Dekad 1970-an merupakan tahun-tahun dari 1970 hingga 1979, iaitu antara 22 Syawal 1389 hingga 11 Safar 1400. Dekad ini telah menyaksikan perubahan yang besar dalam persekitaran ekonomi dan budaya di seluruh dunia, terutamanya dalam pembuangan nilai-nilai tradisional dan pemelukan gagasan-gagasan baru. Sebagai kuasa dunia yang berpengaruh, Amerika Syarikat telah pun mengalami banyak daripada peralihan-peralihan ini.

Milenium: milenium ke-2
Abad:
Dekad:
Tahun:
Kategori:


Sedangkan dekad 1960-an menyaksikian aktivisme sosial, masyarakat semakin beralih kepada kekhusyukan diri pada dekad 1970-an. Tom Wolfe, seorang penganalisis dan pengarang, memerikan perasaan ini pada 1976 dengan menggelarkan dekad ini sebagai "Dekad Diri" ("Me Decade"). Muzik semakin berupa kaji diri (melalui pergerakan penyanyi-penggubah lagu) serta bebas tanpa kerunsingan dengan kebangkitan muzik disko.

Sewaktu dekad berlangsung, pandangan dunia Amerika Syarikat kian membimbangkan dengan:

Keganasan kian bertambah buruk di Timur Tengah. Amerika Syarikat mengalami kelumpuhan yang disebabkan oleh Kejutan Minyak pada 1973. Sewaktu ekonominya merosot, penggunaan drug rekreasi kian bertambah dan ramai orang mulai berasa takut akan kultus-kultus seperti "Children of God". Sebaliknya, pada penghabisan dekad ini, pergerakan kewanitaan telah membantu mencapai keadaan bekerja yang lebih baik untuk kaum wanita dan environmentalisme telah pun menjadi perjuangan yang utama di Amerika Syarikat dan Eropah.

Sedangkan Amerika Syarikat mengalami kemelesetan, ekonomi Jepun kian naik sehingga mencapai kedudukan yang nombor satu di pentas dunia. Ekonomi negara-negara Dunia Ketiga terus berkembang sewaktu awal 1970-an melalui revolusi hijau. Kemungkinan, negara-negara itu berkembang maju dan menjadi stabil dengan cara yang sesama dengan Eropah selepas Perang Dunia II melalui Rancangan Marshall; walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi mereka telah dijejaskan oleh krisis minyak. Oleh sebab itu, di negara-negara membangun, dekad 1970-an telah dikenangi dengan nostalgia kerana perubahan dan harapan untuk mencapai sebuah masyarakat yang makmur dan egalitarian masih tidak sempurna.

Pada 1973, penjaga-penjaga perdamaian asing melarikan diri dari Vietnam dan perang yang berlangsung hampir sedekad bertamat dengan "Perjanjian Perdamaian Paris". Komunisme terus menyebar. Di Kampuchea, beberapa juta penduduk dibunuh oleh ketua komunis, Pol Pot. Pada waktu yang sama, orang kulit hitam Afrika Selatan masih di bawah pemerintahan aparteid selepas kematian aktivis Steve Biko.