Hanyu Pinyin (Cina Ringkas: 汉语拼音; Cina Tradisional: 漢語拼音; pinyin: Hànyǔ Pīnyīn) atau Pinyin merupakan sistem perumian Bahasa Mandarin Baku yang paling kerap digunakan. Hanyu bermaksud "Bahasa Cina", pin bermaksud "eja" manakala yin bermaksud "bunyi". Pinyin juga dikenali sebagai skema huruf fonetik Cina (Cina Ringkas: 汉语拼音方案; Cina Tradisional: 漢語拼音方案; pinyin: Hànyǔ Pīnyīn fāng'àn).

Sistem tulisan Pinyin menggunakan huruf rumi untuk mewakili bunyi-bunyi dalam bahasa Mandarin baku. Cara huruf-huruf ini mewakili bunyi bahasa Mandarin baku berbeza berbanding bahasa lain yang ditulis dalam abjad rumi. Contohnya, bunyi-bunyi yang ditandai dalam pinyin dalam bentuk b dan g lebih dekat menyerupai bunyi-bunyi yang ditandai p dan k dalam kegunaan huruf rumi oleh sestengah bahasa Barat seperti bahasa Perancis. Huruf-huruf lain, seperti q, ü atau zh, menandai bunyi-bunyi yang tidak dapat disamakan kepada mana-mana bunyi bahasa Inggeris atau Melayu dengan tepatnya.

Dengan membolehkan huruf rumi merujuk kepada bunyi tertentu dalam bahasa Cina, pinyin menghasilkan perumian yang padat dan tepat, menjadikannya mudah untuk penutur bahasa Cina sebagai bahasa ibunda serta pengkaji bahasa ini. Namun, kemungkinan besar bahawa seseorang yang belum mengkaji bahasa Cina atau sistem pinyin akan banyak tersalah lafaz perkataan bahasa ini. Masalah ini tidak semendalam begini dengan sistem perumian awal seperti Wade-Giles.

Sejarah sunting

Pinyin dimajukan oleh Zhou Youguang (1905–). [1] Zhou sedang bekerja di sebuah bank di bandaraya New York apabila beliau memutuskan untuk kembali ke China untuk membantu membangkitkan negara selepas perang. Beliau menjadi seorang profesor ekonomi di Shanghai. Kemudian beliau beralih ke bahasa dan penulisan, satu langkah yang banyak melindungi beliau daripada kemarahan Revolusi Kebudayaan Mao Zedong. Pada tahun 1950-an, beliau mula mengembangkan pinyin yang membantu berjuta-juta rakyat China — yang sukar memahami tulisan Cina — belajar membaca dan menulis.

Edisi pertama Hanyu Pinyin diluluskan dan diterima guna pada Sesi Kelima Kongres Rakyat Kebangsaan Pertama pada 11 Februari 1958. Kemudian, pinyin diperkenalkan di sekolah rendah sebagai kaedah mengajar sebutan Bahasa Mandarin Baku, serta digunakan untuk meningkatkan kadar celik huruf di kalangan golongan dewasa. Pada tahun 2001, Kerajaan China mengeluarkan Undang-undang Bahasa Umum Kebangsaan, yang menyediakan asas undang-undang untuk penggunaan pinyin.[2]

Sistem Hanyu Pinyin mengatasi sistem-sistem perumian terdahulu seperti Wade-Giles (1859; diubahsuai 1892) dan Perumian Peta Pos China, dan menggantikan Zhuyin sebagai kaedah panduan fonetik Cina di tanah besar China. Pada tahun 1979, Hanyu Pinyin diterima guna oleh Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO) sebagai perumian piawai untuk bahasa Cina moden (ISO-7098:1991). Pinyin juga diterima oleh Pemerintah Singapura, Pustaka Kongres, Persatuan Perpustakaan Amerika, banyak lagi institusi antarabangsa. Pinyin juga menjadi alat yang berguna untuk menginput teks Cina ke dalam komputer.

Sebutan sunting

Awalan sunting

Dalam setiap sel berikut, baris atas memaparkan IPA, manakala baris bawah memaparkan pinyin.

Bibir Bibir-
gigi
Ko-
artikulasi
Alveolar Retrofleks Alveolo-
lelangit
Lelangit Velum
Plosif [p]
b
[pʰ]
p
[t]
d
[tʰ]
t
[k]
g
[kʰ]
k
Nasal [m]
m
[n]
n
Afrikat [ts]
z
[tsʰ]
c
[ʈʂ]
zh
[ʈʂʰ]
ch
[tɕ]
j
[tɕʰ]
q
Frikatif   [f]
f
[s]
s
[ʂ]
sh
[ʐ] 1
r
[ɕ]
x
[x]
h
Anggaran     [w]2
w
  [ɻ] 1
r
[j] 3
y
Anggaran lateral [l]
l

1 /ɻ/ secara fonetiknya boleh menjadi /ʐ/ (frikatif retrofleks bersuara). Sebutan ini berbeza-beza antara para penuturnya, dan bukannya dua bunyi berasingan.
2 huruf "w" boleh dianggap sebagai awalan atau akhiran, dan disebut sebagai /w/ atau /u/
3 huruf "y" boleh dianggap sebagai awalan atau akhiran, dan disebut sebagai /j/ atau /i/

Susunan biasa (tidak termasuk w dan y), yang dipetik dari sistem Zhuyin, ialah seperti berikut:

b p m f d t n l g k h j q x zh ch sh r z c s

Akhiran sunting

Dalam setiap sel berikut, baris atas memaparkan IPA, baris tengah bagi pinyin dalam keadaan tunggal (tiada awalan), dan baris ketiga untuk pinyin bagi gabungan bersama awalan. Selain akhiran yang dimodifikasi dengan -r, yang tidak dipaparkan dalam jadual berikut, berikut merupakan jadual lengkap segala akhiran yang boleh dibentuk. 1

Adalah mustahak untuk ditunjukkan bahawa cuma ada tiga konsonan akhiran suku kata iaitu dalam bahasa Mandarin baku, iaitu -n dnd -ng, dan -r yang disertakan sebagai akiran nahu. Jika anda terlihat suku kata Cina yang berakhir dengan konsonan selain yang tersebut tadi, sama ada suku kata itu berasal dari bahasa-bahasa selain Mandarin (bahasa Cina selatan seperti bahasa Kantonis, atau bahasa kaum minoriti China), atau sistem rumi selain pinyin digunakan (di mana konsonan akhiran digunakan untuk menandakan nada).

Coda
/i/ /u/ /n/ /ŋ/
Medial [ɨ]

-i
[ɤ]
e
-e
[a]
a
-a
[ei]
ei
-ei
[ai]
ai
-ai
[ou]
ou
-ou
[au]
ao
-ao
[ən]
en
-en
[an]
an
-an
[ʊŋ]

-ong
[əŋ]
eng
-eng
[aŋ]
ang
-ang
/i/ [i]
yi
-i
[ie]
ye
-ie
[ia]
ya
-ia
[iou]
you
-iu
[iau]
yao
-iao
[in]
yin
-in
[iɛn]
yan
-ian
[iʊŋ]
yong
-iong
[iŋ]
ying
-ing
[iaŋ]
yang
-iang
/u/ [u]
wu
-u
[uo]
wo
-uo 3
[ua]
wa
-ua
[uei]
wei
-ui
[uai]
wai
-uai
[uən]
wen
-un
[uan]
wan
-uan
[uəŋ]
weng
 
[uaŋ]
wang
-uang
/y/ [y]
yu
2
[ye]
yue
-üe 2
[yn]
yun
-ün 2
[yɛn]
yuan
-üan 2

1 /ər/ (, , dsb.) ditulis sebagai er. Bagi akhiran lain yang dibentuk dengan -r, pinyin tidak menggunakan daftar eja khusus; seseorang boleh menokok -r pada akhiran yang digabungkan dengannya, tanpa mengendahkan mana-mana perubahan bunyi yang mungkin berlaku dalam proses tersebut. Untuk maklumat dalam perubahan bunyi berkaitan -r akhiran, sila rujuk Bahasa Mandarin Baku.
2 "ü" ditulis sebagai "u" selepas j, q, x, atau y.
3 "uo" ditulis sebagai "o" selepas b, p, m, atau f.

Tambahan pula, ê [ɛ] digunakan untuk mewakili beberapa kata seru.

Nada sunting

 
Perubahan bunyi relatif antara empat nada

Sistem pinyin juga menyertakan simbol suprasegmental untuk mewakili empat nada bahasa Mandarin. Setiap ton ditandai dengan tanda diakritik di atas huruf vokal bukan medial. Kebanyakan buku-buku di China mencampuri fon, dengan vokal bertanda nada dikemukakan dalam fon yang berbeza dengan huruf-huruf lain, suatu amalan yang sering menimbulkan penampilan yang kurang menyenangkan mata bag teks pinyin. Gaya yang barangkali berdasarkan had teknikal awal, telah menyebabkan ramai orang percaya bahawa hukum pinyin mewajibkan amalan ini dan juga penggunaan "ɑ" (tiada lengkuk di atas) sebagai ganti gaya standard huruf "a" yang didapati dalam kebanyakan fon. Bagaimanapun, peraturan rasmi Hanyu Pinyin, tidak mewajibkan amalan sedemikian. Adalah diingatkan bahawa tanda nada juga boleh muncul pada huruf konsonan dalam sesetengah kata seru.

  1. Nada pertama (Nada rata atau tahap tinggi) diwakili makron (ˉ) yang dibubuh pada huruf vokal pinyin:

    ā ē ī ō ū ǖ Ā Ē Ī Ō Ū Ǖ
  2. Nada kedua (Nada Naik atau Naik Tinggi) diwakili tanda akut (ˊ):

    á é í ó ú ǘ Á É Í Ó Ú Ǘ
  3. Nada ketiga (Nada Turun-Naik atau Rendah) diwakili tanda karon/háček ( ˇ ). Ingat, secara rasmi ini bukanlah breve ( ˘ ) yang ketiadaan bucu tajam di bawah, meskipun salah guna ini amat kerap dijumpai di Internet.

    ǎ ě ǐ ǒ ǔ ǚ Ǎ Ě Ǐ Ǒ Ǔ Ǚ
  4. Nada keempat (Nada Turun atau Nada Tinggi-Turun) diwakili tanda grave (ˋ):

    à è ì ò ù ǜ À È Ì Ò Ù Ǜ
  5. Nada kelima atau neutral diwakili huruf vokal normal tanpa apa-apa tanda:

    a e i o u ü A E I O U Ü
(Kadang-kala, ini juga ditulis dengan titik sebelum suku kata; contohnya, ·ma.)

Sungguhpun tanda nada ini biasanya cuma didapati dalam buku teks pembelajaran bahasa Mandarin bagi murid sekolah atau pelajar asing, namun tanda-tanda ini penting untuk sebutan tepat suku kata bahasa Mandarin, seperti dipaparkan contoh klasik berikut bagi lima aksara Cina yang sebutannya berbeza pada nada sahaja:

()()()()(·ma)

Angka sebagai ganti tanda nada sunting

Oleh sebab kebanyakan papan kekunci dan fon komputer tidak mengandungi tanda makron atau karon, penggunaan digit untuk mewakili nada diamalkan pada akhir setiap suku kata. Contohnya, "tóng" (tong dengan nada menaik) ditaip sebagai "tong2".

Digit yang dipakai bagi setiap nada adalah seperti susunan yang dinyatakan di atas (kecuali "nada kelima" yang, selain dinomborkan 5, juga langsung tidak bernombor atau dinomborkan 0, seperti ma0 (吗/嗎, aksara soalan).

Nada Tanda nada Nombor yang dibubuh
pada akhir sukukata
sebagai ganti tanda nada
Contoh menggunakan
tanda nada
Contoh menggunakan
nombor
IPA
Pertama makron ( ˉ ) 1 ma1 mɑ˥˥
Kedua tanda akut ( ˊ ) 2 ma2 mɑ˧˥
Ketiga karon ( ˇ ) 3 ma3 mɑ˨˩˦
Keempat tanda graf ( ˋ ) 4 ma4 mɑ˥˩
"Neutral" atau "Kelima" Tiada tanda atau
titik sebelum suku kata (·)
Tiada nombor
5
0
ma
·ma
ma
ma5
ma0

Hukum kedudukan tanda nada sunting

Peraturan bagi menentukan pada bunyi vokal yang mana tanda nada hendaklah dibubuh adalah seperti berikut:

  1. Jika terdapat lebih daripada satu huruf vokal dan huruf vokal pertama ialah i, u, atau ü, maka tanda nada muncul pada huruf vokal kedua.
  2. Pada kes-kes lain, tanda nada sentiasa muncul pada huruf vokal pertama.

(y dan w tidak dianggap sebagai huruf vokal bagi hukum ini.)

Sebab-sebab di sebalik peraturan ini adalah kes diftong dan triftong, i, u, dan ü (serta kesamaan daftar ejanya y dan w apabila tiadanya konsonan awalan) dianggap sebagai luncuran medial dan bukannya sebahagian nukleus suku kata dalam fonologi bahasa Mandarin. Peraturan ini memastikan bahawa tanda nada sentiasa muncul pada nukleus suku kata.

Satu lagi algoritma bagi menentukan kedudukan tanda nada adalah seperti berikut:

  1. Mula-mula sekali, cari huruf "a" atau "e". Jika mana-mana vokal itu ada, maka vokal itulah yang mengambil tanda nada. Tiada satu sukukata pinyin pun yang mengandungi kedua-dua huruf "a" dan "e".
  2. Jika tiadanya huruf "a" atau "e", cari gugusan "ou". Jika "ou" ada, maka huruf "o" mengambil tanda nada.
  3. Jika kes-kes di atas tidak benar, maka huruf vokal terakhir dalam sukukata mengambil tanda nada.

Cara sebutan dalam konteks bahasa lain sunting

Berikut merupakan cara menyebut bunyi-bunyi dalam pinyin melalui bandingan dengan bunyi-bunyi bahasa Melayu (melainkan dinyatakan sebaliknya, kerana bukan semua bunyi dalam bahasa Mandarin wujud dalam bahasa Melayu).

Sebutan bagi awalan sunting

Pinyin IPA Huraian
b [p] p yang biasa, seperti dalam "patah"
p [pʰ] p yang lebih kuat terkeluar sedikit udara, seperti dalam "pit" (bahasa Inggeris)
m [m] sama seperti dalam bahasa Melayu
f [f] sama seperti dalam bahasa Melayu
d [t] t yang biasa, seperti dalam "tangkap"
t [tʰ] t yang kuat terkeluar sedikit udara, seperti dalam "top" (bahasa Inggeris)
n [n] sama seperti dalam bahasa Melayu
l [l] sama seperti dalam bahasa Melayu
g [k] k yang biasa, seperti dalam "kambing"
k [kʰ] k yang kuat terkeluar sedikit udara, seperti dalam "kill" (bahasa Inggeris)
h [x] lebih kurang seperti kh dalam khidmat, terutamanya jika mengikut sebutan Arab yang mempunyai huruf tersendiri iaitu kha (خ)
j [tɕ] lebih kurang seperti c dalam "Cina"; Untuk memperoleh bunyi ini, mula-mula ambil konsonan c tersebut tadi, kemudian alihkan buni ini perlahan-lahan ke arah belakang lidah sehingga bunyi ini tidak dihasilkan di hujung lidah.
q [tɕʰ] kaedah sama seperti awalan j di atas, tetapi lebih kuat
x [ɕ] lebih kurang seperti sy dalam "syiah" namun jauh dari ledah sepertimana huraian awalan j; amat serupa dengan bunyi akhiran bahasa Jerman "ich", bahasa Portugis "enxada", "luxo", "xícara", "puxa"
zh [ʈʂ] lebih kurang seperti c dalam "campak"; Ambil konsonan ini dan gulungkan lidah ke atas.
ch [ʈʂʰ] kaedah sama seperti awalan zh di atas, tetapi lebih kuat
sh [ʂ] lebih kurang seperti sy dalam syarat, tetapi dengan lidah yang digulung ke atas
r [ʐ] atau [ɻ] serupa dengan huruf r dalam "rank" (bahasa Inggeris), tetapi dengan bibir yang kembang dan lidah digulung ke atas
z [ts] lebih kurang seperti ts dalam "sketsa" yang disebut seolah-olah seperti satu konsonan tunggal
c [tsʰ] sama seperti awalan z, tetapi lebih kuat
s [s] sama seperti dalam bahasa Melayu
w [w] atau [u] boleh dianggap seperti medial atau akhiran, dan disebut sebagai w atau u dalam bahasa Melayu
y [j] atau [i] boleh dianggap seperti medial atau akhiran, dan disebut sebagai y atau i dalam bahasa Melayu

Sebutan bagi akhiran sunting

Berikut adalah senarai penuh akhiran yang wujud dalam bahasa Mandarin Baku.

Untuk mencari akhiran yang diberi:

  1. Gugurkan konsonan awalan. Bagi zh-, ch-, sh-, kedua-dua huruf perlu digugurkan kerana setiap satunya merupakan gugusan dua huruf bagi satu konsonan tunggal.
  2. Meskipun y- dan w- dalah konsonan namun kedua-duanya boleh dianggap sebagai sebahagian daripada akhiran, maka jangan gugurkannya.
    1. Suku kata yang bermula dengan y- dan w- boleh dianggap sebagai bentuk berdikari bagi akhiran "i, u, ü" dan akhiran yang bermula dengan "i-, u-, ü-".
  3. Jika sesuatu suku kata bermula dengan j-, q-, x-, atau y-, dan akhirannya ialah -u atau bermula dengan -u-, maka ubahkan -u atau -u- menjadi -ü atau -ü-.
Pinyin IPA Bentuk akhiran sahaja Huraian
-i [ɹ̩], [ɻ̩] n/a Dipaparkan sebagai "i" selepas: "zh", "ch", "sh", "r", "z", "c" atau "s". Selepas "z", "c" atau "s", bunyinya seperti bunyi "zzz" yang panjang. Selepas "zh", "ch", "sh" atau "r", bunyinya bagaikan bunyi "r" yang panjang dengan lidah bergulung. Dalam sesetengah dialek, sebutannya lebih terbuka sedikit, membolehkan vokal yang kedengaran lebih jelas untuk dikeluarkan (bunyi vokal tinggi di pertengahan mulut, bibir tidak dibulatkan, seperti IPA /ɨ/; sebut 'zzz' dan rendahkan lidah agar bunyi dengungan ini boleh lalu).
a [a] a seperti dalam "abah"
e [ɤ], [ə] e lebih kurang seperti dalam "kena", tetapi bibir ditutup sedikit dan vokal "e" dihasilkan dari belakang mulut; Kebanyakan suku kata yang bernada ringan menggunakan schwa (tepat dengan "e" dalam "kena"), tetapi juga ditulis sebagai "e".)
ai [æi] ai seperti dalam "balai"
ei [ei] ei seperti dalam "esei"
ao [ɑu] ao lebih kurang seperti dalam "kau"; a lebih kuat didengar berbanding o
ou [ou] ou seperti dalam "so" (bahasa Inggeris), gugusan vokal "o" dan "u"
an [æn] an seperti dalam "anda"
en [ən] en seperti dalam "rendah"
ang [ɑŋ] ang lebih kurang seperti dalam "yang", tetapi vokal "a" dihasilkan di belakang lidah
eng [əŋ] eng lebih kurang seperti dalam "sengkang", tetapi bibir ditutup sedikit dan vokal dihasilkan dari belakang mulut
er [ɐɚ] er lebih kurang seperti dalam "sedar" (hanya wujud sendirinya, atau sebagai bahagian hujung akhiran dalam gabungan dengan suku kata lain — lihat bawah senarai)
Akhrian bermula dengan i- (y-)
i [i] yi seperti dalam "iman", kecuali jika didahului "c", "ch", "r", "s", "sh", "z" atau "zh"
ia [ia] ya lebih kurang seperti dalam "kian"
ie [ie] ye gugusan i + ê; tetapi amat pendek; e (disebut seperti ê) disebut lebih panjang dan membawa stres tinggi (seperti dalam "yen")
iao [iɑu] yao gugusan i + ao
iu [iou] you gugusan i + ou
ian [iɛn] yan gugusan i + ê + n; seperti "yen"
in [in] yin seperti dalam "batin"
iang [iɑŋ] yang gugusan i + ang
ing [iəŋ] ying seperti dalam "pening"
Akhiran bermula dengan u- (w-)
u [u] wu seperti dalam "ulat"
ua [ua] wa seperti dalam "luar"
uo, o [uo] wo lebih kurang seperti dalam "kuota"; "o" disebut dengan lebih pendek dan ringan berbanding akhiran "o" tunggal tadi
uai [uæi] wai seperti dalam "tuai"
ui [uei] wei gugusan u + ei; "i" dalam gugusan ini disebut "ei"
uan [uæn] wan seperti dalam "perempuan"
un [uən] wen gugusan u + en
uang [uɑŋ] wang lebih kurang seperti dalam "tuang"
ong [ʊŋ] n/a' lebih kurang seperti dalam "rebung", bagi "u" bibir dibuka sedikit
n/a [uəŋ] weng gugusan u + eng
Awalan bermula dengan ü- (yu-)
ü [y] yu seperti dalam "üben" (bahasa Jerman) atau "lune" (bahasa Perancis); Untuk memperoleh bunyi ini, sebut "i" seperti dalam "ini" dengan bibir dibulatkan)
üe [ye] yue gugusan ü + ê; ü ini hendaklah pendek dan ringan
üan [yɛn] yuan gugusan ü + ê+ n;
ün [yn] yun gugusan ü + n;
iong [iʊŋ] yong gugusan i + ong;
Kata seru
ê [ɛ] (n/a) lebih kurang seperti dalam "berang", tetapi bibir dibuka sedikit. Hanya digunakan dalam sesetengah kata teriakan.
o [ɔ] (n/a) lebih kurang seperti dalam "kuota", tetapi bagi bahagian "o" bibir perlu dibuka sedikit.
io [iɔ] yo lebih kurang seperti dalam "Tioman", tetapi bagi "o" bibir perlu dibuka sedikit. Hanya digunakan dalam beberapa kata seru.
Akhiran yang merupakan gabungan akhiran di atas + akhiran r1
Pinyin IPA Huraian
ar [ɐɚ] seperti ar dalam "art" (bahasa Inggeris Amerika)
er [ɤɚ] gugusan e + r; jangan dikelirukan dengan akhiran er tunggal—bentuk ini hanya wujud dengan adanya awalan sebelumnya
air [ɐɚ] gugusan ar
eir [ɚ] gugusan schwa + r
aor [ɑu˞] gugusan ao + r
our [ou˞] gugusan ou + r
anr [ɐɚ] gugusan ar
enr [ɚ] gugusan schwa + r
angr [ɑ̃ɚ̃] gugusan ang + r, dengan bunyi ng digugurkan dan bunyi vokalnya disengaukan
engr [ɚ̃] gugusan eng + r, dengan bunyi ng digugurkan dan bunyi vokalnya disengaukan
ir [iɚ] gugusan i + schwa + r
ir [ɚ] selepas "c", "ch", "r", "s", "sh", "z", "zh": gugusan schwa + r.
iar [iɐɚ] gugusan i + ar
ier [iɚ] gugusan ie + r
iaor [iɑu˞] gugusan iao + r
iur [iou˞] gugusan iou + r
ianr [iɐɚ] gugusan i + ar
inr [iɚ] gugusan ir
iangr [iɑ̃ɚ̃] gugusan i + angr
ingr [iɚ̃] gugusan i + engr
ur [u˞] gugusan u + r
uar [uɐɚ] gugusan u + ar
uor, or [uoɚ] gugusan uo + r
uair [uɐɚ] gugusan u + ar
uir [uɚ] gugusan u + schwa + r
uanr [uɐɚ] gugusan u + ar
unr [uɚ] gugusan u + schwa + r
uangr [uɑ̃ɚ̃] gugusan u + angr
ongr [ʊ̃˞] gugusan ong + r, dengan bunyi ng digugurkan dan bunyi vokalnya disengaukan
ür [yɚ] gugusan ü + schwa + r
üer [yɚ] gugusan ue + r
üanr [yɐɚ] gugusan ü + ar
ünr [yɚ] gugusan ü + schwa + r
iongr [iʊ̃˞] gugusan i + ongr

1 Bunyi "r" ini hendaklah digulungkan lidahnya.

Rujukan sunting

  1. ^ Film clip about Zhou Youguang, the "Father of pinyin".
  2. ^ "Hanyu pinyin system turns 50". Straits Times. 2008-02-11.

Pautan luar sunting

Penukar automatik sunting

Lain-lain sunting