Pemerintah Singapura
Pemerintah Singapura[nota 1] (bahasa Inggeris: Government of Singapore ) ditakrifkan Perlembagaan Republik Singapura sebagai badan eksekutif yang memerintah negara ini terdiri daripada Presiden dan Kabinet Singapura; Presiden berperanan hanyalah kecil walaupun mengikut budi bicara sendiri memeriksa tindakan pemerintah negara ini. Kabinet Pemerintahlah sebenarnya yang menguruskan pemerintah dengan pimpinan oleh sebuah Perdana Menteri.
Pemerintah dibentuk oleh parti politik yang mencapai majoriti asas pada pilihan raya umum yang diadakan di negara pulau ini sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun sebagai sebahagian sistem politik Singapura dan didukung oleh Perkhidmatan Awam Singapura. Kerajaan ini sering kali ditarafkan oleh Transparency International sebagai salah sebuah kerajaan yang paling telus secara politik dan yang paling kurang rasuah di dunia,[1] tetapi juga pernah dikritik kerana intimidasi terhadap pengundi [2] dan pencabulan kebebasan bersuara dimiliki rakyat Singapura.[3]
Badan ini dipilih melalui pilihan raya sejak tahun 1959, apabila Singapura mencapai pentadbiran sendiri. Sebelum itu, pemerintah terutamanya sama ada berbentuk pentadbiran penjajah sahaja atau campuran pemerintahan penjajah dan dewan yang separa dipilih, seperti Majlis Perundangan. Parti Tindakan Rakyat membentuk majoriti keanggotaan dalam pemerintah secara berterusan dalam setiap pilihanraya sejak tahun 1959.
Kementerian dalam pemerintah
suntingSetakat Julai 2020, berikut ialah senarai kementerian pemerintah[perlu rujukan]:
- Kementerian Perhubungan dan Penerangan
- Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Ehwal Luar
- Kementerian Kesihatan
- Kementerian Ehwal Dalam Negeri
- Kementerian Undang-undang
- Kementerian Tenaga Manusia
- Kementerian Pembangunan Negara
- Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga
- Kementerian Kemampanan dan Sekitaran
- Kementerian Perdagangan dan Perusahaan
- Kementerian Pengangkutan
- Pejabat Perdana Menteri
Terdapat juga beberapa portfolio bukan kementerian yang dipertanggungjawabkan kepada menteri seperti, Ehwal Masyarakat Islam, Integrasi Khidmat Sosial, Perkhidmatan Awam, Isu-isu Penuaan, Hubungan Perdagangan, Inisiatif Negara Bijak, dan Keselamatan Siber.
Anggota kabinet & pemegang jawatan lain
suntingLihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Nama rasmi digunakan sepertimana pada dokumen rasmi milik badan dalam negara ini, sebagai contoh: "Lembaran Fakta Bon Simpanan Singapura (SSB)" (PDF). Penguasa Kewangan Singapura. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-01-03. Dicapai pada 2019-11-29., media-media dikendalikan di negara Nusantara bukan republik seperti Malaysia sering mengistilah kurang tepatnya dengan nama Kerajaan Singapura.
Rujukan
suntingSumber utama
sunting- Constitution of the Republic of Singapore (1985 Rev. Ed., 1999 Reprint).
- National Heritage Board Act (Cap. 196A, 1994 Rev. Ed.).
- People's Association (Community Development Councils) Rules (Cap. 227, R 2, 1998 Rev. Ed.).
- "The PM's new cabinet" (PDF), The Straits Times, m/s. A8, 27 March 2009, diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2009-04-24, dicapai pada 2019-11-29.
- Tan, Kevin Y[ew] L[ee] (2005), "A Short Legal and Constitutional History of Singapore", dalam Kevin Y.L. Tan, ed. (penyunting), Essays in Singapore Legal History, Singapore: Singapore Academy of Law & Marshall Cavendish Academic, m/s. 27–72, ISBN 978-981-210-349-9CS1 maint: extra text: editors list (link).
- Thio, Li-ann (1999), "The Constitutional Framework of Powers", dalam Tan, Kevin Y[ew] L[ee], ed. (penyunting), The Singapore Legal System (ed. 2nd), Singapore: Singapore University Press, m/s. 67–122, ISBN 978-9971-69-213-1CS1 maint: extra text: editors list (link).
Bacaan tambahan
sunting- Chan, Helena H[ui-]M[eng] (1995), "The Executive", The Legal System of Singapore, Singapore: Butterworths Asia, m/s. 22–29, ISBN 978-0-409-99789-7.
- Chan, Heng Chee (1976), The Dynamics of One Party Dominance: The PAP at the Grass-roots, Singapore: Singapore University Press, OCLC 3236351.
- Jennings, Ivor (1980), Cabinet Government (ed. 3rd), Cambridge: Cambridge University Press, ISBN 978-0-521-09570-9.
- Mauzy, Diane K.; Milne, R[obert] S[tephen] (2002), Singapore Politics under the People's Action Party, London; New York, N.Y.: Routledge, m/s. 128–142, ISBN 978-0-415-24653-8.
- Quah, John S.T.; Chan, Heng Chee; Seah, Chee Meow, eds. (1987), Government and Politics of Singapore (ed. rev.), Singapore: Oxford University Press, ISBN 978-0-19-588855-3CS1 maint: extra text: authors list (link).
- Tan, Kevin Y[ew] L[ee]; Thio, Li-ann (1997), "The Executive", Tan, Yeo & Lee's Constitutional Law in Malaysia and Singapore (ed. 2nd), Singapore: Butterworths Asia, m/s. 181–243, ISBN 978-0-409-99908-2.
- Thio, Li-ann (1995), "Government and the State", ASEAN Legal Systems (PDF), Singapore: Butterworths Asia for the ASEAN Law Association, ISBN 978-0-409-99802-3, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-12-04, dicapai pada 2019-11-29.
- Vasil, Raj [K.] (2000), Governing Singapore: Democracy and National Development, Singapore: Allen & Unwin, ISBN 978-1-86508-211-0.
- Worthington, Ross (2003), Governance in Singapore, London; New York, N.Y.: RoutledgeCurzon, ISBN 978-0-7007-1474-2.