Bahasa Cina
Bahasa Cina atau Bahasa Han (Cina Tradisional: 漢語 , Cina Ringkas: 汉语 , pinyin: Hànyǔ; Cina Tradisional: 華語 , Cina Ringkas: 华语 , pinyin: Huáyǔ; atau 中文 , pinyin: Zhōngwén) merupakan bahasa bangsa Han yang membentuk sebahagian keluarga bahasa Sino-Tibet. Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda.
Bahasa Cina | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
漢語 Hànyǔ, 中文 Zhōngwén | |||||||||
Asli kepada | China (RRC), (Tanah Besar China, Hong Kong Macau), Republik Chinac (Taiwan dan berhampiran kepulauan), Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Pulau Krismas, juga bahagian Jepun, Korea Utara, Korea Selatan, Filipina dan komuniti Cina lain sekitar dunia | ||||||||
Kawasan | (majoriti): Timur Asia & bahagian Selatan Asia (minoriti): Komuniti Cina di Barat Asia, Amerikas, Afrika, Eropah dan Pasifik | ||||||||
Penutur bahasa | lebih dari 1.3 bilion | ||||||||
Sino-Tibet
| |||||||||
Aksara Cina | |||||||||
Status rasmi | |||||||||
Bahasa rasmi di | RRC, RC, Singapura, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Shanghai, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara | ||||||||
Dikawal selia oleh | Di RRC: pelbagai agensi(dalam Cina) Di RC: Promosi Majlis Mandarin Di Singapura: Majlis Galakan Mandarin/Kempen Tutur Mandarin [1] Di Malaysia: Majlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia | ||||||||
Kod bahasa | |||||||||
ISO 639-1 | zh | ||||||||
ISO 639-2 | chi (B) zho (T) | ||||||||
ISO 639-3 | Pelbagai:cdo – Min Dongcjy – Jinyucmn – Mandarincpx – Pu Xianczh – Huizhouczo – Min Zhongdng – Dungangan – Ganhak – Hakkahsn – Xiangmnp – Min Beinan – Min Nanwuu – Wuyue – Kantonis | ||||||||
Peta lapangan penutur Cina.
Kawasan dengan penutur ibunda majoriti.
Kawasan di mana bahasa Cina merupakan bahasa rasmi atau pengantar pendidikan, tetapi bukan ibunda.
Kawasan dengan penutur minoriti ketara. |
Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina bersifat sebutan ton dan analitik. Namun, bahasa ini ada keistimewaannya kerana kepelbagaian dalamannya yang meluas. Variasi mengikut kawasan di antara variasi atau "dialek" yang berbeza boleh dibandingkan kepada keluarga bahasa Romance (keturunan bahasa Latin); kebanyakan variasi bahasa Cina ditutur cukup banyak kelainannya sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain. Terdapat di antara 6–12 kumpulan kawasan yang utama (bergantung kepada skema klasifikasi), yang mana bahasa Mandarin, Wu (Shanghai) dan Kantonis (Guangdong) paling ramai penuturnya. Pengenalpastian variasi-variasi bahasa Cina ini sebagai "bahasa" atau "dialek" menimbulkan pertikaian.
Sebutan bahasa Cina yang baku berasaskan dialek Beijing, daripada golongan Bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin Baku merupakan bahasa rasmi Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan, serta salah satu bahasa rasmi Singapura (bersama bahasa Inggeris, Melayu, dan Tamil). Bahasa Cina—secara tepatnya, bahasa Mandarin baku—merupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (bersama bahasa Inggeris, Arab, Perancis, Rusia, dan Sepanyol). Bahasa Cina yang ditutur dalam bentuk dialek Kantonis pula merupakan bahasa rasmi Hong Kong (bersama bahasa Inggeris) dan Macau (bersama bahasa Portugal).
Sejarah 历史
suntingKebanyakan pakar linguistik menggolongkan kesemua variasi bahasa Cina sebagai sebahagian famili bahasa Sino-Tibet, dan turut percaya bahawa terdapat satu bahasa kuno yang digelar Proto-Sino-Tibet, yang agak serupa dengan bahasa Proto-Indo-Eropah, daripada mana turunnya bahasa Sinitik dan Tibet-Burma. Hubungan antara Bahasa Cina dan bahasa Sino-Tibet yang lain merupakan satu kawasan kajian yang giat dijalankan, serta landasan percubaan membina semula bahasa Proto-Sino-Tibet. Kesukaran pertama dalam usaha ini adalah, apabila terdapat dokumentasi baik yang membolehkan kita untuk membina semula bunyi sebutan kuno bahasa Cina, namun tiadanya dokumentasi bertulis pembahagian antara bahasa Proto-Sino-Tibet dan Cina. Malah, kebanyakan bahasa yang membolehkan pembinaan semula Proto-Sino-Tibet agak kurang didokumentasi atau sukar difahami.
Penggolongan perkembangan Bahasa Cina adalah subjek pembahasan yang akademik. Salah satu sistem pemahaman mengenai perkembangan bahasa Cina pertama direka oleh pakar linguistik Sweden, Bernhard Karlgren pada awal abad ke-20. Sistem ini banyak menerima kajian semula, tetapi itupun sering banyak bergantung kepada pandangan dan kaedah Karlgren.
Bahasa Cina Lama (atau Kuno) (Cina Tradisional: 上古漢語 , Cina Ringkas: 上古汉语 , pinyin: Shànggǔ Hànyǔ), merupakan bahasa yang kerap ditutur ketika zaman awal dan pertengahan Dinasti Zhou (1122 SM - 256 SM), yang mana penulisannya mengandungi catatan-catatan pada artifak gangsa, termasuk puisi Shijing, sejarah Shujing, dan sebahagian falsafah Yijing (I Ching). Elemen-elemen sebutan yang terdapat dalam kebanyakan aksara Cina itu juga menyumbangkan bayangan kepada sebutan Cina kunonya. Sebutan perkataan pinjaman bahasa Cina dalam bahasa-bahasa Jepun, Vietnam dan Korea, juga menyumbangkan pemandangan yang berharga. Bahasa Cina Lama mengandungi sistem bunyi yang kaya dengan penggunaan aspirasi yang membezakan konsonannya, namun barangkali tidak mempunyai sistem ton. Kerja-kerja membina semuka Bahasa Cina Lama dimulakan dengan pakar falsafah Dinasti Qing.
Bahasa Cina Pertengahan (Cina Tradisional: 中古漢語 , Cina Ringkas: 中古汉语 , pinyin: Zhōnggǔ Hànyǔ) merupakan bahasa yang dipakai sewaktu Dinasti-dinasti Sui, Tang, dan Song dynasties (abad-abad ke-7 hingga ke-10 TM). Bahasa Cina Pertengahan boleh dibahagikan kepada zaman awal yang digambarkan oleh jadual rima 切韻 'Qieyun' (601 AD), dan zaman akhir pada abad ke-10 yang diwakili jadual rima 廣韻 'Guangyun'. Pakar linguistik amat yakin bahawa mereka dapat memperoleh binaan semula bunyi sebutan Bahasa Cina Pertengahan. Bukti bagi mengenal pasti bentuk sebutan Bahasa Cina Pertengahan diperoleh daripada beberapa sumber: variasi dialek moden, kamus berima, transliterasi (terjemahan bunyi) tulisan bahasa asing, "jadual berima" yang dibina oleh pakar bahasa Cina kuno untuk meringkaskan sistem fonetik, dan terjemahan fonetik Cina bagi perkataan asing. Sungguhpun begitu, segala binaan semula adalah tanggapan awal semata-mata; contohnya, para pengkaji telah menunjukkan bahawa cubaan membina semula bahasa Kantonis moden daripada rima-rima Cantopop moden boleh meninggalkan gambaran yang tidak tepat mengenai bahasa itu.
Perkembangan bahasa Cina yang ditutur sejak zaman purba hingga masa kini amat rumit. Kebanyakan orang China utara, di wilayah Sichuan dan di kawasan luas yang meliputi Manchuria di timur laut hingga wilayah Yunnan di barat daya, menggunakan pelbagai dialek Mandarin sebagai bahasa ibunda. Meluasnya penggunaan bahasa Mandarin di seluruh China utara terutamanya kesan daripada keluasan tanah pamah di China utara. Sebaliknya, gunung-ganang dan sungai-sungai China selatan mendorong kepada kepelbagaian bahasa. Kemunculan bahasa Mandarin di Sichuan banyak disebabkan sesuatu wabak penyakit pada abad ke-12. Wabak ini, yang mungkin mempunyai kaitan dengan Black Death di Eropah, menyebabkan turunnya pendudukan di kawasan ini, menyebabkan kedatangan orang dari China utara.
Sehingga pertengahan abad ke-20, kebanyakan warga China selatan tidak fasih berbahasa Mandarin. Bagaimanapun, sungguhpun adanya campuran para pegawai dan rakyat jelata yang petah dalam pelbagai dialek Cina, bahasa Mandarin Nanjing menjadi bahasa utama sekurang-kurangnya sewaktu Dinasti Qing yang memakai bahasa Manchu sebagai bahasa rasmi. Sejak abad ke-17, Dinasti Qing telah menyediakan akademi sebutan tepat (Cina Tradisional: 正音書院 , Cina Ringkas: 正音书院 , pinyin: Zhèngyīn Shūyuàn) untuk memastikan sebutan bahasa mengikut piawaian ibu negara iaitu Beijing, namun kurang berjaya. Sewaktu separuh abad terakhir Dinasti Qing pada lewat abad ke-19, Mandarin Beijing akhirnya menggantikan Mandarin Nanjing dalam istana diraja. Bagi rakyat umun, walaupun variasi bahasa Mandarin sudah meluas ditutur di China ketika itu, namun tiada wujudnya satu piawaian bagi sebutan bahasa Mandarin. Penutur bukan Mandarin di China selatan masih mengekalkan dialek masing-masing bagi segala aspek kehidupan. Maka penggunaan Bahasa Mandarin Beijing agak terhad.
Keadaan berubah dengan penubuhan sistem pendidikan persekolahan asas pada zaman Republik China dan Republik Rakyat China yang bertujuan menyampaikan pendidikan bahasa Mandarin kepada orang ramai. Kesannya, Bahasa Mandarin kini fasih ditutur oleh kebanyakan penduduk tanah besar China dan Taiwan. Di Hong Kong, Bahasa Kantonis kekal sebagai bahasa pengantar pendidikan dan pengucapan, tetapi pengaruh Bahasa Mandarin semakin kuat.
Bahasa Cina dalam pertuturan 各种方言
suntingTerdapat tujuh golongan bahasa Cina yang paling dikenali, iaitu (menurut saiz populasi penuturnya):
- Mandarin (Cina Tradisional: 官話 , Cina Ringkas: 官话 atau 北方方言 [nama lama])
- Wu (Cina Tradisional: 吳 , Cina Ringkas: 吴 )
- Kantonis (Cina Tradisional: 粵 , Cina Ringkas: 粤 )
- Min (Cina Tradisional: 閩 , Cina Ringkas: 闽 )
- Xiang (湘 )
- Hakka (客家 atau 客 )
- Gan (Cina Tradisional: 贛 , Cina Ringkas: 赣 )
Baru-baru ini, para pengkaji bahasa Cina juga dapat membezakan 3 lagi kumpulan daripada tujuh-tujuh kumpulan tersebut:
- Jin (Cina Tradisional: 晉 , Cina Ringkas: 晋 ) dari Mandarin
- Hui (徽 ) dari Wu
- Ping (Cina Tradisional: 平話 , Cina Ringkas: 平话 ) yang sebahagiannya dari Kantonis
Terdapat juga banyak lagi golongan lebih kecil yang belum diklasifikasi, seperti: dialek Danzhou yang ditutur di Danzhou, Pulau Hainan; Xianghua (乡话), tidak patut dikelirukan dengan Xiang (湘), yang ditutur di Hunan barat; dan Shaozhou Tuhua, yang ditutur di Guangdong utara. Bahasa Dungan yang ditutur di Asia Tengah, amat rapat dengan bahasa Mandarin. Namun, bahasa ini tidak dianggap sebagai dialek Cina kerana ditulis dalam abjad Cyrillic dan ditutur oleh penduduk-penduduk di luar China yang tidak dianggap sebagai orang Cina.
Bahasa Cina dalam penulisan 文体
suntingPerhubungan antara bahasa Cina yang ditutur dan yang ditulis agak rumit, disebabkan kenyataan bahawa semasa variasi-variasi Cina ditutur banyak berevolusi sejak berabad-abad lamanya, bahasa Cina ditulis pula tidak banyak berubah.
Sehingga abad ke-20, kebanyakan penulisan Cina formal adalah dalam bentuk wényán (文言), yang bermaksud bahasa klasik, yang amat berbeza daripada mana-mana dialek Cina dari segi tatabahasa dan perbendaharaan kata, serupa dengan Bahasa Latin yang banyak berbeza daripada bahasa-bahasa Romance moden. sejak peristiwa Gerakan 4 Mei 1919, piawaian formal bagi penulisan bahasa Cina beralih kepada bentuk báihuà (白話/白话), atau Cina Vernakular, yang berdasarkan tatabahasa dan perbendaharaan kata Mandarin, maka dijadikannya sebagai tulisan Cina baku.
Aksara-aksara Cina merupakan aksara logogram berbentuk pembayang/maksud yang tidak tertakluk kepada sebutan perkataan. Maka, walaupun nombor satu disebut "yi" dalam Bahasa Mandarin, "yat" dalam Bahasa Kantonis dan "tsit" dalam Bahasa Hokkien, ketiga-tiga sebutan itu berasal daripada sepatah perkataan Cina kuno dan masih berkongsi satu aksara yang sama ("一"). Sungguhpun demikian, daftar ejaan dialek-dialek Cina tidak seiras sepenuhnya dan banyak ketara perbezaannya. Tambahan pula, perbendaharaan kata dalam penulisan banyak dikongsi antara semua dialek, tetapi perbendaharaan kata pertuturan pula ada perbezaannya. Penulisan Cina mengikut pertuturan lazimnya melibatkan "aksara-aksara khusus dialek" yang mungkin tidak dapat difahami di dialek-dialek lain atau aksara-aksara yang dianggap kuno untuk penulisan Cina moden.
Bahasa Kantonis unik di kalangan dialek selain Mandarin dengan adanya standard penulisan berasaskan sebutan yang lusa dipakai, merangkumi sebilangan besar aksara tidak rasmi bagi perkataan yang khusus untuk variasi bahasa Cina ini. Sebaliknya, dialek-dialek lain tidak ada standard alternatif yang meluas sebegini. Penulisan dialek Kantonis berasaskan pertuturan biasa luas digunakan dalam ruang sembang dan khidmat penghantaran mesej segera oleh pengguna Internet Hong Kong, tetapi bagi komunikasi bertulis yang formal penutur bahasa ini masih memakai tulisan Cina baku.
Di wilayah Hunan, adanya sebilangan wanita yang menulis bahasa mereka dalam tulisan Nü Shu, sejenis tulisan syllabary berhuruf bunyi suku kata (sejenis dengan kana bahasa Jepun) yang dibentuk daripada aksara Cina. Bahasa Dungan yang dianggap variasi bahasa Mandarin, ditulis dalam abjad Cyrillic (yang dipakai dalam penulisan Bahasa Russia), memandangkan kaum Dungan tinggal di luar China.
Aksara Cina 汉字
suntingPenulisan Bahasa Cina menggunakan aksara Cina (漢字/汉字 Pinyin: hànzì), yang berbentuk logogram: setiap 'huruf'nya melambangkan suatu morfim (seunit dalam bahasa yang mempunyai maksud).
Bukan sahaja sebagai piktograf (gambaran yang membawa maksud), bahkan juga aksara Cina banyak membawa maksud abstrak. Hanya beberapa aksara yang dibentuk daripada piktograf. Pada tahun 100 Masihi, ilmuwan masyhur bernama Xushen sewaktu zaman Dinasti Han menggolongkan aksara-aksara kepada 6 jenis, cuma 4% daripadanya berbentuk piktograf, dan 82% yang lain sebagai gabungan fonetik yang terdiri daripada unsur radikal yang membayangkan maksud, serta unsur fonetik yang menunjukkan sebutan bagi aksara tersebut.
Semua aksara moden berasal daripada bentuk kaligrafi Kaishu. Terdapat dua piawaian bagi aksara Cina, iaitu: aksara Cina tradisional, yang digunakan di Hong Kong, Taiwan, dan Macau; dan aksara Cina diringkaskan yang mula digunakan sejak 1950-an di Tanah Besar China. Sistem aksara ringkas mengurangkan bilangan lejang (atau strok) bagi penulisan aksara serta mengurangkan bilangan aksara yang sama makna. Singapura yang majoriti penduduknya bangsa Cina, merupakan satu-satunya negara asing yang mengiktiraf dan merasmikan penggunaan aksara yang diringkaskan. Kaum Cina di Malaysia juga menggunakan aksara Cina diringkaskan dalam pendidikan sekolah rendah jenis kebangsaan cina dan sekolah menengah persendirian yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Kegiatan penerbitan bahasa Cina di Malaysia juga mengutamakan aksara Cina diringkaskan .
Pelbagai gaya penulisan dipamerkan dalam seni kaligrafi Cina, merangkumi skrip cop mohor (篆書, zhuanshu), skrip rumput atau tulisan cepat (草書, caoshu), skrip rasmi (隸書, lishu) dan skrip standard (楷書, kaishu). Artis kaligrafi boleh menulis dalam bentuk aksara tradisional atau diringkaskan, tetapi mereka agak menjurus kepada bentuk tradisional bagi seni tradisi lama.
Seperti abjad Rumi, terdapat pelbagai mukataip yang wujud untuk pencetakan bahasa Cina, yang mana sebilangan besarnya banyak berteraskan gaya-gaya artis individu atau sekolah-sekolah kaligrafi.
Tidak adanya catatan kukuh yang menceritakan asal-usul aksara Cina. Menurut lagenda, Cangjie, seorang bangsawan kepada maharaja Huangdi sekitar 2600 SM, mencipta aksara Cina. Tetapi, bukti arkeologi, terutamanya catatan-catatan nujum yang dijumpai sekitar abad ke-19-ke-20, cuma menjejaki asal-usul aksara Cina sehingga zaman Dinasti Shang pada 1700 SM.
Kebanyakan catatan tulang nujum yang dijumpai di Yinxu berasal daripada Dinasti Shang, dan terdapat juga catatan asalan Dinasti Zhou. Bentuk aksara Cina dalam catatan-catatan tersebut berubah dengan ketara dalam tempoh 200-300 tahun, dan para guru menjejaki masa catatan-catatan Shang kepada pemerintahnya melalui kandungannya, khususnya daripada nama pendeta yang menulis pada artifak-artifak cangkerang atau tulang haiwan.
Pada masa yang sama dengan akhir zaman Dinasti Shang dan Zhou Barat, terdapatnya catatan gangsa. Sepanjang abad yang lalu, banyak artifak gangsa ditemui di China. Artifak-artifak itu mengandungi teks berebntuk dedikasi yang dicatat oleh bangsawan Zhou, yang mana aksara-aksaranya menonjolkan persamaan dan pengubahsuaian berbanding dengan catatan nujum yang dibincangkan di atas.
Adalah dikatakan bahawa sewaktu zaman pemerintahan Raja Zhou Xuan (宣王 827-782 SM), bentuk aksara ditulis dikaji semula, maka dijadikannya bentuk tulisan yang bergelar skrip cop mohor besar atau dazhuan (大篆).
Tatabahasa 汉语语法
suntingSecara amnya, kesemua variasi bahasa Cina ditutur merupakan bahasa berisolasi, yang mana variasi-variasi tersebut bergantung kepada tatabahasa (susun kata dan struktur ayat) dan bukannya morfologi (perubahan dalam bentuk perkataan melalui perubahan bunyi). Oleh itu, variasi-variasi tersebut banyak menggunakan partikel tatabahasa untuk melambangkan aspek dan penghayatan tatabahasa.
Bahasa Cina menampilkan susun kata Subjek-Kerja-Objek, dan seperti kebanyakan bahasa-bahasa Asia Timur yang lain, kerap membina ayat melalui binaan topik-komen. Sungguhpun Bahasa Cina tidak ada jantina tatabahasa, namun adanya sistem penjodoh bilangan yang menyeluruh, satu lagi ciri-ciri yang juga ada pada bahasa negara jiran (tetapi tidak tergolong dalam famili bahasa yang sama) seperti Bahasa Jepun dan Korea. Lihat penjodoh bilangan bahasa Cina bagi liputan menyeluruh perihal ini.
Satu lagi ciri-ciri tatabahasa lain yang dikongsi semua variasi bahasa Cina ditutur merangkumi penggunaan binaan kat kerja serial, pengguguran kata ganti nama (dan pengguguran subjek), serta penekanan kepada aspek berbanding tensa tatabahasa.
Walaupun tatabahasa pelbagai dialek Cina berkongsi banyak ciri-ciri, namun tidak kurangnya perbezaan di antaranya. Lihat tatabahasa Cina bagi merujuk kepada tatabahasa Mandarin Baku, serta artikel-artikel dialek Cina yang lain bagi tatabahasa masing-masing.
Rujukan 参见
sunting- DeFrancis, John (1984) "The Chinese Language: Fact and Fantasy", University of Hawaii Press, ISBN 0-8248-1068-6
- Hannas, William C. (1997) "Asia's Orthographic Dilemma", University of Hawaii Press, ISBN 0-8248-1892-X
- Norman, Jerry (1988) "Chinese", Cambridge University Press, ISBN 0-521-29653-6
- Ramsey, S. Robert (1987) "The Languages of China", Princeton University Press, ISBN 0-691-01468-X
Pautan Luar 外部链接
suntingWikipedia Bahasa Cina, ensiklopedia bebas |
Kamus 词典
sunting- Kamus Melayu Cina mempunyai versi atas talian, perisan dan Android
- Notaris Indonesia
- Free Online Chinese - English Dictionary 1,000,000 perkataan bahasa Inggeris dan Cina
- websaru English Chinese dictionary free online dictionary
- Zhongwen.com: kamus Cina ke Inggeris dan sumber-sumber lain yang dipaparkan dalam bahasa inggeris; pencarian dalam makna bahasa inggeris; teks Cina dipaparkan dalam bentuk grafik (contohnya tidak memerlukan font Cina)
- MDBG free online Chinese-English dictionary
- Chinese Characters Dictionary: supports Japanese, Korean, Cantonese, Hakka etc.
- Kamus bahasa Cina/bahasa Indonesia
- Chinese - English Dictionary: from Webster's Online Dictionary - the Rosetta Edition
- Chinese - French Dictionary search Chinese, pinyin or French, 30 000 words
- CEDICT Chinese-English Dictionary Project
- Chinese dictionary Diarkibkan 2006-01-03 di Wayback Machine Free Chinese-English-Chinese dictionary
- Stardict free (GPL) multilanguage dictionary including simplified/traditional Chinese for Unix (Linux, FreeBSD, etc.) and win32
- English-Chinese Translation Dictionary: Chinese-English-Chinese Online Dictionary (Taiwan-based; simplified characters not recognised)
- CantoDict: Cantonese-English Dictionary Project
- chinese english interactive dictionary search chinese, pinyin or english
Sumber pelajaran bahasa Cina
sunting- Chinese Forums:Discussion of Chinese language and culture with some very knowledgable participants, mostly intermediate or advanced learners of Chinese but also many native speakers / overseas Chinese.
- Learn Chinese Language Diarkibkan 2011-05-13 di Wayback Machine Free Chinese Lessons.
- Chinese Language Information Page A collection of Chinese language learning resources.
- Mandarin Tone Drill Testing your knowledge of Mandarin tones.
- Pinyin Practice Pinyin practice for Mandarin learners in all levels
Sumber Pengetahuan Bahasa Cina Am
sunting- Shanghainese (a Wu Chinese dialect) Diarkibkan 2005-12-28 di Wayback Machine: a project to introduce and promote the Shanghai dialect. In the works.
- Chinese Linguistics Diarkibkan 2005-02-12 di Wayback Machine: Sites on Chinese linguistics
- Sinolect: An introduction and observation to Wu Chinese
- Wu-Chinese.org (江南雅音话吴语) Diarkibkan 2005-08-04 di Wayback Machine: Introduction, statistical data, vocal records, dialectmaps and literature datum of Wu Chinese
- Satellite Tv Programmes in Shanghai(卫星电视节目): You can find dozens of Satellite Tv Programmes in Shanghai
- Easy Mandarin: An online community with many learning aids for download.
- Listing of Chinese dialects in Ethnologue
- Chinese translation: The Best Approach for Chinese into English Translation! (article)
- Learn and listen to useful expressions in Chinese Each expression is presented with an audio recording and an illustration
- Chinese Tools Tools for the chinese language, annotation, converters, dictionaries, on-line courses, etc.
Perisian Komputer Bahasa Cina
sunting- SCIM input method platform Diarkibkan 2011-03-19 di Wayback Machine Free (GPL) tool for Chinese input via computer. SCIM supports almost all existing Chinese input methods, as well as other languages.
- Chinese input editor Allows you to write Chinese on your computer without installing any software
- Software for Chinese Learning and Research Provides software for Chinese studies like Chinese Article Evaluation, on-line Yuan Opera Information Sytem, and reviews open-source software for Chinese learning.
Lain-lain
sunting- What’s in a name? In Taiwan, group says a new word is needed for Jews oleh Dan Bloom, diterbitkan oleh Jewish Telegraphic Agency, August 26, 2005