Ahmad bin Mohamed Mattar (lahir 13 Ogos 1940)[1] ialah seorang bekas ahli politik dan bekas anggota Kabinet Singapura.[2] Beliau ialah menteri bertanggungjawab bagi ehwal masyarakat Islam pertama di Singapura[3].

Ahmad Mattar
Menteri Sekitaran
Dalam jawatan
1985–1993
Perdana MenteriLee Kuan Yew
Goh Chok Tong
Didahului olehOng Pang Boon
Digantikan olehMah Bow Tan
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam
Dalam jawatan
1977–1993
Perdana MenteriLee Kuan Yew
Goh Chok Tong
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehAbdullah Tarmugi
Anggota Parlimen Singapura
untuk Leng Kee SMC
Dalam jawatan
Oktober 1972 – Disember 1976
Didahului olehKerusi dicipta
Digantikan olehOw Chin Hock
Anggota Parlimen Singapura
untuk Brickworks SMC
Dalam jawatan
1976–1988
Didahului olehKawasan dicipta
Digantikan olehDibubarkan
Butiran peribadi
LahirAhmad bin Mohamed Mattar
(1940-08-13) 13 Ogos 1940 (umur 83)
Parti politikParti Tindakan Rakyat
Alma materUniversiti Singapura
Universiti Sheffield
PekerjaanAhli politik
ProfesionPensyarah, ahli akademik

Pendidikan sunting

Beliau ialah lepasan Raffles Institution dan bergraduasi daripada Universit Singapura dengan sarjana muda fizik pada 1963.[4] Beliau menamatkan ijazah sarjana di Universiti Sheffield dengan pembiayaan dari Rancangan Colombo dan ijazah kedoktoran dari Universiti Singapura.

Kerjaya sunting

Beliau pernah menjadi pensyarah di Politeknik Singapura dan mengendalikan pengajian berskala besar mengenai kesan bunyi bising terhadap taman perumahan; kajian yang kemudiannya digunakan untuk perundangan akan datang dan kajian mengenai bunyi bising lalu lintas.[4]

Ahmad juga merupakan presiden pengasas Majlis Pembangunan Masyarakat Islam Singapura (Mendaki) pada 1982 hingga 1989, yang ditubuhkan bagi memantau keperluan kebajikan dan pendidikan masyarakat Melayu/Muslim.[5]

Kerjaya politik sunting

Pada 1972, beliau bertanding di Kawasan Undi Perseorangan Leng Kee atas cadangan Abdul Rahim Ishak, ahli parlimen Kawasan Undi Perseorangan Siglap. Daripada 1985 kepada 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Sekitaran.[6] Semasa perkhidmatan sebagai menteri, beliau terkenal dengan memperketatkan sekatan terhadap penjualan aerosol yang mengandungi CFC dan memperkenalkan perintah kerja pemulihan (CWO) untuk memerangi isu pembuangan sampah. Beliau telah merancang untuk meletak jawatan dari Kabinet pada 1991 tetapi dipujuk untuk kekal oleh Perdana Menteri baharu, Goh Chok Tong. Pada 1996 beliau bersara dari politik dan mengambil sikap tidak menonjolkan diri.

Rujukan sunting

  1. ^ National Library Board, Singapore. "Ahmad Mattar". Eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 17 December 2014.
  2. ^ "Welcome to Raffles Alumni, your connection to the Raffles network and beyond". alumni.ri.edu.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-17. Dicapai pada 17 December 2014.
  3. ^ NURULKHASANAH AGOST (22 Julai 2020). "Tahukah anda, ada 53 Anggota Parlimen Melayu/Islam di S'pura sejak 1965; ini senarainya…". berita.mediacorp. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  4. ^ a b "Distinguished Science Alumni Awards 2004: Ahmad MATTAR". National University of Singapore. 2004.
  5. ^ "Annual Report – Aspiring Beyond Limits" (PDF). Yayasan MENDAKI. 2014. m/s. 12. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-11-05. Dicapai pada 2021-04-02.
  6. ^ Kong, Lily (1994). "'Environment' as a Social Concern: Democratizing Public Arenas in Singapore?". Journal of Social Issues in Southeast Asia. 9 (2): 277–287. doi:10.1355/SJ9-2H. JSTOR 41056891.

Pautan luar sunting