. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  3. ^ a b de Albuquerque, Martim (1855). Notes and Queries. in: George Bell. m/s. 431.
  4. ^ "bank | Origin and meaning of bank by Online Etymology Dictionary". www.etymonline.com.
  5. ^ Rocha, Carlos (11 November 2010). "Etimologia, homonímia e polissemia de banco". Ciberdúvidas da Língua Portuguesa. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  6. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). banco. Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 180.
  7. ^ "Evolution of Payment Systems in India". Reserve Bank of India. 12 December 1998. Dicapai pada 12 January 2015.
  8. ^ Santosh kumar Das (2006). The Economic History of Ancient India. Genesis Publishing. m/s. 174. ISBN 9788130704234.
  9. ^ Wagel, Srinivas (1915). Chinese currency and banking.
  10. ^ Wilson, Craig; Fan Yang (2016). "Shanxi Piaohao and Shanghai Qianzhuang: a comparison of the two main banking systems of nineteenth-century China". Business History. 58 (3): 433–452. doi:10.1080/00076791.2015.1122711.
  11. ^ Hoggson, N. F. (1926) Banking Through the Ages, New York, Dodd, Mead & Company.
  12. ^ Macesich, George (30 June 2000). "Central Banking: The Early Years: Other Early Banks". Issues in Money and Banking. Westport, Connecticut: Praeger Publishers (Greenwood Publishing Group). m/s. 42. doi:10.1336/0275967778. ISBN 978-0-275-96777-2. Dicapai pada 2009-03-12. The first state deposit bank was the Bank of St. George in Genoa, which was established in 1407.
  13. ^ a b "Sejarah BI". Bank Indonesia. 2020. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  14. ^ Penders, C. L. M. (1977). Indonesia Selected Documents on Colonialism and Nationalism, 1930-1942. Queensland: University of Queensland Press.
  15. ^ Drake, Peter J. (2021). "British banks in colonial Malaya". Economic History of Malaya. Institut Asia-Eropah Universiti Malaya.