Bahasa Jepun

bahasa

Bahasa Jepun (日本語, Nihon-go) ialah bahasa rasmi negara Jepun dan dituturi 125 juta orang.

Bahasa Jepun
日本語 Nihongo
Nihongo.svg
Asli kepada(Majoriti):Jepun, Filipina, Kepulauan Ryuku dan Palau, (Bahasa minoriti yang dituturkan):Amerika Syarikat (Terutama di Kalifornia dan Hawaii), Guam, Kepulauan Marshall, Taiwan, Peru dan Brazil
Penutur bahasa
127 juta [1]
Japonik
  • Bahasa Jepun
Lolograf Jepun dan suku kata
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Angaur (Palau)
De facto di Jepun
Dikawal selia olehTiada
Kerajaan Jepun memainkan peranan penting
Kod bahasa
ISO 639-1ja
ISO 639-2jpn
ISO 639-3
jpn

Bahasa Jepun juga digunakan oleh sebilangan rakyat dari negara yang pernah ditaklukinya seperti Korea dan Taiwan. Ia juga dituturi di Amerika Syarikat (California dan Hawaii) dan Brazil akibat penghijrahan orang Jepun ke sana. Namun keturunan mereka yang dipanggil nisei (二世, generasi kedua), tidak lagi fasih dalam bahasa tersebut.

Bahasa Jepun terbahagi kepada dua bentuk iaitu Hyoujungo (標準語), pertuturan baku, dan Kyoutsugo (共通語), pertuturan umum. Hyoujungo ialah bentuk yang diajar di sekolah dan digunakan di televisyen dan segala perhubungan rasmi.

Tatabahasa Jepun amat berlainan dengan kebanyakan bahasa lain, kerana ia ialah bahasa Subjek-Objek-Kata kerja iaitu kata kerja selalunya berada di hujung suatu ayat.

TaburanSunting

Bahasa Jepun tidak memiliki sebarang status rasmi di Jepun,[2] tetapi disifatkan sebagai bahasa kebangsaan de facto Jepun.

Bahasa Jepun hampir khususnya ditutur di Jepun, tetapi juga ditutur di luar Jepun. Sebelum dan ketika Perang Dunia Kedua, penduduk tempatan di Kawasan Persemakmuran Bersama Asia Timur Raya seperti China, Korea dan kepulauan Pasifik belajar bahasa ini sebagai bahasa empayar Jepun.[3]

FonologiSunting

KonsonanSunting

Bibir Gigi Gusi Belakang gusi Lelangit Velum Glotis Tidak
bertempat
Sengau m n
Hentian p    b t    d k    g Q
Kibasan ɺ̠
Geseran ɸ s    z h
Afrikat ts
Aproksiman j ɰ
  • Plosif tidak bersuara /p, t, k/ disedut sedikit: kurang berbanding plosif bahasa Inggeris, lebih berbanding plosif bahasa Melayu. Plosif bersuara /b, g/ tidak sentiasa mencapai oklusi penuh, kadang-kadang dihasilkan sebagai frikatif atau anggaran. /g/ dihasilkan sebagai [ŋ] dalam kebanyakan dialek (hanya antara vokal), terutamanya di Jepun timur.
  • /t, d, n/ ialah konsonal apical dan denti-alveolar (maksudnya, hujung lidah menyentuh bahagian belakang gigi atas dan bahagian hadapan permatang alveolar). Sebelum /i/, bunyi-bunyi ini berupa alveolo-palatal; sebelum /u/ pula menjadi alveolar.
  • /s, z/ ialah bunyi laminal alveolar. Sebelum /i/, bunyi-bunyi ini menjadi alveolo-palatal.
  • /r/ (ditranskripsi sebagai ɺ̠) ialah kibasan postalveolar lateral apical postalveolar flap. Konsonan ini serupa dengan r bahasa Korea. Dalam telinga penutur bahasa Melayu, sebutannya seakan-akan antara r yang dikibas /ɾ/ , l, dan d; paling serupa dengan d sebelum /i/  listen ; dan paling serupa dengan l sebelum /o/  listen .
  • Konsonan velar mampat /ɰ/ pokoknya (asasnya) merupakan versi bukan moraik bagi bunyi vokal /ɯ/. Konsonan ini tidak bersamaan dengan IPA [w] kerana disebut dengan pemampatan dan bukan pembulatan lidah.
  • N ialah bunyi nasal moraik, iaitu konsonan sebelum konsonan lain, yang mana konsonan ini menjadi homorganik dengan konsonan seterusnya, tetapi tidak mencapai oklusi sepenuhnya sebelum frikatif atau antara vokal, di mana timbulnya bunyi vokal sengau. Sebagai akhiran perkataan sebelum rehat, konsonan N menjadi konsonan sengau uvular atau bibir, atau vokal sengau.
  • h menjadi [ç] sebelum /i/  listen , dan menjadi [ɸ] sebelum /u/  listen .
  • Q direalisasikan sebagai separuh awal obstruen geminat. Analisis lain yang kurang abstrak lebih gemar menganggap Q sebagai gugusan konsonan geminat yang asas, contoh: /pp/, /tt/, /ss/, dll.

VokalSunting


 

Bahasa Jepun mempunyai 5 bunyi hidup iaitu /a/, /i/, /u/, /e/, dan /o/.

Sebutan vokal bahasa Jepun seakan-akan bahasa Melayu. Contohnya:

  • /a/ seperti "anak"
  • /i/ seperti "ibu"
  • /ɯ/ seperti "urut"
    (tetapi bibir tidak dibulatkan)
  • /e/ seperti "esok"
  • /o/ seperti "obor"

Tulisan bahasa JepunSunting

Tulisan bahasa Jepun berasal daripada tulisan Cina (漢字) yang diperkenalkan pada kurun keempat Masihi. Sebelum itu, orang Jepun tiada sistem tulisan sendiri.

Tulisan Jepun terbahagi kepada tiga:

  • Kanji (漢字) Tulisan Cina yang digunakan pada kebanyakan perkataan Jepun yang diambil aksaranya daripada tulisan Cina. Kira-kira 3000 aksara kanji perlu dipelajari oleh penutur Jepun.
  • Hiragana (ひらがな) tulisan suku kata yang diolah dan dipermudah daripada tulisan kanji oleh golongan wanita bangsawan. Tulisan hiragana digunakan pada perkataan asli Jepun yang tidak terdapat sebarang aksara kanji baginya.
  • Katakana (カタカナ) yang diolah daripada tulisan kanji pada kurun kelapan Masihi oleh sami Buddha. Tulisan katakana digunakan bagi semua perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing kecuali Bahasa Cina.

TatabahasaSunting

Susunan perkataan dalam ayat bahasa Jepun ialah subjek-objek-kerja, SVO. Namun begitu, peraturan syarat susunan ayat yang khusus hanyalah kata kerja perlu diletakkan di akhir ayat, memandangkan bahasa Jepun menggunakan sistem partikel yang menentukan sifat tatabahasa pada suatu perkataan dalam ayat.

Bahasa Jepun tidak menunjukkan sifat majmuk, jantina dan artikel. Misalnya, perkataan hito (人, orang) boleh merujuk kepada satu orang atau banyak orang. Untuk menunjukkan bilangan objek secara jelas, cara-cara di bawah boleh dilakukan:

  • menyebut nilai kuantiti objek;
  • menambah akhiran yang menunjukkan sifat majmuk;
  • penggandaan kata.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Stastistik penutur bahasa Jepun
  2. ^ "法制執務コラム集「法律と国語・日本語」" (dalam bahasa Jepun). Legislative Bureau of the House of Councillors. Dicapai pada 9 November 2012.
  3. ^ Bahasa Jepun ditetapkan sebagai salah satu bahasa-bahasa rasmi di Angaur, Palau (Ethnologe, CIA World Factbook Diarkibkan 2020-05-01 di Wayback Machine). Namun begitu, bancian 2005 menunjukkan bahawa penutur bahasa Jepun adalah tidak banyak.

Pautan luarSunting

  Kategori berkenaan Bahasa Jepun di Wikimedia Commons

Wikipedia Bahasa Jepun, ensiklopedia bebas