Hindia Timur Belanda

Hindia Timur Belanda atau Hindia Belanda (Tulisan Jawi: هينديا تيمور بلندا; Belanda: Nederlands-Indië) adalah sebuah tanah jajahan Belanda yang menjadi Indonesia yang moden selepas Perang Dunia Kedua.[4] Berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda telah menyerahkan Melaka Belanda kepada Britain, yang sebelumnya menjadi gabenor Hindia Belanda. Ini telah menyatukan pemerintahan zaman moden kepada negeri Melaka, Malaysia. Hindia Timur Belanda terbentuk dari pemiliknegaraan tanah-tanah jajahan bekas Syarikat Hindia Timur Belanda di bawah pentadbiran negara Belanda pada tahun 1800. Sepanjang abad ke-19, segala jajahan dan penguasaan Belanda di kepulauan ini diperluaskan sehingga mencapai takat terluasnya pada awal abad ke-20.[5] Selepas diduduki oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua, para pejuang kemerdekaan di Hindia Timur ini mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. Selepas itu dan sebagai kesan Revolusi Nasional Indonesia, Belanda akhirnya mengiktiraf kedaulatan Indonesia pada Disember 1949.[6]

Hindia Timur Belanda
هينديا تيمور بلندا
Hindia-Belanda (Indonesia) Nederlands-Indië (Belanda)
1800–1949
Bendera Hindia Timur Belanda
Jata Hindia Timur Belanda
Bendera Jata
Lagu kebangsaan"Wilhelmus" (Belanda)
"'William"
noicon
Peta Hindia Belanda Timur menunjukkan peluasan wilayahnya dari tahun 1800 hingga sebelum pendudukan Jepun pada 1942.
Peta Hindia Belanda Timur menunjukkan peluasan wilayahnya dari tahun 1800 hingga sebelum pendudukan Jepun pada 1942.
StatusTanah jajahan Belanda
Ibu negaraBatavia
Bandar terbesarSoerabaia[1][2]
Bahasa rasmiBelanda
Bahasa yang umum digunakanMelayu (lingua franca)
Jawa
Cina
Bahasa peribumi/asli Indonesia
KerajaanPentadbiran kolonial
Gabenor-Jeneral 
Sejarah 
1603 hingga 1800
• Didirikan
1 Januari 1800
1949
27 Disember 1949
Mata wangGulden Hindia Belanda
Didahului oleh
Diganti oleh
Syarikat Hindia Belanda Timur
Kerajaan Nusantara pra-penjajahan
Negeri-negeri Selat
Penaklukan Hindia Timur Belanda oleh Jepun
Republik Indonesia Serikat
Nugini Belanda
Sekarang sebahagian dari Indonesia,  Malaysia

Lata belakang: Syarikat Hindia Timur Belanda

sunting

Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) telah didirikan pada awal abad ke-17 untuk mengembangkan kepentingan perdagangan Belanda di Asia Tenggara Kelautan. Pada tahun 1700, didirikannya suatu corak tanah jajahan yang berkesan; VOC telah membesar untuk menjadi sebuah negara dalam sebuah negara dan kuasa berpengaruh di nusantara ini. Kaedah pemerintahan tidak langsung bertujuan untuk menghidupkannya; selepas syarikat yang muflis itu telah dibubarkan pada 1 Januari 1800, segala wilayah jajahannya menjadi milik kerajaan Belanda.

Penubuhan empayar Hindia yang berhegemoni

sunting

Pada waktu peralihan dari tahun 1806 hingga 1816, di tengah-tengah Perang Napoleon, pihak British mengambil alih pentadbiran beberapa jajahan Hindia Timur Belanda termasuk Jawa untuk sementara sehingga penguasaan Belanda dapat dipulihkan. Kesan zaman peralihan inilah rakyat Indonesia memandu di sebelah kiri jalan raya. Pada tahun 1824, Perjanjian Inggeris-Belanda menyerahkan penguasaan Belandan di Melaka, Semenanjung Tanah Melayu, dan jajahan-jajahannya di India kepada Great Britain sebagai pertukaran untuk penempatan British di Indonesia, seperti Bengkulu di Sumatra. Kesan penyempadanan antara jajahan Malaya British dan Hindia Timur Belanda kekal sehingga hari ini antara Malaysia dan Indonesia. Ibu kota Hindia Timur Belanda ialah Batavia, kini dikenali sebagai Jakarta, yang kekal sebagai ibu negara Republik Indonesia.

Sepanjang sejarah VOC dan Hindia Timur Belanda, penguasaan Belanda terhadap wilayah-wilayah ini tidak seberapa besar; pada awal abad ke-20 barulah penguasaan Belanda diperluaskan sehingga sempadan Indonesia moden. Walaupun Pulau Jawa dikuasai oleh Belanda selama hampir 350 tahun melalui VOC dan kerajaan Belanda, banyak lagi kawasan yang kekal merdeka pada abad ke-19, termasuk Aceh, Lombok, dan Borneo.[7]

 
Pangeran Diponegoro menyerah kalah General De Kock selepas Perang Jawa pada tahun 1830

.

Seluruh kepulauan ini menghadapi berkali-kali peperangan dan gangguan kerana usaha meluaskan penguasaan Belanda ditentang hebat oleh pelbagai kelompok pribumi Indonesia, cukup untuk melemahkan penguasaan Belanda dan tenteranya.[8] Pada abad ke-17, VOC menggunakan senjata-senjata tercanggih dengan bantuan askar upahan dari suku Bugis (dari Sulawesi) dan suku Ambon (dari Maluku) untuk meluaskan dan melindungi kepentingan perdagangannya di seluruh nusantara. Antara pertempuran paling berpanjangan yang dialami termasuk Perang Padri di Sumatera (1821–38), Perang Jawa (1825–30) yang dilancarkan oleh Pangeran Diponegoro, dan Perang Aceh yang berterusan selama lebih 30 tahun. Walaupun semuanya jatuh kepada tangan Belanda satu demi satu, penduduk Indonesia menggunakan Islam sebagai alat penentangan terhadap Belanda, dan bersama fahaman komunisme dan nasionalisme, digunakan secara meluasnya dan jayanya dalam perjuangan kemerdekaan pada abad ke-20 (lihat Kebangkitan Nasional Indonesia dan Revolusi Nasional Indonesia).[7]

Pergolakan terus merebak di Jawa dan Sumatera sehingga akhir abad ke-19. Dari tahun 1846 hingga 1849, ekspedisi penaklukan Bali menemui kebuntuan. Perang Banjarmasin di Borneo tenggara berkesudahan dengan tewasnya sultan di tangan Belanda. Di Aceh, pemimpin gerila bertungkus-lumus menangkis serangan Belanda dalam konflik yang terpanjang dan terganas dari tahun 1873 sehingga Aceh menyerah kalah pada tahun 1908. Semasa eksploitasi sumber alam Indonesia mejangkaui pulau Jawa, kebanyakan pulau-pulau luarannya berada di bawah penguasaan atau pengaruh kerajaan Belanda secara langsung. Kegiatan lanun di perairan Indonesia membelenggui pihak Belanda sehingga pertengahan abad ke-19.[7]

Semasa pentadbiran Gabenor-Jeneral J.B. van Heutsz (1904–1909), kerajaan penjajah memperluas pemerintahan kolonial ke seluruh Hindia Timur Belanda, dan dengan itu tersedianya asas kepada negara Indonesia masa kini.[9] Pemberontakan warga pribumi tetap meletus meskipun kecil-kecilan, namun akhirnya para pemerintah tempatan hilang kuasa mereka biarpun semakin kaya dan gemilang di bawah pemerintahan Belanda;[10] Sulawesi barat daya diduduki pada tahun 1905–06, diikuti pulau Bali pada tahun 1906-08 menerusi campur tangan Belanda dalam pentadbiran pulau itu, dan akhirnya Semenanjung Kepala Burung (Papua Barat) dikuasai oleh Belanda pada tahun 1920. Liputan wilayah muktamad ini kemudian membentuk seluruh wilayah Republik Indonesia yang diisytiharkan pada 1945, kecuali wilayah Guinea Baru Belanda yang menyertai Indonesia pada 1960-an.

Sejarah ekonomi dan sosial

sunting
 
Para buruh bergaya di tapak pembinaan terowong keretapi di pergunungan (1910).

Percaturan ekonomi Belanda untuk jajahan ini sepanjang abad ke-18 dan ke-19 boleh ditentukan sepanjang tiga zaman yang bertindan, iaitu Rodi Tanaman, Zaman Liberal, dan Zaman Etika. Sepanjang zaman-zaman ini sehingga kemerdekaan Indonesia, kegiatan eksploitasi kekayaan Indonesia menyumbang kepada pengindustrian negara Belanda. Misalnya, kebanyakan tanah pulau Jawa dijadikan kawasan ladang tanaman yang diusahakan oleh petani Jawa, dikumpul oleh orang tengah Cina, lalu dijual ke pasaran luar oleh saudagar Eropah. Sebelum Perang Dunia Kedua, Hindia Timur Belanda merupakan pengeluar kuinina dan lada terbesar di dunia, di samping lebih satu pertiga hasil getah, satu perempat hasil kelapa, dan satu perlima teh, gula, kopi dan minyak di dunia. Tanah Indonesialah yang menjadikan Belanda sebagai salah sebuah kuasa penjajah terbesar di dunia.[7]

Sungguhpun menikmati kenaikan pulangan dari sistem cukai tanah, namun kedudukan kewangan Belanda teruk terjejas oleh perbelanjaan perang Jawa dan Padri. Kehilangan Belgium oleh Belanda pada tahun 1830 mengheret negara Belanda ke kancah kemuflisan, maka bermulanya eksploitasi sumber Indonesia secara bersepadu. Pada tahun 1830, seorang Gabenor-Jeneral baru, Johannes van den Bosch, dilantik untuk mempernilaikan Hindia Timur Belanda. Dasar pertanian paksa kawalan kerajaan diperkenalkan di Jawa dengan gelaran Rodi Tanaman (Dutch: cultuurstelsel); kebanyakan kawasan pulau Jawa menjadi sebuah ladang pertanian Belanda, menjadikannya sebuah jajahan yang lumayan dan mampu diri yang cukup untuk menyelamatkan Belanda dari kemuflisan. Namun demikian, Rodi Tanaman banyak membawa sengsara kepada masyarakat petani Jawa yang menderita akibat kebuluran dan wabak penyakit pada 1840-an.[7]

Keperihan pendapat umum di tanahair Belanda membawa kepada penghapusan unsur keterlaluan Rodi Tanaman oleh pembaharuan agraria pada "Zaman Liberal". Mulai tahun 1870, para pengeluar tidak dipaksa lagi untuk membekalkan tanaman untuk eksport, tetapi Hindia Timur Belanda dibuka kepada perusahaan swasta yang mengembangkan ladang tanaman besar-besaran. Sebagai contoh, pengeluaran gula berganda dari tahun 1870 hingga 1885; tanaman baru seperti teh dan kuinin berkembang, serta pengenalan getah yang menyumbang kepada peningkatan untung secara mendadak untuk pihak Belanda. Namun demikian, ketandusan tanah padi akibat pengenalan tanaman baru itu, serta bilangan penduduk yang naik secara mendadak, khususnya di Jawa, memeritkan lagi kehidupan para penduduk. Kesan perubahannya tidak terhad kepada Jawa atau bidang pertanian; minyak dari Sumatera dan Kalimantan turut menjadi sumber bernilai untuk pengindustrian Eropah. Kepentingan perdagangan Belanda menjangkaui Jawa ke pulau-pulau luaran dengan banyak lagi wilayah yang dikuasai atau didominasi secara langsung oleh kerajaan Belanda pada separuh akhir abad ke-19.[7]

Pada tahun 1898, Jawa diduduki oleh 28 juta orang ditambah 7 juta lagi di pulau-pulau luaran Indonesia.[11]

Pada tahun 1901, pihak Belanda menerima guna Dasar Etika, yang mana kerajaan penjajah betanggungjawab melanjutkan kebajikan penduduk Indonesia dalam sektor kesihatan dan pendidikan, di samping dasar-dasar baru lain seperti rancangan pengairan, transmigrasi, perhubungan, tebatan banjir, pengindustrian, dan perlindungan industri pribumi. Pembaharuan politik meningkatkan autonomi pentadbiran jajahan setempat, justeru itu selangkah berjauhan dari kawalan pusat Belanda, sementara kuasanya juga mencapah dari kerajaan pusat kepada unit-unit pentadbiran tempatan. Sungguhpun lebih progresif berbanding dasar-dasar sebelumnya, namun dasar-dasar kemanusiaannya masih serba kepincangan. Hanya wujudnya sekelompok kecil penduduk tempatan elit yang berpendidikan menengah dan tinggi, sementara kebanyakan besar penduduk Indonesia kekal buta huruf. Sekolah rendah ditubuhkan dan dibuka secara rasmi untuk semua, tetapi pada tahun 1930, hanya 8% daripada semua kanak-kanak berusia sekolah menerima pendidikan. Pengindustrian tidak banyak memanfaatkan kebanyakan orang Indonesia, maka Indonesia kekal sebagai jajahan berasaskan pertanian. Menjelang tahun 1930, wujudnya 17 bandaraya dengan bilangan penduduknya mencecah 50,000 orang, kesemuanya berjumlah 1.87 juta orang penduduk.[10] Namun demikian, pembaharuan pendidikan serta pembaharuan politik secara sederhana melahirkan sekelompok elit warga pribumi yang berpendidikan tinggi, yang menyebarkan gagasan "Indonesia" merdeka dan besatu yang bakal menyatukan semua kelompok pribumi yang berpecah-belah di seluruh Hindia Timur Belanda. Pergerakan kebangkitan nasional Indonesia, sepanjang separuh awal abad ke-20 semakin tahun semakin kukuh, walaupun berdepan dengan penindasan Belanda.[7]

Akhir penjajahan

sunting

Tindakan Jepun menyerang lalu menduduki Indonesia pada Perang Dunia Kedua banyak membawa kemusnahan kepada negeri jajahan Indonesia, kerana pihak Jepun menghapuskan sebanyak mana pengaruh Belanda yang boleh lalu menggantinya dengan pentadbiran mereka sendiri. Walaupun jawatan tertinggi dipegang oleh orang Jepun, namun penahanan semua warga Belanda membuka laluan kepada pribumi Indonesia untuk mengisi kebanyakan jawatan kepimpinan dan pentadbiran. Selepas Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, pemimpin nasionalis Sukarno dan Mohammad Hatta lantas mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia. Namun, mereka terpaksa berjuang untuk empat tahun setengah lagi kerana pihak Belanda cuba mendirikan semula jajahan mereka di sini. Pendudukan semula angkatan Belanda di Indonesia disusuli perjuangan gerila; sehingga majoriti penduduk Indonesia, dan akhirnya pendapat antarabangsa, menyebelahi kemerdekaan Indonesia. Pada Disember 1949, Belanda secara rasminya memperakui kedaulatan Indonesia.

Walaupun begitu, perjanjian pada tahun 1949 tertinggal Guinea Baru Barat yang kekal di bawah naungan Guinea Baru Belanda. Kerajaan Indonesia pimpinan Sukarno mendesak agar wilayah Guinea Baru Barat diserahkan kepada Indonesia. Dari tahun 1961 hingga 1962 berlakunya pertempuran kecil-kecilan, termasuk pertempuran laut yang singkat pada tahun 1962. Amerika Syarikat mendesak Belanda agar menyerahkan Guinea Baru Barat kepada Indonesia pada bulan Ogos mengikut syarat-syarat yang dirundingkan dalam Perjanjian New York. Pada masa yang sama, kerajaan Australia menukar dasarnya untuk menyokong tuntutan Indonesia di Guinea Baru Barat. Hasilnya, Kerajaan menyerahkan wilayah berkenaan kepada pentadbiran sementara UNTEA pada tahun 1962, yang kemudiannya diambil alih oleh kerajaan Indonesia pada bulan Mei 1963. Kini, wilayah berkenaan kekal sebagai sebahagian negara Indonesia, kini dikenali sebagai Papua Barat (dahulunya Irian Jaya).

Nostalgia

sunting
 
Potret keluarga Eropah di Betawi.

Ramai keluarga kolonial yang masih ada serta para pewarisnya kembali ke Belanda selepas kemerdekaan Indonesia atau berkurangnya kehadiran penjajah Belanda mulai 1950-an. Mereka cenderung mengimbau kembali zaman penjajahan dengan perasaan penuh kekuasaan dan prestij yang pernah dimiliki mereka di Hindia Timur Belanda, melalui bahan bacaan seperti buku 1970-an berjudul Tempo Doeloe (Zaman Dahulu), antara bahan-bahan lain yang menjadi laris pada 1970-an dan 1980-an.[12]

Industri perfileman

sunting

Sejumlah 112 filem cereka yang diketahui telah diterbitkan di Hindia Timur Belanda antara 1926 dan pembubaran koloni pada 1949. Wayang gambar terawal, diimport dari luar negara, telah ditayangkan pada lewat 1900,[13] dan menjelang awal 1920an, siri filem import dan cereka telah ditayangkan, dengan nama tempatan.[14] Syarikat Belanda juga menerbitkan filem dokumentari mengenai Hindia akan ditayangkan di Belanda.[15] Laporan pertama penerbitan filem di Hindia Belanda bermula dari 1923, walaupun ia tidak dapat disiapkan.[16] Filem tempatan pertama yang diterbitkan, Loetoeng Kasaroeng, diarahkan oleh L. Heuveldorp dan dikeluarkan pada 31 Disember 1926.[17]

Umumnya filem yang dihasilkan di Hindia Belanda berkait dengan cerita tradisional atau telah diadaptasikan dari karya sedia ada.[18] Filem terawal ialah filem senyap, dengan Karnadi Anemer Bangkong (1930) yang secara umunya dianggap sebagai filem percakapan pertama;[19] filem seterusnya ialah bahasa Belanda, Melayu atau bahasa asli. Semua filem hitam putih.[20] Pakar antropologi visual Amerika Karl G. Heider menulis bahawa semua filem sebelum 1950 adalah hilang.[21] Bagaimanapun, Katalog Film Indonesia yang disusun oleh JB Kristanto merekodkan beberapa filem sebagai antara yang terselamat di dalam arkib Sinematek Indonesia,[22][23] dan Biran menulis bahawa beberapa filem propaganda Jepun telah tersimpan di Perkhidmatan Maklumat Kerajaan Belanda.[24]

Teater yang dimainkan oleh pemain drama seperti Victor Ido (1869-1948) diperembahkan di Schouwburg Weltevreden, yang kini dikenali sebagai Gedung Kesenian Jakarta. Bentuk teater kurang elit, popular dengan orang Eropah dan orang asli, adalah teater perjalanan Indo teater yang dikenali sebagai Komedie Stamboel, yang popular oleh Auguste Mahieu (1865-1903).

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  • Braudel, Fernand, The perspective of the World, vol III in Civilization and Capitalism, 1984
  • Reid, Anthony (1974). The Indonesian National Revolution 1945-1950. Melbourne: Longman Pty Ltd. ISBN 0-582-71046-4. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Ricklefs, M.C. (1991). A Modern History of Indonesia, 2nd edition. MacMillan. m/s. chapters 10–15. ISBN 0-333-57690-X. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan)
  • Vickers, Adrian (2005). A History of Modern Indonesia. Cambridge University Press. ISBN 0-521-54262-6.
  • Witton, Patrick (2003). Indonesia. Melbourne: Lonely Planet. m/s. 23–25. ISBN 1-74059-154-2.

Catatan

sunting
  1. ^ Dick, Howard W. (2002). Surabaya City Of Work: A Socioeconomic History, 1900–2000 (Ohio RIS Southeast Asia Series): Howard Dick: 9780896802216: Amazon.com: Books. amazon.com. ISBN 978-0896802216.
  2. ^ "Page:The New International Encyclopædia 1st ed. v. 18.djvu/816 - Wikisource, the free online library". en.wikisource.org. Dicapai pada 2018-12-27.
  3. ^ Friend (1942), Vickers (2003), Ricklefs (1991), Reid (1974), Taylor (2003)
  4. ^ Empires and Colonies.
  5. ^ Booth, Anne, et al. Indonesian Economic History in the Dutch Colonial Era (1990), Ch 8
  6. ^ Robert Elson, The idea of Indonesia: A history (2008) pp 1-12
  7. ^ a b c d e f g Witton, Patrick (2003). Indonesia. Melbourne: Lonely Planet. m/s. 23–25. ISBN 1-74059-154-2.
  8. ^ Schwarz, A. (1994). A Nation in Waiting: Indonesia in the 1990s. Westview Press. m/s. 3–4. ISBN 1-86373-635-2.
  9. ^ Robert Cribb, "Development policy in the early 20th century", in Jan-Paul Dirkse, Frans Hüsken and Mario Rutten, eds, Development and social welfare: Indonesia’s experiences under the New Order (Leiden: Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde, 1993), pp. 225–245.
  10. ^ a b Reid (1974), p. 1.
  11. ^ Furnivall, J.S. (1939 [reprinted 1967]). Netherlands India: a Study of Plural Economy. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 9. ISBN 0-521-54262-6. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan) Dipetik dalam Vicker, Adrian (2005). A History of Modern Indonesia. Cambridge University Press. m/s. 9. ISBN 0-521-54262-6. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  12. ^ Nieuwenhuys, Robert, (1973) Tempo doeloe : fotografische documenten uit het oude Indie, 1870-1914 [door] E. Breton de Nijs [pseud. of Robert Nieuwenhuys Amsterdam : Querido, ISBN 9021411032 - noting that the era wasnt fixed by any dates - noting the use of Tio, Tek Hong,(2006) Keadaan Jakarta tempo doeloe : sebuah kenangan 1882-1959 Depok : Masup Jakarta ISBN 9792572910
  13. ^ Biran 2009, m/s. 27.
  14. ^ Biran 2009, m/s. 35.
  15. ^ Biran 2009, m/s. 54.
  16. ^ Biran 2009, m/s. 57.
  17. ^ Biran 2009, m/s. 61, 68.
  18. ^ Heider 1991, m/s. 15.
  19. ^ Prayogo 2009, m/s. 14.
  20. ^ Republika 1996, Telah Pergi.
  21. ^ Heider 1991, m/s. 14.
  22. ^ Filmindonesia.or.id, Alang-Alang.
  23. ^ Filmindonesia.or.id, Matjan Berbisik.
  24. ^ Biran 2009, m/s. 351.

Pautan luar

sunting

Koordinat: 2°00′00″S 118°00′00″E / 2.000°S 118.000°E / -2.000; 118.000