Bahasa-bahasa Sino-Tibet

Bahasa-bahasa Sino-Tibet, juga dikenali sebagai keluarga bahasa Sino-Tibet dan bahasa-bahasa Trans-Himalaya dalam beberapa sumber,[2][3] ialah sebuah keluarga bahasa terdiri daripada lebih 400 bahasa yang ditutur di Asia Timur, Asia Tenggara dan sebahagian Asia Selatan. Keluarga ini merupakan keluarga bahasa kedua terbesar selepas bahasa-bahasa Indo-Eropah dari segi bilangan penutur asli.[4] Bahasa-bahasa Sino-Tibet dengan penutur asli terbanyak ialah bahasa Cina (1.3 bilion penutur), bahasa Burma (33 juta) dan bahasa-bahasa Tibet (8 juta). Bahasa-bahasa lain di bawah keluarga ini dituturkan di pergunungan Himalaya, kawasan massif Asia Tenggara, serta kawasan pinggiran tanah tinggi Tibet. Kebanyakan bahasa-bahasa Sino-Tibet tersebut ditutur oleh masyarakat kecil di kawasan gunung terpencil dan kurang didokumenkan.

Bahasa Sino-Tibet
Bahasa Trans-Himalaya
Taburan
geografi:
Asia Timur, Asia Selatan, Asia Tenggara
Klasifikasi bahasa:Salah satu daripada keluarga-keluarga bahasa utama di dunia
Bahasa-proto:Bahasa Sino-Tibet Purba
Pembahagian:
ISO 639-2 / 5:sit
Linguasphere:79- (phylozon)
Glottolog:sino1245[1]
{{{mapalt}}}
Pembahagian kumpulan bahasa-bahasa Sino-Tibet

Beberapa subkumpulan beraras rendah bahasa-bahasa Sino-Tibet sudah direkonstruksi secara selamat, tetapi rekonstruksi bahasa proto keluarga bahasa ini masih lagi pada tahap awal, maka struktur aras leluhur bahasa Sino-Tibet masih kurang kepastiannya. Walaupun keluarga bahasa ini biasanya terbahagi kepada cabang-cabang Sinitik (seperti bahasa Cina) dan Tibet-Burma, asal usul bersama bahasa-bahasa bukan Sinitik masih tidak dapat ditentusahkan lagi. Walaupun ahli-ahli linguistik Cina secara amnya menambah bahasa-bahasa Kra-Dai dan bahasa-bahasa Hmong-Mien ke dalam keluarga bahasa tersebut, kebanyakan ahli-ahli linguistik yang lain telah mengeluarkan dari pengelasan bawah keluarga bahasa Sino-Tibet sejak 1940-an lagi. Beberapa perkaitan kepada keluarga bahasa yang lain telah dicadangkan, namun tidak satu pun yang diterima secara meluas.

Sejarah

sunting

Hubungan genetik antara bahasa-bahasa Cina, Tibet, Burma dan lain-lain telah diperkenalkan pertama kalinya pada awal abad ke-19 dan kini diterima secara meluas. Fokus permulaan pada bahasa-bahasa yang mempunyai tamadun dengan tradisi kesusasteraan yang lama jangka masanya telah diperluas dan memasukkan bahasa-bahasa yang kurang luas dituturkan, dan sebahagiannya baru sahaja mempunyai penulisan manakala sebahagian yang lain langsung tiada tulisan lagi. Namun, rekonstruksi keluarga bahasa ini adalah kurang berkembang berbanding keluarga bahasa yang lain seperti bahasa-bahasa Indo-Eropah atau bahasa-bahasa Austroasiatik. Kerumitan yang dihadapi termasuklah keanekaragaman bahasa-bahasa Sino-Tibet, kekurangan bentuk infleksi pada kebanyakan bahasa, serta kesan-kesan daripada pertembungan bahasa. Tambahan pula, banyak bahasa-bahasa kecil dituturkan di kawasan-kawasan pergunungan yang susah untuk dijejaki, dan kebiasaannya juga merupakan zon penyempadanan yang sensitif.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Sino-Tibetan". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ van Driem (2014), m/s. 16.
  3. ^ List, Lai & Starostin (2019), m/s. 1.
  4. ^ Handel (2008), m/s. 422.
  5. ^ Handel (2008), m/s. 422, 434–436.

Sumber

sunting

General

sunting

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.