Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam ialah jawatan dalam Kabinet Singapura yang menyelia dasar dan isu berkaitan masyarakat orang Islam di Singapura. Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (AMLA) di bawah skop Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam. Pada tahun 1977, Dr. Ahmad Mattar dilantik Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam. Sebelum ini, tiada menteri dengan rujukan kepada Ehwal Masyarakat Islam sebahagian tugas rasmi seseorang menteri.[1][2]

Sebelum Dr. Ahmad Mattar, menteri seperti Encik Othman Wok (Menteri bagi Hal Ehwal Sosial dan Sukan pada masa itu) atau Encik A. Rahim Ishak (Menteri Kanan Negeri bagi Hal Ehwal Luar Negeri pada masa itu) terlibat dalam pentadbiran hal ehwal masyarakat Islam.

Sejak 24 April 2018, jawatan ini dipegang oleh Masagos Zulkifli.

Menteri Mula menjawat Tamat menjawat
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam
Dr. Ahmad Mattar 1977 1993 [3]
Abdullah Tarmugi 1993 24 Mac 2002
Yaacob Ibrahim 25 Mac 2002 24 April 2018
Masagos Zulkifli 24 April 2018 Penyandang kini

RUjukanSunting

  1. ^ "Valedictory Letter from Prime Minister Lee Hsien Loong to Mr Abdullah Tarmugi". Prime Minister's Office Singapore (dalam bahasa English). 20 April 2011. Dicapai pada 24 August 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ "Valedictory Letter from PM Lee Hsien Loong to Dr Yaacob Ibrahim". Prime Minister's Office. 27 April 2018. Dicapai pada 24 August 2018.
  3. ^ Koh, Jaime. "Ahmad Mattar". Singapore Infopedia. National Library Board, Singapore. Dicapai pada 17 November 2018.