Nama keluarga
Nama keluarga merupakan sambungan kepada nama seseorang. menunjukkan hubungan pemilik nama dengan keluarga atau leluhur asalnya.seorang berasal. Nama keluarga boleh diwarisi sama ada secara kelahiran, perkahwinan ataupun pengasuhan lazim dari lapisan datuk ke bapa ke anak.[1]
Tidak semua budaya dan masyarakat seluruh dunia lazim mengguna pakai nama keluarga ini. Suku-suku Jawa dan Melayu, orang Iceland langsung tiada nama keluarga lalu nama orang dalam kalangan mereka adakala berhubung dengan bapa kandung.
Jika seseorang itu berkahwin dengan orang lain, seseorang itu (seperti Aishwarya Rai) akan menambah nama keluarga orang lain (seperti Aishwarya Rai Bachchan).
JenisSunting
Terdapat pelbagai cara nama keluarga itu wujud terbentuk di mana ia bergantung kepada pengenalan seseorang kepada ciri pembeza antara orang lain yang barangkali sama nama pertama:
- tempat tinggal - Yamashita 山下 "bawah gunung", Nakamura 中村, "kampung tengah", Churchill ("bukit gereja"), Kingston (dari king's town "bandar raja")
- pekerjaan - Smith / Schmidt "tukang", Carpenter "tukang kayu", Schumacher / Shoemaker "tukang kasut", Taylor / Schneider "tukang jahit"
- hubungan dengan orang tua: Johnson (dari John's son, "anak John"), Anderson (dari Andrew's son, "anak Andrew"), Fitzgerald (fitz serapan bahasa Perancis Lama filz "anak" lalu "anak Gerald"), O'Brien (daripada Ua Briain "keturunan Brian" dalam bahasa Gael)
KelazimanSunting
CinaSunting
Nama keluarga Cina selalu berada di depan (seperti Huang), secara penuh ialah Huang Ming Zhi. Turutan ini turut mempengaruhi nama-nama dalam kalangan masyarakat Korea dan Jepun hasil pertukaran budaya dengan tamadun sana selama berkurun-kurun..
RusiaSunting
Di Rusia serta negara-negara baik dipengaruhi politik (seperti Komanwel Negara-Negara Merdeka melalui Kesatuan Soviet) atau budaya (seperti Bulgaria), nama keluarga berimbuhan -yeva, -yev, -ov, -ova, -ev dan -eva. Seseorang itu menukar nama keluarga sendiri dengan nama yang dia telah berkahwin (contoh seperti Mehriban Aliyeva yang menukar nama Pashayeva ke Aliyeva.)
RujukanSunting
- ^ W. Hutagalung,___ Adat Taringot Tu Ruhut-ruhut ni Pardongan Saripeon di Halak Batak, Jakarta: N.V Pusaka. hal, 17.
Rencana berkenaan sosiologi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |