Milenium:  Milenium ke-1Milenium ke-2Milenium ke-3
 Abad:   Abad ke-19Abad ke-20Abad ke-21
 Dekad: 2000-an 2010-an 2020-an 2030-an 2040-an 2050-an 2060-an 2070-an 2080-an 2090-an


frames

Abad ke-20 kekadangnya dianggap sebagai tempoh di antara 1900 dan 1999, akan tetapi ini merupakan satu kesilapan kerana pengiraan tahun bermula dengan tahun 1.

Walaubagaimanapun, beberapa alasan telah dikemukakan untuk menyokong kegunaannya. Stephen Jay Gould telah menuntut bahawa dekad pertama cuma mempunyai sembilan tahun. Alasan ini tidak dapat diterima kerana takrifnya "dekad" ialah sepuluh tahun.

Lagi satu alasan yang dikemukakan ialah bahawa sistem pernomboran tahun astronomi bermula dengan tahun sifar, iaitu tahun yang biasanya dianggapi sebagai tahun 1 S.M. Pada tahun 2000, Organisasi Piawaian Antarabangsa menjelaskan kekeliruan ini dengan mengatakan melalui ISO8601 bahawa sistem pernomboran tahun astronomi akan diamalkan, dan dengan ini mengesahkan perbuatan orang-orang yang mengadakan perayaan abad baru beberapa bulan lebih dahulu.

Istilah ini juga digunakan untuk memerikan pelbagai tempoh yang bertindih dengan takrif kalendar Gregory, terutamanya "abad ke-20 singkat" yang menuntutkan bahawa tahun-tahun di antara 1901 dan 1913 kelihatan serupa dengan abad ke-19 dan dekad 1990-an kelihatan serupa dengan permulaan abad ke-21. Sudah tentu bahawa rupa tempoh pada abad ke-20 sebelum Peperang Dunia I kelihatan serupa dengan akhir abad ke-19 dan sebaliknya juga, dekad 1990-an mempunyai ciri-ciri awal abad ke-21 (sila rujuk kepada zaman Bubble. Pemikiran ini juga telah diamalkan oleh budaya pop seperti kegunaan nama "20th Century Fox" dan "Twentieth Century Limited".

PeristiwaSunting